Wednesday, December 5, 2012

Jalan Ulu Kukut-Langkon bakal siap, beri keselesaan kepada pengguna jalan


Konsultant memberi penerangan perkembangan kerja-kerja projek naik taraf dan pemulihan jalan raya Kota Belud (ulu Kukut)- Langkon kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang turut dihadiri oleh Pembantu Menteri YB Datuk Japlin Akim, YB Datuk Pang Nyuk Ming  , Setiausaha Tetap, Datuk Felix Madan dan Pengarah JKR Datuk Ir John Anthony.






    Meninjau perkembangan Jalan Ulu Kukut-Langkon yang dilebarkan.



KUDAT : Perkembangan  fizikal Projek naiktaraf dan pemulihan       jalan raya   Kota Belud-Langkon  di Ulu Kukut (Kota Belud) kini telah mencapai  ke tahap 63%  dan dijangka dapat dinikmati dengan selesa oleh pengguna jalan raya menjelang perayaan sambutan Hari Krismas.


Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Infrasruktur , Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata projek itu dilaksana dalam 2 bahagian iaitu merangkumi Bahagian A di KM27-KM34 dan Bahagian B di  KM34-35.25.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja bersama JKR di dua buah jalan raya di bahagian utara iaitu Jalan Kota Belud-Langkon dan Jalan Pearson, Kudat. Turut sama dalam lawatan itu ialah kedua-dua Pembantu Menteri Datuk Japlin Akim, Datuk Pang Nyuk Ming , Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Felix Madan dan Pengarah JKR Datuk Ir John Anthony.

“Melalui taklimat dan lawatan langsung di kedua dua bahagian ini kita telah menyaksikan perjalanan kerja naik taraf dan pemulihan telahpun dijalankan dengan baik namun memang terdapat kelewatan 9%, pada ketika ini fizikal progres berada di tahap 63%,” kata Pairin.

Katanya kelewatan itu telah disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan, gangguan atas pemindahan tiang elektrik, penukaran serta penggantian tanah ditapak yang lebih sesuai.

Kerja naiktaraf dan pemulihan jalan tersebut dijadualkan siap pada  June 2013.

“Adalah diharapkan jika keadaan cuaca mengizinkan pencapaian bahagian B  boleh dinikmati oleh orang ramai sebelum hari krismas. Kita telah meminta pihak kontraktor berusaha bersungguh-sungguh supaya keselesaan akan dinikmati dalam masa yang terdekat dan mengikut jadual,” ujar Pairin.

Bahagian A membabitkan kerja-kerja pembinaan culvert utama antara jalan, pembaikan tepi jalan yang rosak dan pengaspalan sejauh 1.8km. Sementara Bahagian B ialah pembaikan semula cerun, pembinaan culvert utama yang berkaitan dengan saliran air dan penanaman rumput.

Mengenai Jalan Pearson, Pairin berkata jalan tersebut kini telah digunakan dengan lebih selesa. 

Kelewatan projek itu sebelum ini disebabkan oleh pemindahan saluran paip oleh Jabatan Air untuk memberi ruang kepada pelebaran jalan oleh JKR. Terdapat 8 buah sekolah dan 2 kawasan perumahan menggunakan jalan raya berkenan.

No comments: