Friday, March 29, 2013
Thursday, March 28, 2013
KEPIMPINAN PM DISENANGI RAKYAT SABAH
"DIBAWAH KEPIMPINAN PERDANA MENTERI YAB DATUK NAJIB TUN RAZAK, KITA DI SABAH SUNGGUH SENANG SEKALI DENGAN BELIAU, PENDEKATAN BELIAU SANGAT BERBEZA DENGAN PEMIMPIN TERDAHULU. YAB DATUK NAJIB MENDENGAR SUARA KITA DAN SERINGKALI TURUN PADANG MENDEKATI RAKYAT JELATA, DAN MEMBAWA TRANSFORMASI KEPADA RAKYAT SECARA KESELURUHANNYA".
- YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun
Razak sangat berbeza dengan pemimpin-pemimpin lalu, dimana Datuk Najib sangat
dekat dengan rakyat Sabah dengan membawa pendekatan serta perubahan yang
melibatkan rakyat secara keseluruhannya.
Pairin yang juga Menteri
Pembangunan Infrastruktur berkata, dengan perancangan-perancangan yang sedang
dan telah dilaksanakan dengan baik dibawa oleh Perdana Menteri dan barisan
pemimpin di Sabah, rakyat telah menerima manfaat hasil dari jalinan kerjasama
erat antara kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Pairin berkata demikian di Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Sandapak sempena penyerahan tangki melibatkan 153
buah untuk penduduk di Kampung Sandapak dan Kampung Tangkungon disini. Hadir
sama Wakil Rakyat Bingkor, Datuk Justin Guka dan Pengerusi Jawatan Kuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg.Sandapak, Salim Charles Nair.
“Dibawah kepimpinan Perdana
Menteri kita, kita sangat dekat dengan beliau dan hubungan yang baik ini membawa
kebaikan kepada kita semua. Oleh itu berikan sokongan padu kepada beliau
(Najib) bagi meneruskan kesinambungan perancangan yang baik kepada kita,” kata
Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau.
Sempena program itu Pairin telah
meluluskan pembinaan bangunan dapur mini dan pembaikan mini dewan dewan
Kg.Sandapak.
Wanita PBS dinilai sebagai bakal calon PRU
Ahli Wanita BN Tambunan |
PEMIMPIN WANITA DALAM PARTI BERSATU SABAH (PBS) dan aktivis masyarakat mendapat penilaian sama rata dari pucuk pimpinan parti untuk dikemukakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang akan datang.
Presiden Parti Bersatu Sabah
(PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN)
sentiasa mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan yang dimainkan oleh
golongan wanita di dalam bidang politik dan kemasyarakatan.
“Kita menerima dengan baik sumbangan
dan peranan yang dimainkan oleh golongan wanita, dan ianya amat dihargai. Kita
ambil berat,” kata Pairin.
Pairin yang juga Timbalan Ketua
Menteri Sabah berkata demikian di Majlis Penutupan Seminar Gerak Kerja Wanita PBS N.32 Tambunan
bertempat di Tandarason Resort & Country club (TRCC) disini. Ketua Wanita PBS Pusat Senator Datuk Jamilah Sulaiman, Timbalan Ketua Bahagian
PBS Tambunan Datuk Daniel Kinsik, Ketua Wanita Bahagian Paula Domian dan EXCO
Wanita PBS turut hadir.
WANITA SOKONG PBS -BN ! bersatu...bersatu.... |
Pairin yakin bahawa ramai
wanita yang boleh mengambil peranan di hadapan
namun mereka tidak menonjol.
“ Wanita harus maju ke depan
menonjolkan diri. Jika malu-malu meskipun mereka berpendidikan dan berkeupayaan
di dalam pembangunan, jika mereka (wanita) tidak mengambil bahagian dan
peranan kita tidak melihatnya,” kata Pairin.
Beliau berkata, sebagai contoh
Ketua Wanita PBS Pusat, Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang sentiasa di hadapan
dan rajin bekerja untuk masyarakat.
“Kita melihat peranan dan
sumbangan beliau yang sentiasa di hadapan dan menyuarakan isu-isu yang kita
ambil perhatian dan mencari jalan penyelesaian.
Kita perlukan wanita sebagai pemimpin dalam masyarkat,” ujar Pairin.
Pairin yang juga Wakil Rakyat
Tambunan berkata, gandingan dan kerjasama pemimpin wanita dan lelaki mendorong antara satu sama
dengan yang lain menjalankan tugas menghasilkan sumbangan terbaik kepada
masyarakat.
Oleh itu kata Pairin, sama ada
seorang itu pemimpin lelaki mahupun wanita, PBS menilai mereka sebagai calon BN
pada pilihanraya akan datang.
Beliau turut mengucapkan terima
kasih diatas sokongan yang diberikan oleh wanita sebagai penyokong setia kepada
BN.
Paula menyerahkan cenderakenangan kepada Presiden PBS YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. |
note : PBS mempunyai beberapa pemimpin wanita berpotensi yang giat aktif di dalam program kemasyarakatan. Antaranya, mantan Wakil Rakyat Matunggong yang merupakan Setiausaha Politik , Jornah Mozihim, pengerusi persatuan Ibu Tunggal di Matunggong dan Datuk Mary Yap seorang mantan pendidik yang mendapat anugerah kecemerlangan di dalam pendidikan. Mungkinkah ke dua pemimpin ini adalah diantara yang dinilai dan mendapat tempat sebagai bakal calon? Jornah di Matunggong manakala Datuk Mary Yap di Parlimen Tawau/Sri Tanjung.
Pada ketika ini PBS mempunyai 2 orang wakil rakyat Wanita iaitu YB Puan Anita Baranting (DUN Tandek) dan YB Datin Linda Tsen ( Parlimen Batu Sapi). Selain itu PBS juga mempunyai seorang lagi Setiausaha Politik kepada Menteri Sains dan Teknologi iaitu Pn. Julita Majungki. Setiausaha Akhbar kepada Presiden PBS dan Timbalan Presiden PBS juga adalah wanita. Ini menunjukkan PBS menghargai peranan dan sumbangan wanita.
KOTA BELUD , TUAN RUMAH PELANCARAN PESTA KAAMATAN 1 MEI
DAERAH KOTA BELUD AKAN MENJADI TUAN RUMAH PELANCARAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI 2013 PADA 1 MEI INI.
Huguan Siou YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Negeri memberitahu, daerah Kota Belud telah bersedia mengalas tanggungjawab dan peranan tersebut.
Tema sambutan Pesta
Kaamatan tahun ini dipilih sendiri oleh Huguan Siou ialah Sustain goodwill and understanding through Kaamatan atau Tihombuso Piunungan Om pirotian maya
Kaamatan.
JADUAL SAMBUTAN PESTA KAAMATAN SEPANJANG BULAN MEI
1hb Mei Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Dewan Masyarakat Kota Belud oleh YAB Ketua Menteri
4hb Mei Daerah Kuala Penyu
7hb Mei Daerah Kudat
11 hb Mei Klang Valley, Daerah Tongod, Daerah Papar dan Daerah Kunak.
12 hb Mei Daerah Pitas.
13b Mei Daerah Sipitang
16hb Mei Daerah Kecil Matunggong.
16-18hb Mei Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
18hb Mei Daerah Tambunan, Penampang, Beaufort, Beluran, Banggi, Sandakan, Ranau, Kinabatangan, Kemabong, Putatan.
19hb Mei Daerah Keningau, Daerah Kecil Sook.
21hb Mei Daerah Tuaran (Kiulu).
22hb Mei Daerah Nabawan.
* Tarikh yang diterima setakat ini. Sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan pejabat daerah setempat atau KDCA daerah.
UCAPAN PELANCARAN GELOMBANG TATABA OLEH PRESIDEN PBS YB TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN
( PERKONGSIAN KEPADA SEMUA) MISOMPURU TOKOU, ANSILULUM TAKA
TEKS UCAPAN
YB TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN
PRESIDEN PARTI BERSATU SABAH (PBS)
MERANGKAP TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH DAN MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SABAH
PADA 24 MAC 2013, 2.00 PETANG, HONGKOD KOISAAN, PENAMPANG
YB Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO dan AMT
YB Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS dan AMT
YBhg Datuk Henrynus Amin, Setiausaha Agung PBS Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan Ketua Pengarah, Operasi TATABA Sabah
Ybhg Datuk Madius Tangau, Setiausaha Agung UPKO
YBhg Datuk Johnson Tee, Setiausaha Agung PBRS
Tuan-Tuan dan Puan-puan
Selamat petang, Salam sejahtera, salam Bersatu dan Salam 1Malaysia
Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan kepada saya untuk bersama-sama YB Tan Sri Bernard Dompok Presiden UPKO dan YB Tan Sri Joseph Kurup Presiden PBRS di Majlis Perlancaran Gelombang TATABA pada petang ini.
Pertemuan kita pada petang ini adalah bertujuan untuk menyempurnakan majlis pelancaran Gelombang TATABA iaitu suatu inisiatif politik dipelopori oleh ketiga-tiga Setiausaha Agung PBS, UPKO dan PBRS. Saya bersetuju dan menyokong penuh objektif Gelombang TATABA untuk menyatu padu dan mengukuhkan sokongan masyarakat KDM kepada Barisan Nasional. Sebenarnya matlamat utama Gelombang TATABA sama dengan Gelombang Biru yang dipelopori oleh Barisan Nasional. Hanya fokus Gelombang Tataba lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan majoriti penduduknya adalah Kadazandusun dan Murut dan hanya melibatkan tiga parti komponen BN iaitu PBS, UPKO dan PBRS.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Majoriti kaum KDM lebih kurang 62% masih tinggal di kawasan luar bandar dan walau pun majoriti dari mereka mempunyai sumber pendapatan tersendiri, namun ada golongan-golongan tertentu yang masih belum melepasi paras kemiskinan tegar dan amat memerlukan bantuan kerajaan atau mana-mana badan NGO yang dapat membantu.
Kita berkumpul di HongKod Koisaan ini sebagai tanda persetujuan untuk bekerjasama ke arah pencapaian objektif Gelombang TATABA yang menjurus ke arah membentuk masyarakat KDM yang bersatu padu, progresif, berdikari, berdaya saing, maju dan mampu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
Tidak dinafikan perlaksanaan Gelombang TATABA melalui Operasi TATABA adalah langkah yang tepat. Ianya melibatkan beberapa aktiviti termasuk:
- Bantuan Bibit Getah Berkualiti
- Bantuan Biji Sawit Bercambah
- Bantuan Peralatan Gereja
- Karnival Sukan Perpaduan TATABA
Saya mengalu-alukan Operasi TATABA yang telah mempelopori bantuan bibit getah berkualiti dan bantuan biji sawit bercambah yang diberikan kepada rakyat yang memerlukannya. Saya difahamkan bantuan getah 1Malaysia misalnya telah mendapat sambutan baik di 20 kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dimana majoriti penduduknya dari masyarakat KDM. Harapan saya bantuan ini akan menjadi pemangkin semangat berdikari dan ingin maju di kalangan masyarakat KDM seluruh Sabah. Saya syorkan agar setiap penerima memanfaatkan bantuan-bantuan tersebut dan mempastikan masing-masing berusaha membuka kebun getah dan kebun sawit sebagai punca pendapatan yang lumayan.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Operasi TATABA juga melibatkan bantuan peralatan kepada gereja seperti keyboard, speaker dan PA system, kerusi plastik, genset, chainsaw, atap zink dan lain-lain. Saya difahamkan 2000 buah gereja Kristian dari berbagai denominasi telah menerima manfaat dari bantuan gereja. Saya yakin aktiviti seperti ini bukan sahaja mendekatkan parti-parti politik kepada pihak gereja tetapi secara tidak langsung kepada rakyat jelata. Saya difahamkan bahawa fasa 2 Bantuan Gereja akan dilaksanakan tidak lama lagi. Saya ucapkan terima kasih kepada penaja Operasi TATABA kerana murah hati menghulur bantuan sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan kepada gereja-gereja di negeri Sabah.
Operasi TATABA tidak melupakan para belia dan beliawanis berumur di bawah 40 tahun. Menjelang pilihanraya ini Operasi TATABA memberi bantuan peralatan sukan termasuk T Shirt, baju jersey, bola dan lain-lain kepada 16 kawasan Dewan Undangan negeri. Melalui sumbangan ini setiap DUN boleh menganjur karnival sukan termasuk bola sepak, bola tampar dan sepak takraw yang bakal menarik penyertaan para belia dan beliawanis di bawah umur 40 tahun. Saya percaya bantuan ini akan dapat dimanafaatkan agar sukan boleh memupuk persefahaman, perpaduan dan persahabatan para belia dan beliawanis dari ketiga-tiga parti PBS, UPKO dan PBRS di setiap kawasan DUN.
Saya mengalu-alukan usaha Gelombang TATABA untuk menggubal perancangan masa panjang atau Pelan Induk KDM untuk menjana pembangunan sosio ekonomi masyarakat KDM. Pelan Induk (blueprint) KDM ini masih dalam perancangan. Namun kita semua harus menyedari matlamat perancangan masyarakat KDM tidak mungkin tercapai tanpa perpaduan, persefahaman dan kerjasama antara parti-parti politik yang mewakili masyarakat KDM.
Bagi saya cadangan kerjasama menghasilkan blueprint pembangunan masyarakat KDM adalah merupakan komitmen ketiga-tiga parti – PBS, UPKO dan PBRS – untuk meningkatkan status sosio ekonomi masyarakat KDM agar seiring dengan masyarakat-masyarakat lain di negara ini. Sebagai warga negara Malaysia, masyarakat KDM berhak untuk menuntut dan menikmati pembangunan yang adil dan saksama ke arah pencapaian objektif Wawasan 2020.
Masyarakat KDM harus diberi peluang bukan sahaja dalam bidang pertanian tetapi juga aktiviti ekonomi bukan berasaskan pertanian seperti pembuatan, pembinaan, perdagangan, perhotelan dan sebagainya.
Oleh yang demikian kita harus meletakkan tanda aras pencapaian kita sebagai satu kelompok masyarakat di Malaysia melalui perlaksanaan pembangunan di kawasan-kawasan kita. Namun kejayaan kita terletak kepada keupayaan kita untuk memikirkan, menggubal dan melaksanakan idea-idea baru yang boleh membantu masyarakat kita. Saya yakin inisiatif Gelombang TATABA ini walau pun baru bermula menggambarkan usaha-usaha kepimpinan KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS ke arah pembangunan masyarakat KDM baik dari segi minda mahu pun pembangunan sosio ekonomi rakyat. Jadi kita menyokong usaha baik ini agar ianya berjaya mencapai objektifnya.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Untuk menjadikan Gelombang TATABA ini lebih bermakna dan berkesan, saya syorkan agar ianya merangkumi pembangunan minda, jatidiri bangsa dan kecekapan. Saya menyeru masyarakat KDM agar menguasai cara berfikir yang betul seiring dengan perubahan zaman. Kita tidak boleh menyelasai masalah-masalah masa kini dengan cara berfikir tahun enam puluhan. Falsafah Gelombang TATABA merangkumi transformasi minda, pembentukan jatidiri dan kecekapan untuk menjana bangsa yang berdikari, bermaruah, berdaya saing, maju dan mampu. Kita harus berkeupayaan melihat jauh ke hadapan. Kita harus melihat potensi kita sebagai pemangkin kemajuan bukan sahaja bagi masyarakat kita tetapi bagi menjana kekayaan negara keseluruhannya.
Harapan saya agar Gelombang TATABA bakal melahirkan masyarakat yang membudayakan sifat-sifat positif seperti rendah hati, mengasihi, berdikari, rajin bekerja, bertolak ansur, berdisiplin, saling hormat menghormati dan lain-lain lagi.
Gelombang TATABA mempastikan masyarakat KDM khusus generasi baru memiliki kecekapan untuk menjana membangun bangsa mereka ke tahap lebih tinggi. Kecekapan ditakrifkan sebagai keupayaan mengguna masa, talenta (bakat semula jadi) dan sumber alam untuk menjana kekayaan bagi diri mereka, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Kita boleh mencapai objektif kita sekiranya kita pertingkatkan program-program latihan untuk masyarakat kita khusus generasi muda seperti kursus-kursus, seminar-seminar, bengkel-bengkel, ceramah-ceramah dan harus diadakan diseluruh negara.
Harapan saya agar Gelombang TATABA bakal melahirkan masyarakat berdikari yang pandai berfikir, memiliki karakter (jatidiri) dan kecekapan untuk menguna khazanah Tuhan untuk menjana kekayaan bagi kepentingan bangsa dan negara. Gelombang TATABA sudah pasti bakal mengutamakan pembangunan infrastruktur serta prasarana luar bandar selain membawa masyarakat KDM ke arah masyarakat yang lebih kuat dan bersatu padu.
Dalam kesempatan ini, saya berterima kasih kepada masyarakat akar umbi KDM khusus ahli-ahli dan penyokong-penyokong PBS, UPKO dan PBRS kerana telah meneruskan suara dan terus mendesak untuk perpaduan KDM.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan rakyat jelata bukan sahaja kepada masyarakat KDM tetapi semua kaum di negeri Sabah bahawa kita harus meneruskan agenda perpaduan dalam Barisan Nasional. Kita baru sahaja dikejutkan dengan peristiwa berdarah pencerobohan penganas di Lahad Datu. Pencerobohan ini mengingatkan kita bahawa ancaman musuh wujud dan nyata sekali. Ancaman ini bukan sandiwara politik tetapi merupakan sebahagian dari “grand design” pihak tertentu untuk menjejas kedaulatan negara kita.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Saya amat terkilan dengan kenyataan pihak tertentu yang jelas menghina dan mempersoal status masyarakat KDM di negeri Sabah sebagai penduduk asal negeri Sabah ini. Mereka berselindung di bawah badan-badan NGO yang tidak diketahui agenda sebenar mereka. Saya tekankan PBS berpegang teguh kepada definasi Anak Negeri yang digubal oleh kerajaan dan termaktub dalam perlembagaan. Mereka yang datang menceroboh tidak berhak untuk memijak di bumi Sabah. Ada musuh negara menggambarkan bahawa pendatang asing dari luar negeri Sabah yang menceroboh masuk secara haram adalah penduduk asal negeri Sabah. Pendirian PBS mengenai perkara ini jelas. Warga negara asing tidak berhak terhadap negeri Sabah walau seinci pun. Kedaulatan sesebuah negara bukan terletak kepada tuntutan politik yang sudah lapuk tetapi haruslah berdasarkan kepada kehendak rakyat yang menduduki sesebuah wilayah negara tersebut. Oleh yang demikian, kedaulatan negeri Sabah terletak kepada rakyat Malaysia yang tinggal dan menetap di negeri Sabah. Soal siapa pemilik negeri Sabah tidak perlu dibahas lebih panjang. Negeri Sabah dimiliki rakyat Malaysia di negeri Sabah dan mereka sudah menentukan masa depan mereka apabila menyertai gagasan Malaysia dalam tahun 1963.
Dalam konteks ini, PBS telah bekerjssama dan akan terus memberi kerjasama dengan parti-parti komponen dalam BN termasuk UMNO, UPKO, PBRS, LDP, gerakan, MCA, dan MIC untuk menjayakan pencapaian matlamat penubuhan RCI mengenai pendatang tanpa izin.
PBS akan bekerjasama dengan UPKO dan PBRS mempastikan bahawa masyarakat KDM tidak akan terpinggir. Kita akan menggagalkan percubaan atau agenda untuk menukar demografi politik negeri Sabah.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Dalam pada itu, Pelan Induk KDM yang sedang digubal mengutamakan agenda pembangunan masyarakat KDM. Ianya harus membantu masyarakat KDM dimana merasakan diri mereka terabai selama ini. Usaha Gelombang TATABA bukan pengganti kepada usaha kerajaan. Sebaliknya Gelombang TATABA memerlukan bantuan kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk mencapai tujuannya. Masyarakat KDM memerlukan persefahaman dan sokongan masyarakat Cina, Melayu, Bajau dan lain-lain.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga Setiausaha Agung PBS, UPKO dan PBRS atas kerjasama mereka untuk menjayakan program, Gelombang TATABA ini. Saya yakin kejayaan pencapaian Gelombang TATABA mempunyai kesan positif terhadap keharmonian kaum dan keamanan negara. Saya melihat bahawa kerjasama erat sudah bermula ketika program agihan bibit getah dan bantuan gereja dilaksanakan. Pemimpin-pemimin dari ketiga-tiga parti ini telah bekerjasama di semua peringkat baik peringkat negeri, mahu pun peringkat DUN, PDM dan kampung. Kejayaan Fasa 1 perlaksanaan Operasi TATABA menggambarkan masa depan program ini cerah dan kita semua yang hadir disini menyokong agenda ini.
Saya, selaku Presiden PBS, sesungguhnya mengalu-alukan persahabatan dengan UPKO dan PBRS dalam kerangka kerjasama Barisan Nasional. Kita sama-sama meneruskan sokongan kita kepada YAB Perdana Menteri yang kita hormati. Demikian juga, kita harus memberi kerjasama dan komitmen kepada Ketua Menteri Sabah untuk meneruskan agenda pembangunan negeri Sabah. Pilihanraya sudah diambang pintu. Kita harus bersiap sedia untuk menghadapai kemungkinan pilihanraya bila-bila masa. Marilah semua masyarakat KDM bangkit dan maju ke hadapan berjuang demi masa depan kita dan anak-anak kita.
Sekian dan terima kasih.
PBS KUTUK SERANGAN KE ATAS SABAH
KOTA
KINABALU : Parti
Bersatu Sabah (PBS) mengutuk serangan
yang dilakukan terhadap Lahad Datu dan Semporna oleh penceroboh yang telah
mengorbankan nyawa pasukan keselamatan dan mencetuskan gangguan kepada kenteraman awam.
Presiden PBS, Tan Sri
Joseph Pairin Kitingan berkata, PBS sangat bersimpati dan bersedih diatas
kehilangan nyawa pihak keselamatan berikutan dengan insiden tersebut sebagai
satu kemalangan jiwa yang tidak dijangka. Pairin berkata demikian ketika
berucap di Majlis Sambutan Ulangtahun ke 28 PBS di Dewan Ken Hwa disini malam
selasa.
“ Tidak dinafikan
mereka terkorban kerana mempertahankan negeri dan negara kita, juga mengambil
bahagian dalam usaha kerajaan mententeramkan keadaan,” ujar Pairin. Sambutan
Ulangtahun PBS ke 28 itu diadakan secara sederhana kerana berkabung untuk
memberikan penghormatan terhadap anggota keselamatan negara yang terkorban.
Pairin yang juga
Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, kejadian yang berlaku di Lahad Datu
menunjukkan betapa perlunya bekerjasama dan sebagai penduduk di negeri ini,
yang diibaratkan sebagai keluarga, adik beradik agar bersama-sama komited
mempertahankan kedaulatan negara bersama dengan pasukan keselamatan
“ Soal keselamatan
negara memerlukan kerjasama dari semua rakyat, pasukan keselamatan, Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” Kata Pairin dan kerana faktor keselamatan
adalah antara sebab utama PBS menyertai semula Barisan Nasional (BN).
Beliau turut berterima
kasih diatas tindakan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dalam mempastikan
kedaulatan negara dipertahankan.
“Kita doakan penyelesaian akan
diperolehi secepat mungkin untuk mengembalikan ketenteraman dan keselamatan
awam kerana pihak keselamatan telah membuat tindakan terhadap penceroboh yang
mencemarkan kedaulatan negara kita,” kata Pairin.
Katanya, apa yang dialami oleh
rakyat Sabah kebelakangan ini berikutan dengan pencerobohan itu menguji cinta
dan kasih sayang kepada negara antara
satu dengan yang lain.
PBS 28 TAHUN…Presiden PBS , Pairin dan barisan
kepimpinan PBS memotong kek peringatan ulangtahun PBS |
“ Mari terus bersatupadu,
berganding bahu dalam mempastikan negeri dan negara kita aman, damai dan maju,
ini adalah tanah tumpah darah kita dan
kita adalah rakyat Malaysia yang mahukan masa depan yang lebih baik dari
yang sudah-sudah, oleh itu berganding bahu dan bekerjasama adalah asasnya,” kata
Pairin. Hadir sama Timbalan-Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT)
kepimpinan parti berkenan.
Pairin turut mengucapkan
penghargaan diatas kesetiaan dan komitmen para ahli yang sentiasa bersama dalam
perjuangan dan hala tuju parti berkenan.
“Perjuangan kita banyak liku-liku
dan cabaran yang kita atasi dan
alami bersama, saya mengharapkan walapun
cabaran yang kita hadapi jangan berputus asa, kuatkan semangat demi perjuangan
dan masa depan,” kata Pairin. Beliau turut mengingatkan para ahli agar
terus bersatu padu dan waspada kepada
anasir pecah dan perintah.
