Thursday, July 3, 2008

Percayakah anda?

Entah dimana silapnya ( tau la saya ni bukannya pakar internet). tiba-tiba saya menerima banyak email yang meminta pertolongan untuk menjadi rakan kongsi lah, meminta pertolongan agar wang warisan dari keluarga dapat dikeluarkan melalui rakan luar negara la...waaa...lumayan juga tu geng...bukan ribu-ribu tapi million...aku kaya aku kaya...dalam US Dollar lagi. saya memang kurang yakin dan percaya dengan kewujudan scam seumpama ini.

ada la juga saya main-main. ikut tengok sejauh mana kebenarannya. saya pun responlah kepada satu email dari afrika. orang itu memperkenalkan dirinya sebagai aleem. dia approach dengan penuh kasihan dan minta simpati, agar ada orang boleh membantunya mengeluarkan warisan berjumah 15 Juta US Dollar. Kononnya dia bekerja dengan sebuah bank dan menemui akaun yang tidak dituntut kerana penama itu telah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan semua anggota keluarganya maut.

setelah saya bersetuju untuk membantunya. mana lah tau kan...cuba-cubalah...kalau dia bagi 10 persen pun banyak juga tuuuu....saya pun menghubungilah bank di afrika dengan menggunakan email. tidak lama kemudian bank itu memberi respond.

wah...ingatkan sudah boleh bank in...bank itu meminta euro 1500..sebagai yuran proses. saya katakan pada aleem saya tidak akan memberi walau sesen pun kerana asasnya, saya hanya membantu beliau sebagai transit, bukannya untuk segala pembayaran dokumen.

Aleem menelefon dari Afrika banyak kali. beliau kata biarlah setengah-setengah sebab isterinya sakit dan berada di Perancis. beliau tidak mempunyai wang untuk membayar yuran itu. saya katakan tidak kepadanya.

seminggu kemudian Aleem menghantar email kepada saya mengatakan beliau telah mendapat wang itu melalui bantuan seorang rakan dari luar negara. dan beliau turut berterima kasih dengan saya kerana telah berusaha membantunya...beliau menyuruh saya menghubungi setiausahanya kerana beliau meninggalkan cek bernilai USD8000...banyakkan...

setelah saya menghubungi setiausaha nya kononnya itu...alalala....orang itu meminta 350 dalam mata wang euro untuk kos pengiriman...beliau turut menghantar gambar cek London Citibank melalui email. apabila saya kata, hantar menggunakan mail biasa, dia cakap ikut sahajalah cakap dia...saya pun tidak mahu lagi lah...memang penipu...

ini ialah contoh email mereka approach kita

FROM THE DESK OF MR XXXX
AUDITING AND ACCOUNTING UNIT.
AFRICAN DEVELOPMENT BANK (ADB)
OUAGADOUGOU BURKINA FASO.



(CONFIDENTIAL)
I CAN'T IMAGINE HOW YOU WILL FEEL RECEIVING A SUDDEN BUSINESS LETTER FROM A REMOTE COUNTRY IN FAR AWAY BURKINA FASO WEST AFRICA AND PROBABLY FROM SOME ONE YOU HAVE NOT CLOSELY RELATED WITH. BUT ALL THE SAME, I BELIEVE WE DO NOT NEED TO BE OF BLOOD RELATIVES BEFORE WE CAN ESTABLISH CORDIAL/BUSINESS RELATIONSHIP. HAVING SAID THIS, I THINK IT IS VERY IMPORTANT AT THIS JUNCTURE TO INTRODUCE MYSELF TO YOU.

I AM.MR.XXX THE DIRECTOR IN CHARGE OF AUDITING AND ACCOUNTING SECTION OF AFRICAN DEVELOPMENT BANK (ADB) OUAGADOUGOU BURKINA-FASO WEST AFRICA. IT IS MY PLEASURE TO SOLICIT YOUR ASSISTANCE IN THIS BUSINESS PROPOSAL. I AM CONTACTING YOU BECAUSE, I DO NOT WANT TO TRANSACT THE BUSINESS WITH ANYBODY WHO IS KNOWN TO ANY STAFF OF THIS BANK OR ANYBODY AROUND HERE TO AVOID ANY POSSIBLE BLACKMAIL OR LEAKAGE AT THE END OF THE TRANSACTION.

THE PROPOSAL:
DURING OUR INVESTIGATION AND AUDITING IN THIS BANK, MY DEPARTMENT CAME ACROSS A VERY HUGE SUM OF MONEY BELONGING TO A DECEASED PERSON WHO DIED IN A PLANE CRASH AND THE FUND HAS BEEN DORMANT IN HIS ACCOUNT WITH THIS BANK WITHOUT ANY CLAIM OF THE FUND IN OUR CUSTODY EITHER FROM HIS FAMILY OR RELATION BEFORE OUR DISCOVERY TO THIS DEVELOPMENT.THE SAID AMOUNT WAS U.S $5.5M ( FIVE MILLION FIVE HUNDRED THOUSAND UNITED STATES DOLLARS) AS IT MAY INTEREST YOU TO KNOW,

MEANWHILE ALL THE WHOLE ARRANGEMENT TO PUT CLAIM OVER THIS FUND AS THE BONAFIDE NEXT OF KIN TO THE DECEASED, GET THE REQUIRED APPROVAL AND TRANSFER THIS MONEY TO A FOREIGN ACCOUNT HAS BEEN PUT IN PLACE AND DIRECTIVES AND NEEDED INFORMATION WILL BE RELAYED TO YOU AS SOON AS YOU INDICATE YOUR INTEREST AND WILLINGNESS TO ASSIST US AND ALSO BENEFIT YOUR SELF TO THIS GREAT BUSINESS OPPORTUNITY.


IN FACT I COULD HAVE DONE THIS DEAL ALONE BUT BECAUSE OF MY POSITION IN THIS COUNTRY AS A CIVIL SERVANT(A BANKER )WE ARE NOT ALLOWED TO OPPERATE A FOREIGN ACCOUNT AND WOULD EVENTUALLY RAISE AN EYE BROW ON MY SIDE DURING THE TIME OF TRANSFER BECAUSE I WORK IN THIS BANK.

THIS IS THE ACTUAL REASON WHY IT WILL REQUIRE A SECOND PARTY OR FELLOW WHO WILL FORWARD CLAIMS AS THE NEXT OF KIN WITH AFFIDAVIT OF TRUST OF OATH TO THE BANK AND ALSO PRESENT A FOREIGN ACCOUNT WHERE HE WILL NEED THE MONEY TO BE RE-TRANSFERRED INTO ON HIS REQUEST AS IT MAY BE AFTER DUE VERIFICATION AND CLARIFICATION BY THE CORRESPONDENT BRANCH OF THE BANK WHERE THE WHOLE MONEY WILL BE REMITTED FROM TO YOUR OWN DESIGNATION BANK ACCOUNT.

I WILL NOT FAIL TO INFORM YOU THAT THIS TRANSACTION IS 100% RISK FREE. ON SMOOTH CONCLUSION OF THIS TRANSACTION, YOU WILL BE ENTITLED TO 40% OF THE TOTAL SUM AS GRATIFICATION, WHILE 5% WILL BE SET ASIDE TO TAKE CARE OF EXPENSES THAT MAY ARISE DURING THE TIME OF TRANSFER AND ALSO TELEPHONE BILLS, WHILE 55% WILL BE FOR ME AND MY PARTNER. PLEASE, YOU HAVE BEEN ADVICED TO KEEP "TOP SECRET" AS I AM STILL IN SERVICE AND INTEND TO RETIRE FROM SERVICE AFTER WE CONCLUDE THIS DEAL WITH YOU.

