Tuesday, September 9, 2008

KAMI DAH SEDIA : PEMUDA PBRS


Vincent (tengah) bersama sebahagian barisan EXCO Pemuda PBRS dalam satu mesyuarat baru-baru ini

KENINGAU : Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Pensiangan bila-bila masa dari sekarang dan mempertahankan kawasan itu kekal milik BN.
Ketua Pemuda EXCOnya, Vincent Lee berkata beliau juga telah pun mengadakan mesyuarat dengan EXCO Pusat serta Pergerakan Pemuda PBRS di N.37 Sook dan N.38 Nabawan sebelum ini sebagai langkah persiapan sekaligus menggerak jentera berikutan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) dipertikai di mahkamah.

“ Kami di Pensiangan juga sentiasa bersiap sedia dan telah memantapkan jentera kami melalui mesyuarat bersama ketua-ketua pemuda komponen BN baru –baru ini dan dalam masa yang terdekat ini kami akan mengadakan pertemuan. Kami telah bersedia untuk bekerja dan menang,” kata Vincent yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN Parlimen Pensiangan dalam satu kenyataannya.

Menurutnya Pemuda BN Pensiangan juga memberi sokongan padu dalam memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) yang kemungkinan menurunkan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.

Dalam pada itu Vincent juga berkata parti-parti komponen BN di pedalaman menghormati dan akur bahawa kerusi parlimen itu adalah kuota PBRS dan ianya jelas. Sehubungan dengan itu kata Vincent , dengan amalan serta budaya BN berkongsi kuasa dan saling berkerjasama – calon BN mampu menang dengan majority yang lebih besar.

Mengenai fail rayuan yang dikemukakan BN seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak, ia haruslah dihormati kerana ia adalah prosedur biasa yang seharusnya tidak dianggap sebagai membazir wang pembayar cukai.

Beliau juga berkata bahawa Kawasan luar Bandar seperti Pensiangan ( Sook dan Nabawan) mahukan kemajuan, mereka tidak mahu berterusan berada di bawah kepompong kemiskinan. Banyak program pembasmian kemiskinan telah dirancang dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) .

“ Rakyat sendiri mahukan kemajuan ini dengan datang kepada kita. Mereka minta kerajaan bangunkan tanah mereka atau libatkan mereka dengan skim-skim pembangunan tanah, “ ujar Vincent yang merupakan Naib Pengerusi Pemuda BN Malaysia.

Dalam masa yang sama kata Vincent, misi dan visi mantan Timbalan Menteri KKLW telah difahami rakyat ulu pedalaman dan mereka menerimanya. Meskipun hanya beberapa bulan berdampingan dengan rakyat di Pensiangan, tetapi beliau (Kurup) telah merancang banyak pembangunan tanah melibatkan penduduk disini mengikut konsep agropolitan. Antara tempat itu ialah di Sumatalun dan Sasandukon yang mana ianya melibatkan penduduk di kawasan Pensiangan. Begitu juga dengan di kawasan Sook.

“ Presiden PBRS sanggup berjalan kaki, mempertaruhkan nyawa dengan jeram-jeram yang merbahaya ke sempadan , menaiki bot yang memakan masa berjam-jam , melupakan rintangan dan cabaran semata-mata untuk menemui rakyat di kawasan ini , dimana memajukan bangsa adalah cabaran utama bagi PBRS, “ kata Vincent.

Sebenarnya kata Vincent, rakyat di kawasan Pensiangan amat beruntung kerana mantan wakil parlimen mereka mempunyai jawatan penting dalam kerajaan persekutuan seperti Timbalan Menteri, dan ADUN Sook dan Nabawan adalah pembantu Menteri di peringkat negeri, yang memberi kelebihan kepada penduduk di luar Bandar itu.

1 comment:

Anonymous said...

Semangat Juang apa nie??
ABC ka????
A- AMPUH
B- BODEK
C- CUCUK
DENGAN BOSS KA?