DATUK GEORGE SANGKIN, Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang dilantik telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam satu majlis semasa Tour DSAI ke Sabah di Kinarut.
Beliau merupakan Mantan Ahli Parlimen P168 Bandau.
Berikutan kejatuhan kerajaan PBS , George telah menyertai Parti Demoktarik Sabah (PDS) dan kemudiannya meninggalkan PDS dengan menyertai parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994. Bekas pemimpin kuat AKAR dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Presiden akhirnya meninggalkan parti itu dengan menyertai Upko ( nama lama bagi PDS) berikutan parti (AKAR) bakal dibubarkan pada tahun 2001. Sebelum menjelang pilihanraya negeri Sabah George telah meninggalkan Upko kerana mendapati nama beliau tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri, berikutan kuota bagi Tandek diberi kepada PBS yang telah kembali ke pangkuan BN.
Beliau telah turun gelanggang menyertai pilihanraya negeri Sabah pada tahun 2004 sebagai calon Bebas di DUN Tandek dalam pertandingan yang melibatkan 5 penjuru. Dalam pilihanraya itu George memperoleh 2356 undi sementara Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr.Maximus Ongkili mendapat 5069 undi. PBS memenangi kerusi DUN Tandek.
Setelah lama menyepi dari membuat sebarang hala tuju arah perjuangan politiknya, akhirnya beliau telah memilih PBRS sebagai penyambung kepada perjuangannya sebelum menjelangnya pilihanraya pada tahun 2008. Satu majlis penyerahan borang secara besar-besaran telah diadakan di kediamannya di Kota Marudu dengan kehadiran pemimpin PBRS termasuk Presiden, Tan Sri Joseph Kurup bagi mengalu-alukan George dalam PBRS-BN.
Namun beliau tidak mempunyai kedudukan di dalam mana-mana bahagian PBRS di Kota Marudu. George dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kemudiannya pada tahun 2011 dilantik sebagai Naib Presiden PBRS.
Penyertaan George ke PKR Kota Marudu dianggap memberi kekuatan kepada parti itu yang diterajui oleh Ketua Cabangnya, Anthony Mandiau yang kini giat aktif turun padang ke seluruh pelusuk kawasan itu untuk meraih sokongan.
Penyertaan George ke PKR Kota Marudu dianggap memberi kekuatan kepada parti itu yang diterajui oleh Ketua Cabangnya, Anthony Mandiau yang kini giat aktif turun padang ke seluruh pelusuk kawasan itu untuk meraih sokongan.
0 komentar:
Post a Comment