I WILL BE MONITORING THE WHOLE SITUATION HERE IN THIS BANK UNTIL YOU CONFIRM THE MONEY IN YOUR ACCOUNT AND ASK ME TO COME DOWN TO YOUR COUNTRY FOR SUBSEQUENT SHARING OF THE FUND ACCORDING TO PERCENTAGES PREVIOUSLY INDICATED AND FURTHER INVESTMENT, EITHER IN YOUR COUNTRY OR ANY COUNTRY YOU ADVICE US TO INVEST IN. ALL OTHER NECESSARY VITAL INFORMATION WILL BE SENT TO YOU WHEN I HEAR FROM YOU. I LOOK FORWARD TO RECEIVE YOUR IMMEDIATE RESPONSE.


YOURS FAITHFULLY,
MR.XXXX

HANTAR PTI PULANG : PAIRIN






oleh Rozie Jumat
Keningau : Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang tidak mempunyai pekerjaan dan dokumen harus dihantar pulang dengan segera kerana kehadiran mereka yang semakin ramai membebankan kerajaan dan rakyat di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, tidak ada sebab untuk tidak menerima mereka jika mempunyai dokumen yang membolehkan mereka berada di negeri ini untuk mencari rezeki.

Pairin yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, cadangan pemberian status penduduk tetap ( PR) kepada pendatang yang telah lama berada di negeri ini boleh dipertimbangkan berasaskan undang-undang negara.

“ Pemberian status PR itu sendiri tidak semestinya mereka ( orang asing) boleh menjadi warganegara kerana ada tempoh tertentu untuk menilai kelayakan seseorang untuk menjadi rakyat di negara ini,” kata Pairin mengulas kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Luar Negara Filipina di akhbar ini kelmarin (rabu).

Katanya pandangan untuk memberi status PR terhadap rakyat asing (PTI) di negeri ini perlu penelitian secara spesifik , matlamat-matlamat tertentu dan sasaran. Bagaimanapun katanya pihak kedutaan yang berkenaan tetap akan diminta untuk memberi rekomendasi.

Pemberian status PR juga harus diperhalusi dan berdasarkan undang-undang agar tidak menyakiti hati rakyat tempatan ujar Pairin. Beliau menganggap cadangan tersebut bukanlah tidak baik tetapi perlu dipertimbangkan dengan asas undang-undang.

“Kita mahu meningkatkan hubungan yang baik berlandaskan peraturan, polisi, dasar dan undang-undang. Oleh itu ia harus ada kerjasama dan persefahaman tanpa menjejaskan sebuah keluarga yang besar iaitu Asian terutamanya negara-negar jiran kita, kata Pairin yang merasmikan majlis upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Keningau disini khamis.

“Apa yang kami mahu ialah PTI ini mempunyai dokumen yang sah untuk berada di Sabah, tanpa dokumen yang kami mahu, ia adalah salah disisi undang-undang negara ini. Jadi menghantar mereka pulang adalah jalan terbaik,” kata Pairin. Beliau juga memberitahu kehadiran ramai PTI di negeri ini mencetuskan masalah sosial dan kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan.

Pairin juga meminta majikan yang mengambil PTI sebagai pekerja mereka perlu mematuhi undang-undang.

“Adalah menjadi kesalahan bagi mereka ( majikan) mengaji dan melindungi pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sah. Perbuatan seumpama ini boleh menjejaskan hubungan antara kerajaan, pihak keselamatan dan majikan ,” tegas Pairin.

Dalam pada itu Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Sabah Progressive Party (SAPP), Datuk Raymond Tan berhubung dengan sebuah artikel di dalam laman web malaysiakini.

“ Saya menasihati beliau agar jangan mendengar khabar angin dan jangan percaya kepada malaysiakini. Lebih baik jangan baca malaysiakini kerana itu adalah tidak benar,” kata Pairin. Malaysiakini melaporkan PBS telah memberi usul untuk memecat keahlian SAPP dari Barisan Nasional (BN) dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

“Dalam mesyuarat itu tidak ada usul, setahu saya para pemimpin hanya diminta untuk membuat pendapat masing-masing berlandaskan peraturan dan konsep permuafakatan dalam BN. Oleh itu beliau (Raymond) harus berhenti dari melayari malaysiakini yang memberi cerita tidak betul,” kata Pairin.