Saturday, April 12, 2008

PKR KEMUKA PETISYEN



KOTA KINABALU : Mungkinkah akan berlaku satu pilihan raya kecil di Patrlimen 182 Pensiangan? Kemenangan tanpa tanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dari Barisan Nasional (BN), Tan Sri Joseph Kurup itu telah dfailkan dalam satu petisyen di Mahkamah Tinggi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Andipai, dan bebas Saineh Usau. Kedua-dua mereka memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu ditemani oleh peguam masing-masing dalam masa berasingan. Kedua-dua petisyen yang difailkan di mahkkamah itu menamakan Kurup; Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Bubudan O.T Majalu sebagai responden pertama dan kedua.

Permohonan yang difailkan terhadap Kurup yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang dipertuan Agong ialah permohonan menarik peristiharan beliau sebagai Anggota Parlimen sebagai tidak sah dan batal.

Danny Andipai, calon PKR mendakwa Pengawai Pengurus gagal mengendalikan pilihan raya itu menurut prinsip yang digariskan dibawah peruntukan Akta Pilihan Raya 1958, dan Peruntukan (Perilaku Pilihan Raya ) Pilihan Raya 1981.

Danny yang tiba di Mahkamah Tinggi bersama peguamnya, Ansari Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah.

Menurut Danny , beliau tiba di pusat pencalonan bagi Parlimen 182 Pensiangan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook dan DUN Nabawan iaitu di Dewan Majlis Daerah Nabawan pada 9.35 pagi pada penamaan calon 18hb Mac lalu. Setelah memberikan perincian peribadi beliau , penyokong dan pencadang beliau di kaunter polis , beliau diberikan sekeping kertas bernombor 10 dan masuk ke dewan. Danny turut memberikan RM10 ribu untuk deposit pilihan raya dan RM5 ribu deposit untuk bahan kempen yang diakui dalam satu resit yang dikeluarkan.

Ketika beliau hendak mengemukakan kertas pencalonan, pegawai pengurus pilihan raya Bubudan OT Majalu sibuk melayan calon lain iaitu Fatimah Agitor, sementara itu Saineh USau dan Calon PKR Sook, Paul Gitang tiba.

Pada jam 9.55, pintu dewan itu ditutup oleh seorang pegawai SPR yang memintanya mengemukakan kertas pencalonan. Beliau mendakwa pegawai pengurus pilihan raya enggan menerima kertas pencalonannya kerana masa telah tamat untuk penerimaan kertas pencalonan.

Danny kemudiannya menghubungi Ansari yang menasihatinya membuat laporan polis di kaunter yang disediakan, namun dihalang oleh Penolong Pegawai Pengurus Osman Aganduk. Osman berkata tidak perlu bagi Danny untuk membuat laporan polis kerana beliau (Osman) telah menghubungi SPR dan beliau boleh mengemukakan kertas pencalonan.

Kertas pencalonan itu kemudiannya di kemukakan untuk bantahan. Sehingga jam 11: 00 pagi, SPR telah mengumumkan Kurup iaitu calon BN bagi P.182 Pensiangan telah menang tanpa tanding, kertas-kertas pencalonan Danny dan Saineh telah ditolak.

Danny mendakwa, beliau tidak diberitahu tentang sebarang bantahan atau sebab kenapa kertas pencalonan beliau ditolak.

Danny juga mendakwa Pegawai Pengurus Pilihan raya itu merancang untuk menggunakan hanya satu kaunter penerimaan kertas pencalonan bagi ketiga-tiga kawasan itu bagi mengelakkan penyerahan kertas pencalonan calon-calon lain supaya Kurup menang tanpa tanding.

Sementara itu Pengerusi Jawatan Kuasa Perhubungan PKR Negeri, Ansari Abdullah berkata , PKR akan memfail petisyen pilihan raya di 4 kawasan parlimen dan 3 DUN. Ini berikutan pengumuman Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Hj.Mohd Idris Ismail yang menyatakan petisyen dibuka sehingga 29 April ini.

Ansari berkata antara yang akan difailkan ialah Kota Belud, Papar dan Tuaran bagi kawasan Parlimen, manakala bagi DUN ialah Kota Kinabalu, Pantai Manis dan Kimanis.

PKR Mendakwa , kerajaan BN gagal menunaikan janji dengan tidak menggunakan nombor siri pada kertas undi dan pembatalan dakwat jari.

“Penggunaan nombor siri jelas menafikan hak demokrasi pengundi untuk membuat pilihan tanpa takut ,” kata Ansari.

No comments: