Thursday, March 13, 2008

PERANAN WANITA PASTIKAN BN MENANG DIHARGAI



KENINGAU : Sumbangan serta peranan besar kaum wanita dalam mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang ditandingi amat dihargai oleh pucuk pimpinan parti. Pada pilihan raya umum ke – 12 BN di P180 Keningau memenangi serta mempertahankan kesemua kerusi di N.32 Tambunan, N.33 Bingkor , N.34 Liawan dan di P180 Keningau.

Ketua Pergerakan Wanita Umno P.180 Keningau, Puan Amelia Ajun berkata, kerjasama yang erat dan padu di kalangan ahli-ahli wanita komponen BN adalah pemangkin kepada kejayaan itu.

“ Bagi pihak AJK Pergerakan Wanita UMNO Keningau saya mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih atas pengorbanan masa, tenaga , kerjasama semua mereka yang terlibat. Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua, “ . Amelia berkata demikian ketika mengunjungi bagi mengucapkan terima kasih atas peranan yang diambil oleh BN melalui K10 di Kg.Patikang Ulu, dan lawatan itu juga akan diadakan di kampong-kampung terbabit.

Amelia yang juga merupakan Ketua Penyelaras K10 Daerah Mengundi Bulu Silou turut mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada wakil rakyat N.34 Liawan, Datuk Hj.Sairin Hj.Karno. yang diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat di kawasan itu.

Amelia berkata, BN mempunyai perancangan dan telah pun banyak membantu kaum wanita dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu kata Amelia, golongan wanita adalah antara penyokong kuat BN kerana BN telah banyak membantu mereka dalam pelbagai bidang.

“ Kita amat berkeyakinan kaum wanita tidak akan ketinggalan dalam pembangunan, kerana di peringkat P180 kita mempunyai banyak rancangan khusus untuk golongan ini memajukan diri,” kata Amelia.

Sempena lawatan itu juga Amelia dan Ahlijawatankuasa Pergerakan Wanitanya telah menyampaikan sumbangan berupa sebuah tangki plastic kepada seorang warga emas berusia 80 tahun iaitu Puan Kaguh @ Kandarid Binti Unggau. Sumbangan itu kata Amelia adalah atas keprihatinan pergerakan wanita terhadap warga emas di kampong tersebut .

No comments: