Tuesday, August 5, 2008

Alahai Anwar...

Pilihan raya baru berlalu...kita melihat mandat rakyat...ada yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak lebih juga kepada Barisan Nasional (BN. Sebagai seorang rakyat yang menghormati prinsip Rukun Negara, demokrasi dan undang-undang, dan kita semua mempercayai takdir Tuhan, bahawa pilihan raya kali ini Tuhan masih memberikan rezeki itu kepada BN.Kita bersyukur kerana di Sabah dan Sarawak, sikap perkauman itu tidak wujud, jika ada pun mungkin disebabkan golongan tertentu yang suka sangat menyebut pribumi ini sebagai kafir, yang turut menyentuh perasaan atau tangan saudara-saudara kami turut terasa cubitannya...kerana biarpun kami berlainan agama...asal keturunan kami sama...

Kita harus menerima dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat dengan kemenangan BN , walaupun tidak mencapai seperdua majoriti. Tetapi itulah pilihan rakyat. Kerakusan untuk berkuasa sepatutnya tidak wujud bagi seorang insan yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Meskipun beliau pernah menghina bangsa KDM Rungus di Matunggong tinggal di kandang ayam tetapi sebenarnya itu ialah Rumah Panjang kami. Anwar mungkin telah melupakannya, tetapi sejarah tidak lupa, rakyat Matunggong pun tidak lupa. Itu dia punya cakap masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri tau...

Saya menghormati individu ini dan berharap sangat jika beliau menjadi Perdana Menteri dengan cara yang halal, beliau mentadbir negara dengan adil dan saksama. Tapi ketakutan saya , sikap ektrim beliau yang sering menimbulkan huru hara perlu kah disokong...adakah jika beliau seorang Perdana Menteri, demontrasi, konsert lucah @ menunjukkan punggung atau konsert tanpa kain seperti kebiasaan Barat akan dihalalkan? palis-palis.

Atau kita akan dijajah oleh kuasa luar? Mungkin harga minyak lebih tinggi ikut pasaran Amerika. Atau kekayaan negara ini akan dikuasai oleh bangsa asing yang sentiasa mencari peluang untuk campurtangan dalam urusan negara kita. Penjajahan alaf baru...

sikit sikit lama lama jadi bukit, demontrasi kecil-kecilan boleh menjadi perang...kita takut perang...banyak nyawa hilang melayang. kita tidak mahu. Apabila ada dua pihak saling tidak bersetuju akan pasti ada akibat lain yang berlaku seperti pergaduhan. Pergaduhan menyebabkan kesakitan, dan palis-palis pembunuhan. selama ini kita sudah cukup rukun di bawah kerajaan yang ada. bagaimana kita mahu mengekalkan keamanan ini jika di dalam negara kita sendiri ada pihak yang berkecenderungan untuk menghancurkannya?

atau apakah jika PR memerintah negara ini pada satu hari nanti...kita boleh paksa orang beri hak milik mereka dengan cara kekerasan? apakah kekerasan akan dihalalkan? Maka jadilah budak -budak atau generasi kita seperti budak-budak di Barat yang kebanyakannya kurang ajar terhadap orang tua, tidak percaya kepada Tuhan dan menghalalkan yang haram...palis-palis

Apabila Permatang Pauh dikosongkan untuk memberi laluan kepada DSAI...adakah itu mendapat mandat dari PR? Sebagai Presiden , Datuk Seri Dr Azizah haruslah mengutamakan penyokong yang memberikan beliau mandat di kawasan itu. Adakah ini satu tindakan terdesak DSAI untuk memasuki parlimen? Cakap tak serupa bikinlah saudara DSAI ni ...dulu DSAI umum kenapa harus Wan Azizah kosongkan Permatang Pauh , dia dapat majoriti besar..

DSAI yang dikasihi , semua rakyat di negara ini mahu mandat di hormati. Sebagai seorang bakal Perdana Menteri...tunggulah pilihan raya umum akan datang. Paling-paling selepas peralihan kuasa antara Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Najib pasti mahu adakan pilihan raya awal ...kira-kira tiga atau dua tahun dari sekarang. Tak perlulah tergesa-gesa ...tunggulah PRU tapi nampak-nampak DSAI macam dah tak sabar lagi...ada agenda lain ke?

DSAI sepatutnya meniti perjalanan ke Parlimen dengan penuh kesabaran dan penuh insaf , kalau dah rezeki takkan ke mana...

Bukan kah usaha - usaha memancing wakil-wakil rakyat BN itu satu usaha menafikan mandat rakyat? Ini pernah berlaku di Sabah. Kerajaan yang dipilih rakyat tumbang kerana perbuatan manusia yang bertopengkan syaitan.

Selamat berjuang diucapkan kepada DSAI...Doakan semua yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Kepada rakan- rakan peminat DSAI, ini pandangan peribadi saya, dan diharap tidak merosakkan persahabatan kita...alaa...politik itu macam bulatan mana-mana boleh jumpa. hari ini lawan esok kawan...adios

2 comments:

Anonymous said...

Pastikan undi itu tidak berubah okay.

Anonymous said...

yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu...apa macam tuh?