Wednesday, March 5, 2008
SELAMAT HARIJADI PBS KE - 25 TAHUN
Thaniah kepada Parti Bersatu Sabah (PBS)kerana meraikan ulangtahun ke - 25 tahun pada 5 Mac 2008. Kalau tanak wagu atau sumandak lebih dari boleh sudah kena kasi kawin...
sebagai pejuang rakyat di negeri ini sejak 25 tahun yang lalu. kita amat menyanjung tinggi para pejuang ini terutamanya Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, lambang kehadiran masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) di negara ini.
Selamat berjuang kepada PBS - BN ....
saya sudah lama ikut bah ini PBS. bapa saya itu pengikut setia PBS bah...saya ingat lagi dulu masa PBS masih pembangkang. Bapa saya pasang bendera PBS di hujung bambu , lepas itu dia kasi naik lagi di atas pokok kelapa...
masa itu siapa yang nampak itu bendera PBS mesti dorang tahu itu rumah kami orang...syukurlah walaupun PBS masa itu pembangkang, kami tidak lari dari PBS...bapa saya lah...saya masa itu masih budak...
itulah saya cakap Huguan Siou ini lugu ( pinjam kata Datuk Bernard Maraat). Ramai bah penyokong kuat dia ini. Mustahil dia boleh kalah di Tambunan dan di Keningau.
SEKITAR ROADSHOW SDC DI KENINGAU
Keningau : Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya menyempurnakan pelancaran roadshow peringkat pedalaman bertempat di Dewan Masyarakat Keningau. Kehadiran YAB PM memang amatlah dihargai dan amat dinanti-nantikan oleh warga pedalaman.
Pelbagai amanat terhadap rakyat diberikan oleh para pemimpin ini dengan harapan Barisan Nasional (BN) dapat diberikan mandat sekali lagi. Namun itu semua terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana mereka boleh menerima kepimpinan BN yang sedang ditawarkan.
sempena roadshow ini, ramailah juga bakal-bakal YB yang datang. Dan ramai jugalah pengunjung yang datang. lagipun saya dengar kena bagi tambang bah...tempat tinggal pun kena bagi. bagus betul ini kerajaan terutamanya Yayasan Sabah yang menjadi penganjur. Tapi saya dengar , belum pastilah ...tapau yang disediakan 15 ribu tidak habis ...nantilah saya tanya kawan saya yang jaga makan minum sempena roadshow ini.
Apapun memang Roadshow Koridor Pembangunan Sabah (SDC) ini memainkan peranan penting juga dalam usaha kerajaan memberi maklumat. Sebab hari-hari pembangkang gasak bah ini cerita SDC ini. Dorang bilang ini SDC ini cakap gimik sahaja. Yalah sebagai rakyat pun saya cuma baru nampak itu poster, risalah dan ucapan-ucapan sahaja mengenai SDC. Tapi jumlah permulaan RM5 bilion itu banyak juga bah untuk Sabah. Kalau hantar RM1 bilion di pedalaman sahaja...fuhyoo...
banyak lah tanah terbiar kena tebas. tanam sawit, tanam getah, koko, pokok gaharu, vanilla dan macam-macam...itupun kalau lah kita dapat peluang. harap-harap niat SDC ini betul-betul membantu rakyat. ...rakyat sokong kerajaan pasal SDC bah...bukan kerana calon yang tidak pandai senyum...belum lagi jadi YB sudah menyombong...kalau bukan kerana lambang timbangan...siapalah yang mahu sokong calon kedekut...
siapa yang kedekut ni? adalah bah itu. orang pigi pasang poster dia pun dia tidak bagi makan. takut kena tangkap BPR. padahal makan itu upah dia bah...tidak salah bah kasi makan orang yang tolong...eeiiii....tapi bukan semua begitulah....
apa pun sama-sama lah kita memikirkan siapakah yang bakal kita berikan mandat untuk menerajui negara ini. Saya secara peribadi, kerajaan yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan. Berpengalaman, berkaliber, berkemampuan, dan sebagainya....namun ia juga boleh mengundang kepada banyak persoalan di dalam kotak fikiran rakyat.
Antaranya sejauh mana ketelusan mereka...benarkah mereka telah melakukan yang terbaik untuk negeri dan negara? contohnya di kampung saya sendiri. sudah 20 tahun kerajaan berjanji akan menaik tarafkan jalan raya namun sampai sekarang tidak ada perubahan berlaku. kata orang KDM, irih om irih...
Kepada anda, pergunakanlah hak undi anda....siapa yang anda pilih...terpulanglah...kita menghormati kuasa undi rakyat bah..
lagipun....saya belum mendaftar...hehehehehe
Sunday, March 2, 2008
KUCING KU
Saya sangat sukakan kucing. sejak dari kecil memang inilah binatang yang merupakan sahabat karib saya. sehingga kini saya mempunyai banyak kucing. Ada yang saya pungut di tengah jalan kerana kasihan melihat binatang ini tidak berdaya.
saya tidak kira ia kucing apa. kerana kita semua ini benda hidup yang mempunyai hak untuk hidup dan berkongsi hidup...
ini ialah antara kucing saya, Beautiful kucing berwarna putih, saya pungut di sebuah jalan kecil di Keningau. Sementara Lily , berwarna tiga adalah anak kepada seekor kucing yang saya pungut di pusat beli belah Rakyat Keningau.
Subscribe to:
Posts (Atom)