Monday, March 17, 2008

dua muka baru antara 11 anggota jemaah menteri sabah

15hb Mac 2008
New Sabah Times

KOTA KINABALU: Dua muka baru merupakan antara 11 anggota Jemaah Menteri Sabah yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah, di Istana Negeri hari ini.

Dua muka baru berkenaan ialah Datuk Azizah Mohd Dun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna manakala Peter Pang En Yin, Adun Karamunting pula dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sebelum ini, Datuk Seri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Sabah. Upacara angkat sumpah kelmarin turut meyaksikan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah masing-masing dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Selain sebagai Timbalan Ketua Menteri, Pairin turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala Yahya yang sebelum ini Menteri Pembangunan Mas-yarakat dan Hal Ehwal Pengguna, dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan, menggantikan Datuk Abdul Rahim Ismail yang digugurkan. Tan pula mengekalkan portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur.

Anggota jemaah menteri yang turut mengangkat sumpah kelmarin ialah Datuk Nasir Tun Sakaran yang memegang portfolio Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Pembangu-nan Perindustrian). Datuk Masidi Manjun kekal sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar manakala Datuk Dr Yee Moh Chai juga kekal sebagai Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

Sementara itu, empat muka baru yang dilantik sebagai Pembantu-pembantu Menteri turut mengangkat sumpah jawatan kelmarin. Mereka ialah Datuk Musbah Jamli yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Micheal Asang Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Donald Peter Mojuntin dan Datuk Sairin Karno masing-masing dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Malumat dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Datuk Raden Malleh, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Nasrun Datu Mansur pula kekal sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Melanie Chia yang sebelum ini masing-masing memegang portfolio Pembantu Menteri Pem-bangunan Luar Bandar dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan. Jahid Jahim dan Datuk Bobbey Suan pula masing-masing kekal sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan manakala Datuk Japlin Akim pula dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur. Edward Yong Oui Fah dan Jainab Ahmad pula masing-masing kekal sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Pembantu Menteri Perindustrian.

Sementara itu, empat lagi pembantu menteri yang belum mengangkat sumpah kelmarin kerana memerlukan pindaan undang-undang negeri, ialah Datuk Ghulamhaidarkhan Bahadar sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Bolkiah Ismail dan Datuk Ellron Angin yang masing-masing dilantik sebagai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar dan Herbert Timbun Lagadan sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

No comments: