Saturday, April 12, 2008

Berita Pilihan : The Borneo Post (Sarawak)

Jarak bukan penghalang dekati hati rakyat
Oleh Wan Ali Amit


KUCHING: Jarak memisah-kan Sarawak dan negeri- negeri Semenanjung Malaysia bukan penghalang buat para pemimpin persekutuan mendekati hati rakyat di ne-geri ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, meskipun Sarawak di-pisahkan Laut China Selatan namun jaraknya dirasai amat dekat kerana para pemimpin terjalin hubungan sehati se-jiwa dengan rakyat.

Katanya, mendekati rakyat adalah agenda penting buat pemimpin bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat serta mengukuhkan hubungan antara satu sama lain.

“Jarak tidak menjadi penghalang bagi pemimpin menjalinkan hubungan erat de-ngan rakyat dan antara satu sama lain. Justeru, mendekati rakyat adalah penting bagi menyampaikan maklumat serta dasar kerajaan,” kata-nya.

Berucap menghadiri jamuan malam bersama media sempena lawatannya ke Sarawak, Ahmad me-negaskan integrasi antara Sarawak dan Semenanjung serta Sabah perlu dipertingkatkan bagi mempererat hubungan seluruh rakyat negara ini.

Hadir sama Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Exco Penerangan Negeri, Dato Sri Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Karim, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dan Menteri Muda di Pejabat Ke-tua Menteri, Mohd Naroden Majais.

Turut hadir Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf, Pengurus Besar Bernama, Datuk Azman Ujang dan Pengarah Pe-nerangan Sarawak, Resat Salleh.

Ahmad menarik perhatian, Sarawak merupakan negeri pertama yang beliau lawati sebaik dilantik sebagai Menteri Penerangan baru dalam Kabinet Persekutuan baru-baru ini.

Menurut Ahmad, beliau amat berbangga dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh kakitangan Kementerian Penerangan serta media tempatan negeri ini.

Sehubungan itu, beliau kagum dengan Sarawak yang mempunyai pelbagai keunikan dan keindahan yang boleh untuk didokumentasikan menerusi filem oleh produser tempatan.

“Saya telah memberi arahan kepada produser agar memikirkan bagaimana mempamerkan produksi Sarawak. Sebab, Sarawak mempunyai banyak produksi seperti legenda ‘Bujang Senang’, ‘Sayang Sarawak’ untuk dijadikan filem,” katanya.

Justeru, katanya, jika filem dokumentari itu dibuat dengan hati produser tempatan yang ternyata mempunyai cinta mendalam tentang kesenian dan kehalusan budaya Sarawak.

Ahmad berkata, dokumentari mengenai Sarawak itu bukan sahaja sebagai tatapan penduduk Sarawak malah seluruh Semenanjung Malaysia.

Beliau juga berharap berita nasional disiarkan menerusi rangkaian televisyen perlu memberi keutamaan kepada berita-berita dari Sarawak yang dianggap mempunyai nilai berita yang tinggi.

“Paparan berita dari Sarawak dan Sabah termasuk tempat-tempat adalah bagi menjalinkan hubungan serta meningkatkan integrasi antara Sarawak dan negeri-negeri lain,” tegasnya.

Ahmad juga berkata, paparan berita menarik dari Sarawak dan Sabah sebagai membalas budi sumbangan kedua-dua negeri berjiran itu terhadap kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

No comments: