Wednesday, January 29, 2014

TINDAKAN DEMI UNTUK RAKYAT : YB JEREMY

Tindakan demi untuk rakyat Kadamaian ...Jeremy Ukoh Malajad,
 ADUN Kadamaian

KOTA BELUD :  Wakil Rakyat Kadamaian, Ukoh Malajad menyerahkan kepada rakyat untuk menilai prestasi beliau dalam membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan itu. Dimana tindakan beliau menyokong Barisan Nasional (BN) adalah atas kesedaran hanya berada di dalam kerajaan yang memerintah yang dapat membantu membawa pembangunan di kawasan itu.
“ Tindakan saya  keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah saya fikir dengan sedalam dalamnya. Saya juga memikirkan keperluan rakyat Kadamaian yang akan jauh lebih ketinggalan sekiranya saya terus bersama dengan pembangkang. Saya tidak boleh berdiam diri melihat rakyat kerana pembangunan adalah agenda semasa kita berkempen dahulu,” kata Ukoh.

Ukoh berkata demikian semasa merasmikan majlis dialog bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Belud dan Jabatan Penerangan mengenai isu-isu semasa di Dewan Masyarakat Kg.Bahab disini.

“ Hakikatnya kita menang tetapi tidak berjaya membentuk kerajaan.  Kita buat perkiraan dengan serius sama ada bertahan sebagai pembangkang atau beralih ke parti  yang boleh membawa kita pembangunan, “ ujar Ukoh.
Katanya, beliau telah menemui para penyokong di peringkat akar umbi dan telah memahami tindakan tersebut dan menyokong tindakan untuk menyertai BN.

Namun katanya ada beliau menerima dengan hati yang terbuka dengan cemuhan dan memperlekehkan tindakan tersebut.
“ Saya hadapi cemuhan  itu dan hakikatnya apa yang saya lakukan ini adalah demi untuk rakyat di kawasan Kadamaian. Saya mahu  berkhidmat untuk rakyat dengan berkesan dengan mengambil tindakan ini,” kata Ukoh.

Menurutnya, hasil kajian yang dibuat selepas pilihanraya yang lalu. Kemenangan beliau adalah suara rakyat di kawasan itu yang mahukan transformasi.
Kita akui hakikat bahawa bukan kesemua yang memberi undi kepada saya itu adalah ahli-ahli PKR atau Pakatan Rakyat. Di Kadamaian kata Ukoh hanya terdapat 500 keahlian PKR.

“ Tanggungjawab saya akan pikul untuk rakyat Kadamaian yang hampir 30 ribu orang. Bukan semata-mata kepada mereka yang telah mengundi saya. Tanggungjawab saya untuk memberi perkhidmatan kepada semua bukan kepada kelompok kelompok tertentu,” ujar Ukoh.
Tambahnya, beliau tidak akan goyah dari prinsipnya untuk membela rakyat dan memberikan fokus kepda keperluan pembangunan rayat di kadamaian

“ Prinsip saya tetap sama. Sama ada yang  telah mengundi atau tidak. Saya akan tetap membela. Ini adalah kesedaraan saya sendiri untuk melihat pembangunan rakyat. Pembangunanlah sebab utama kita masuk BN,” kata Ukoh.
Beliau turut mengajak rakyat untuk fokus ke hadapan dalam membina era baru kawasan Kadamaian.

“ Saya juga merasa terharu dan amat berterima kasih dengan Ketua Menteri YAB Datuk Musa Hj Aman yang telah berjanji tidak akan menafikan pembangunan di Kadamaian. Rakyat Kadamaian khususnya amat berterima kasih diatas kasih sayang Ketua Menteri,” kata Ukoh.
Mengenai masa depan politik Ukoh berkata beliau mahu menumpukan perkhidmatan kepada rakyat dan terserah kepada rakyat dan kepimpinan BN menilai prestasi beliau apabila masa itu tiba.