Monday, March 30, 2009

Mutalib MD mahu berhenti jadi blogger tanam pokok jarak ?

Pengendali sabahkini.net mahu jadi tokey pokok jarak la pula...

Ketika sedang mengikuti perkembangan muktahir pemilihan kepimpinan UMNO yang baru lalu. Saya menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dari Presiden Persatuan Blogger Sabah (PBS) yang juga peneraju sabahkini.net. Saudara Mutalib MD memberitahu saya yang beliau akan ke Keningau pada keesokan harinya. Katanya hendak melawat projek jatropha di sekitar kawasan Bingkor.

Sekaligus saya mendapat ilham untuk menulis sesuatu mengenai pokok jarak yang boleh menghasilkan bio-diesel. Setahu saya , negara India dan Indonesia telah lama menanam pokok jarak ini. Malahan mereka memproses sendiri minyak dari buah pokok jarak dan minyak itu digunakan untuk kenderaan. Jimatkan...

Saya tidak dapat membayangkan pada satu ketika nanti , saya memproses minyak untuk kegunaan kenderaan sendiri. Ini kerana saya sendiri berminat dengan pokok jarak. Orang Dusun Kota Belud menamakannya belija. Dulu di kampung saya di Kampung Piasau, Kota Belud, pokok belija banyak tumbuh dimana-mana. Lebat-lebat lagi buahnya, batang-batang pun besar macam batang pokok betik.

Kalau di masa itu pokok jarak berharga seperti ini, sudah lama kita kaya.

Kami sering menggunakan buah belija yang jatuh dan dibakar. Ia mengeluarkan api kebiru-biruan ibarat api dari dapur gas jika kita meletakkan sesuatu di hujungnya. Getah dari daunnya pula boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan pada luka. Manakala pokoknya boleh dibuat pagar. Seingat saya pokok ini cepat tumbuh semula. Makin lagi lebat apabila dipotong kerana ia mengeluarkan tunas baru.

Dalam keadaan minyak semakin berkurangan di dunia ini, mendapatkan hasil minyak berasaskan tumbuhan , ada manfaatnya juga. Peperangan berlaku kerana berebutkan minyak. Sabah, pengeluar minyak terbesar di Malaysia pun tidak mendapat imbuhan setimpal dari hasil pengeluaran atau sumbangannya kepada ekonomi negara. Boleh dikatakan apa yang kita dapat ialah ‘ tempias tempias ‘ sahaja atau boleh dikatakan ‘ asal ada’.

Lawatan kami ke ladang pokok jarak di Mongitom dan tapak semaian pokok jarak Bionas di Kampung Bunga Raya telah memberi manfaat kepada diri saya sendiri. Saya mengetahui dengan jelas mengenai kelebihan pokok jarak. Penanamannya mudah dikendalikan dan boleh dibuat. Pada ketika ini saya dimaklumkan buah jarak dibeli dengan harga RM800 setan.

Dari kita duduk diam-diam di rumah, lebih baik kita cari peluang. Stigma “saya sekolah tinggi “ atau “saya tidak dilahirkan sebagai petani”, harus diketepikan. Tolak perasaan malu anda itu. Ada orang lulus dalam bidang undang-undang tetapi dianugerahkan sebagai Usahawan Tani atau Usahawan Ternak. Di Amerika, golongan jutawan adalah terdiri dari kalangan petani. Saya syorkan anda menanam pokok jarak. Kalau mahu cari bibit pergi sahaja ke Kg Bunga Raya. Bibit mereka datangnya dari India dan Thailand.

Berbalik kepada kisah Mutalib MD tadi, rupa-rupanya dia datang bersama dengan kawan-kawannya yang ingin tahu sangat dengan penananam pokok jarak. Habis kena inteviu orang-orang di ladang Bionas. Dan macam biasalah, Mutalib MD yang saya kenal sejak tahun 1998 itu , mencari scoop lagi eklusif untuk sabahkini.net. Kalau mahu tahu hasil lawatannya anda boleh melayari laman web beliau- ada kisah biawak di Kampung Bunga Raya, dan pembangunan yang dibuat oleh kedua wakil rakyat Adun Bingkor dan Ahli Parlimen Keningau di kawasan itu. Ada banyak kejutan dipaparkan di sabahkini.net.

Terima kasih kepada Pengerusi JKKK Kg Pegansangan, Juse Loibin yang mengiringi perjalanan kami.

salam

7 comments:

Mutalib MD said...

TONDU, saya bukan mau berhenti jadi blogger tetapi mahu melihat bagaimana Kerajaan Memberikan janji palsu kepada rakyat. Mereka mewar-warkan penanaman jarak dalam Koridor Sabah, tetapi kelihatan bukan koridor sebaliknya kaki lima sahaja. Kami hanya ingin melawat tapak semaian BIONAS yang diberitakan sebagai terbesar di Sabah, tetapi tapak semaian kami 10 kali lebih besar bah!

Anonymous said...

hahaha penipu pembuhung ba tu kjaan bn...koridor la mkali

Maya said...

Alo Rozie, smart tu tajuk mu, buli bikin orang berminat mau baca. Di sini, Mutalib MD yang kena scoop.

Azhari said...

hai, macamana tanaman pokok jarak anda... banyak betul maintenance dia ni nak jga...

ajomzah said...
This comment has been removed by the author.
ajomzah said...

salam sejahtera...sy ada terima tawaran dr kwn yg mempunyai rakan di China hendak membeli 30k kilo biji pokok jarak setiap bulan...bole bantu sy?

ansil said...

ha ha ha mana sudah tu jatropa di keningau?!!