Thursday, April 17, 2008

SERTAI UNDUK NGADAU KENINGAU...



Puan Nancy dan AJKnya (tengah) ajak gadis-gadis Keningau sertai Unduk Ngadau sempena Kaamatan.

KENINGAU : Pertandingan Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Keningau kini dibuka untuk disertai oleh gadis-gadis dari kawasan ini, dan mestilah dari kalangan Bukan Islam dan masih bujang.

Pengerusi Penganjur, Pn Nancy Datuk Angian b erkata, peserta mestilah dari kalangan bukan Islam dari Kadazan, Dusun, Murut atau Sino berumur antara 18-25 tahun, dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki dan menetap di daerah ini.

“Peserta-peserta dari pedalaman Keningau adalah dialu-alukan untuk turut bersama meraikan sambutan pesta kaamatan dengan menyertai pertandingan Unduk Ngadau,” kata Nancy dalam satu kenyataan disini.

Kata Nancy yang juga Pengerusi Persatuan Wanita Sabah (Pewasa) Keningau, johan bagi pertandingan itu akan mewakili Keningau ke peringkat negeri di Hongkod Koisaan , Penampang pada 30 & 31 Mei ini.

Borang-borang penyertaan yang lengkap diisi haruslah diserahkan kepada pihak penganjur sebelum 25hb April ini katanya. Sementara Malam Legenda akan diadakan pada 26hb April ini. Para peserta Unduk Ngadau juga akan dibawa untuk melawat di Rumah Persatuan Orang Pekak dan Bisu dan ke wad kanak-kanak Hospital Daerah pada 30hb April ini.

Pertandingan peringkat daerah akan diadakan pada 4 Mei ini di Dewan Arked.

Tiket-tiket makan malam sempena malam legenda dijual kini sedang dijual.

Untuk keterangan lanjut, Nancy 016-8317696, 087-331313 (P), Carol 019-5366266 dan Kuinah 012-8255413.

No comments: