Peserta pertandingan yang lain mengucapkan tahniah sambil menyaksikan Pairin mengambil biji golf dari pukulan pertama di lubang pertama yang menghasilkan hole-in-one. |
KOTA KINABALU : Timbalan Ketua
Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membuat
kejutan Hole in One dalam pembukaan
Pertandingan Golf Piala Presiden Chip dan Putt 2012 Tambunan Golf Club (TNGC)
disini.
Pairin yang juga Presiden TNGC
membuat pukulan pertama sebagai peserta pertama berjaya melayangkan bola di lubang
pertama mengamatkan suasana pertandingan yang diadakan di TNGC Mini Golf Course
disini.
Pairin juga tidak menjangka berhasil membuat pukulan hole-in-one tersebut
kerana telah lama tidak bermain golf.
“Sudah 4 tahun saya tidak bermain
golf,” kata Pairin gembira dan kemudiannya meneruskan permainan bersama
rakan-rakannya.
Kejutan hole in one itu juga merupakan yang pertama kali berlaku
di TNGC Kota Kinabalu (roziejumat)