Thursday, January 29, 2009

Bantuan banjir disegerakan untuk kebaikan rakyat






Nampaknya pembangkang tidak puas-puas mencari isu remeh temeh. Sengaja mempolitikkan bencana alam untuk kepentingan diri. Siapalah kita ini sebagai mahkluk Tuhan untuk menghalang kuasaNya. Bencana alam yang berlaku di Keningau baru-baru ini bukan kita mahu, jauh sekali untuk dipinta. Kalau boleh biarlah bencana seumpama ini berlaku ditempat yang tidak ada manusia tinggal. Tetapi siapalah kita ini…

Kampung Ansip, Pagalungan Ansip, Mempulut, Membulu, Kuala Punteh, Kuala Biah adalah kawasan yang telah dilanda banjir pada pagi sabtu lalu.Di Kuala Punteh sahaja tiga buah rumah dihanyutkan banjir, di Kuala Biah ada dua buah. Beberapa buah rumah yang berada di tebing sungai berhadapan dengan risiko dihanyutkan jika hujan masih berterusan. Syukur kepada Tuhan kerana hujan reda pada petang dan sehingga selasa ini.
Saya ada berada di lokasi seawal jam 8.00 pagi. Orang mulai berduyun-duyun menyelamatkan harta benda, memindahkan kanak-kanak dan warga emas. Jabatan Bomba dan Polis juga bertungkus lumus menyelamatkan orang ramai yang terperangkap dalam banjir di Kampung Ansip.
Pegawai Daerah, Amat Mohd Yusuf, OCPD Zahari Mohamad , Jabatan Kebajikan dilihat begitu bertungkus lumus membantu. RTM melalui Keningau FM juga tidak henti-henti mewar-warkan siaran lintas langsung dari lokasi.
Ramai penduduk mengambil keputusan untuk berpindah di kawasan penempatan iaitu di SK Pekan II , yang terletak di Jalan Ansip bersebelahan dengan sebuah sekolah cina. Pada kira-kira jam 5pm YB Tan Sri Joseph Kurup dan YB Datuk Ellron telah melawat kawasan banjir, seterusnya melawat ke SK Pekan II. Di penempatan itu wakil rakyat telah menemui rakyat dan memanggil pihak Jabatan Hospital untuk membuat pemeriksaan terhadap tahap kesihatan mangsa banjir terutamanya bayi dan warga emas.
Bukan itu sahaja mereka mahu kawalan keselamatan dan kebersihan mangsa terjaga dengan bekalan makanan dan minuman diberikan mengikut masa. Kurup juga mahu bekalan air untuk kegunaan mangsa dibekalkan dengan segera.
Pada ahad, bantuan-bantuan berupa bahan makanan telah mulai diagih-agihkan oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),pejabat UPKR dan Parlimen Pensiangan di kampong-kampung terlibat. Ianya berupa beras, mineral water, minyak , gula , roti. Beratus-ratus kilo beras telah dikumpulkan di SK Pekan II. Dan ia jauh melebihi jumlah mangsa.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Tan Sri Joseph Kurup berkata dua langkah dilaksanakan kerajaan untuk membantu mangsa banjir di daerah ini. Banjir yang berlaku sabtu lalu telah menyebabkan ramai penduduk kehilangan harta benda dan tanaman. Ini termasuklah beberapa buah rumah sama ada hanyut, roboh atau tumbang. Kesemua itu memerlukan perhatian segera dari kerajaan kata Kurup yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan.

Kata Kurup kejadian itu amat malang dan sudah tentunya memberi impak yang besar terhadap mangsa dalam jangka masa yang panjang. Banjir itu kata Kurup telah membawa kehilangan yang amat besar terhadap rakyat. Banyak harta benda dimusnahkan oleh air banjir sekaligus meletakkan mereka ( mangsa banjir) dalam keadaan serba salah dan tertekan.

Menurut Kurup untuk bantuan jangka masa pendek, pihak kerajaan memberi bantuan dari segi pemberian makanan, alat dapur , tilam dan sebagainya yang diperlukan serta pemulihan bekalan air.

Sementara langkah kerajaan untuk jangka masa yang panjang ialah menempatkan penduduk di kawasan yang selamat dengan memberi bekalan alat binaan. Kawasan baru itu juga akan disediakan dengan infrastuktur asas termasuklah lampu jalan.

Kakitangan dari Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) N.37 Sook dan Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan turut bertungkus lumus memberi bantuan semasa kejadian tersebut yang dilaporkan adalah yang terburuk selepas bencana ribut greg.

Kurup dan Adun Sook, Datuk Ellron Angin turut memantau keadaan mangsa banjir di penempatan SK Pekan II disini. Ketika di penempatan itu Kurup dan Ellron turut meminta agar kebajikan dan keselamatan penghuninya dijaga dengan baik. Keprihatinan kedua wakil rakyat itu juga terserlah dengan kedatangan Jabatan Kesihatan untuk memeriksa keadaan kesihatan kanak-kanak dan warga tua yang. Guru Besar SK Pekan II , Wahanin Ismail dan kakitangannya turut memberi kerjasama kepada pihak kerajaan semasa penempatan mangsa banjir di sekolah itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman juga telah membuat lawatan ke kampung yang terjejas di daerah ini , dengan diiringi oleh wakil rakyat Sook, Datuk Ellron Angin dan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup. Di hari yang sama, bantuan dari kerajaan dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah disalurkan untuk keperluan mangsa.

Dalam pada itu Kurup memberitahu, selepas kejadian ribut Greg pada tahun 1996, kerajaan negeri telah mengenalpasti sebuah kawasan yang lebih selamat. Beliau berkata kawasan itu masih tersedia dan hanya menunggu untuk mendapat pengistiharan sebagai kawasan penempatan baru. Oleh itu katanya beliau sendiri tidak mempunyai halangan untuk memindahkan rakyat terutamanya yang tinggal berhampiran atau berisiko banjir.

dengan segala usaha yang dibuat oleh kerajaan...apakah sumbangan pembangkang terhadap penyokongnya? apakah mereka mampu membina jambatan, rumah dan segala kerosakan yang dihadapi oleh rakyat? BN dituduh tidak memberi perhatian kepada rakyat , pembangkang hanya tahu bercakap dengan membutakan mata dan hati melihat apa yang dibuat oleh kerajaan. Dan memang amat mustahil BN memberi hanya sebungkus maggi kepada mangsa banjir seperti yang dikatakan di luar sana...kalau berani tunjukkan bukti, nama keluarga, nama kampung dan siapa yang menghantar maggi tersebut...

4 comments:

Anonymous said...

Hai saudari,
Saya bingung penggunaan gelaran tan sri yang sepatutnya Mantan Ahli Parlimen dan bukan ka beliau sudah dilucutkan daripada jawatan timbalan menterinya? kenapa masih digunakkan?

rozie jumat said...

salam,
YB Tan Sri Joseph Kurup masih lagi Ahli Dewan Rakyat Pensiangan sehingga keputusan mengenai rayuan beliau yang dijadualkan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu 12 & 13 Hb Febuari ini.

Anonymous said...

tp kemenangan c kurup telah dbatalkan...jadi dia bukan lagi ahli dwan rakyat pensiangan..

Rozie Jumat said...

Belum batal selagi mahkamah persekutuan belum putuskan.