GANDINGAN MANTAP PEMIMPIN KDM KE ARAH PERPADUAN
TAMBUNAN : Gandingan yang erat sebagai satu pasukan dalam
parti komponen Barisan Nasional (BN) membawa kebaikan kepada rakyat , dimana perjumpaan melibatkan pemimpin
tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Upko sebagai satu petanda yang menguatkan semangat
persaudaraan diantara satu dengan yang lain.
Presiden PBS, Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, Sebagai satu pasukan kerjasama ketiga parti
itu dapat menyampaikan hasrat , mendekatkan diri kita ke
arah yang baik untuk masyarakat majmuk dan khususnya KDM,” kata Pairin di
Majlis Ramah Mesra Pemimpin BN di TRCC, disini. Program itu adalah untuk
mengalu-alukan kehadiran Presiden Upko yang juga Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi yang telah menganjurkan Program Hello Komodiri kepada para pekebun
Kecil di daerah Tambunan.
Menurut Pairin, sebelum ini
ketiga presiden parti komponen dalam BN telah duduk meja bersama dalam satu
pelancaran Program Operasi Tataba yang dikendalikan bersama ketiga parti itu.
“ Oleh itu kena pada tempatnya
untuk kita mengambil pelu
ang di mana
saja untuk menyampaikan hasrat kita,
menguatkan lagi tali silaturahim dan mendekatkan hati kita dalam soal menuju ke
arah yang lebih baik untuk masyarakat majmuk dan keturunan kita di negeri ini,”
ujar Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Wakil Rakyat
Tambunan.
Katanya, dengan niat baik dan tulus ikhlas tersebut dapat
menguatkan lagi semangat persaudaran dan mempastikan perjalanan yang lebih baik
untuk negeri dan rakyat Sabah.
Sementara itu, Bernard berkata
beliau berasa gembira dapat bersama-sama pada program anjuran PBS Tambunan
tersebut.
“Saya senang hati dengan program
ini., satu peluang besar dan penuh bermakna,” ujar Bernard yang turut
memberitahu perjalanan politik beliau bermula di Tambunan pada tahun 1984.
Sempena Program Ramah Mesra
bersama Pemimpin BN itu kedua Presiden telah menurunkan tandatangan perlantikan
penyelaras bagi Operasi Tataba di seluruh negeri melibatkan ketiga parti.
Hadir sama Setiausaha Agung Upko,
Datuk Wilfred Madius Tangau , Wakil Rakyat Bingkor Datuk Justin Guka dan
Penolong Setiausaha Agung PBS, Datuk Daniel Kinsik.
TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH ; PROFESOR
ROZIE
JUMAT/BERNAMA 7/3/2013
KOTA
KINABALU : Sebarang tuntutan ke atas Negeri Sabah adalah terbatal dengan
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963, tindakan Jamarul Kiram III menyerang
Sabah dengan alasan tuntutan terhadap warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah
dan serangan pengganas.
Profesor Madya
Dr.Bilcher Bala dari Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) Universiti Malaysia
Sabah (UMS) berkata, tarikh penubuhan Malaysia 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah. Dimana pada tahun 1888, Sabah dibawah protectorate
kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan USA di Filipina
tanpa Sabah. Pada tahun 1946 Sabah
diserahkan kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah dalam Malaysia.
Mengenai bayaran yang
dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, katanya ia adalah cuma pampasan atau saguhati
perjanjian sewa mati 1787 yang tertulis Lease
permanent. Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian
‘selagi ada bulan dan bintang’)
Jika dikaitkan dengan sejarah kata Prof. Dr Bilcher, Penduduk Sabah telah memilih Malaysia melalui
Laporan Cobbold.
“ Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat
adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang sabah tidak mengakui mereka ada
sultan melainkan gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama ) dan Yang dipertuan Agung sejak tahun 1882 sehingga
kini.
Justeru tuntutan yang
mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan Sulu, jika ada sultan pun, ke atas
Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian seperti yang
disebut jelas beliau.
“Hakikatnya, Sulu tidak
ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan "ada hak" untuk
membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak
melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah memperalatkan orang ramai
untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri,” kata Prof Madya Dr.Bilcher.
Oleh itu kata Prof.Dr
Bilcher , tindakan menyerang negara luar adalah
jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia.
“Melainkan jika
individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah dibawah ISA
yang berat setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas (terrorist),” ujarnya.
Tamat
Subscribe to:
Posts (Atom)