Friday, April 11, 2008

Tingkatkan prestasi pembelajaran : Sairin


KENINGAU : Generasi muda masakini dicabar untuk memecah tradisi tahap pencapaian akademik generasi terdahulu yang hanya tertumpu kepada bidang-bidang tertentu dan lebih bersifat tempatan. Golongan muda masa kini mempunyai peluang yang terbentang luas dihadapan mereka kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan yang tidak terdapat sebelum ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sairin Hj.Karno berkata, untuk melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai peranan institusi keluarga adalah amat penting dan yang paling berkesan. Sambil menegaskan kesibukan ibu bapa seharusnya tidak dijadikan alasan sebagai punca mengapa mereka tidak dapat meluangkan masa.

Sebaliknya kata Sairin, ibubapa harus memikirkan masa depan anak-anak mereka, dan mempergunakan sepenuhnya saat-saat berkualiti bersama.

“ ibu bapa harus memberi galakan kepada minat anak-anak mereka, serta membimbing mereka dalam pelajaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada peranan guru. Kita mahu melahirkan lebih ramai warga global. ” kata beliau.

Sairin berkata demikian di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Daerah Keningau. Seramai 23 penerima anugerah pelajar cemerlang yang menduduki Unit Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dianjurkan oleh Kelab Golf GDW Keningau dan Pemuda UMNO.

“ Kita tidak mahu anak-anak kita setakat bijak di peringkat lokal semata-mata tetapi kita mahu generasi kita juara di peringkat global…kita mahu anak-anak kita ada di mana-mana di merata-rata dunia …,” kata Sairin yang juga merupakan Presiden Keningau Golf & Country Club (KUGCC). Turut hadir dimajlis itu ialah Pengerusi Golf GDW Keningau Azman Hj Roslan yang juga merupakan Ketua Pemuda Pergerakan UMNO P.180 Keningau.

Sementara itu Gabungan GDW Apin-Apin telah memenangi pertandingan golf sempena majlis tersebut.

Oleh itu kata Sairin, anak-anak muda yang mempunyai minat atau kecenderungan pada apa jua bidang harus diberi peluang oleh ibubapa mereka dan diberi suntikan semangat.

Kelihatan dalam gambar Sairin menyampaikan pemenang pertandingan golf kepaad Victor Anahing. Kelihatan juga Azman , Ketua Pemuda UMNO P.180 Keningau

No comments: