Tuesday, January 24, 2012

George Sangkin sertai PKR..


DATUK GEORGE SANGKIN, Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang dilantik telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam satu majlis semasa Tour DSAI ke Sabah di Kinarut.

Beliau merupakan Mantan Ahli Parlimen P168 Bandau.

Berikutan kejatuhan kerajaan PBS , George telah menyertai Parti Demoktarik Sabah (PDS) dan kemudiannya meninggalkan PDS dengan menyertai parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994. Bekas pemimpin kuat AKAR dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Presiden akhirnya meninggalkan parti itu dengan menyertai Upko ( nama lama bagi PDS) berikutan parti (AKAR) bakal dibubarkan pada tahun 2001. Sebelum menjelang pilihanraya negeri Sabah George telah meninggalkan Upko kerana mendapati nama beliau tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri, berikutan kuota bagi Tandek diberi kepada PBS yang telah kembali ke pangkuan BN.

Beliau telah turun gelanggang menyertai pilihanraya negeri Sabah pada tahun 2004 sebagai calon Bebas di DUN Tandek dalam pertandingan yang melibatkan 5 penjuru. Dalam pilihanraya itu George memperoleh 2356 undi sementara Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr.Maximus Ongkili mendapat 5069 undi. PBS memenangi kerusi DUN Tandek.

Setelah lama menyepi dari membuat sebarang hala tuju arah perjuangan politiknya, akhirnya beliau telah memilih PBRS sebagai penyambung kepada perjuangannya sebelum menjelangnya pilihanraya pada tahun 2008. Satu majlis penyerahan borang secara besar-besaran telah diadakan di kediamannya di Kota Marudu dengan kehadiran pemimpin PBRS termasuk Presiden, Tan Sri Joseph Kurup bagi mengalu-alukan George dalam PBRS-BN.

Namun beliau tidak mempunyai kedudukan di dalam mana-mana bahagian PBRS di Kota Marudu. George dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kemudiannya pada tahun 2011 dilantik sebagai Naib Presiden PBRS.
Penyertaan George ke PKR Kota Marudu dianggap memberi kekuatan kepada parti itu yang diterajui oleh Ketua Cabangnya, Anthony Mandiau yang kini giat aktif turun padang ke seluruh pelusuk kawasan itu untuk meraih sokongan.





Wednesday, November 16, 2011

sabah rekod Anak Luar Nikah tertinggi

Membaca suratkhabar pagi tadi dengan muka tajuk besar "Sabah Rekod Anak Luar Nikah Tertinggi". Jumlah itu ialah sebanyak 41,490 orang menurut yang dilaporkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Mari sejenaj kita renungkan mengapa jumlah ini sangat besar berlaku di Sabah? sudah tentu masalah anak luar nikah ini bukan setakat berlaku di kalangan remaja. Malahan berlaku juga di kalangan orang dewasa.


Saya melihatnya berlaku kerana :
1. masalah dokumen bapa.
2. kes rogol bawah umur
3. terlanjur
4. pergaulan bebas

di Sabah ramai orang yang tidak mempunyai dokumen dan tidak boleh dinikahkan atau dikahwinkan. maka ada yang menggunakan pendekatan untuk tinggal tanpa sebarang ikatan. Mereka akan membentuk keluarga namun tidak akan dapat dokumen sijil kahwin tetapi kelahiran anak mereka tetap didaftarkan di hospital.
anak-anak generasi pendatang haram /asing juga tidak dapat kahwin secara sah kerana mereka tidak mempunyai kad pengenalan seperti mana yang dikehendaki dalam tuntutan agama masing-masing.
sudah tentu masalah ini akan berterusan bermula dari generasi masa kini mereka sehinggalah masa akan datang.
apabila saya menyertai gerakan pendaftaran surat beranak di Daerah Kecil Sook, Keningau beberapa tahun yang lalu. Terdapat di kalangan ibu ibu muda mengistiharkan diri mereka sebagai ibu tunggal dan memberitahu suami mereka lari meninggalkan mereka anak beranak.
ada juga yang saya lihat mempunyai suami orang asing tetapi mengistiharkan diri mereka sebagai janda atau ibu tunggal kerana mahu mendapatkan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan, dan begitu juga sebaliknya.
berbalik kepada masalah anak luar nikah di kalangan rakyat di negeri ini. oleh kerana syarat yang ketat dibuat oleh jabatan pendaftaran dan larangan kahwin sebelum usia 18 tahun menyebabkan berlakunya kelahiran anak luar nikah.
di kawasan pedalaman, jika berlaku pergaulan di antara anak anak remaja lelaki dan perempuan, mereka akan dikahwinkan. namun undang-undang tidak membenarkan perkahwinan itu. satu perkahwinan yang membenarkan mereka ialah perkahwinan secara adat kampung. namun perkahwinan secara adat kampung tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
namun saya merasa simpati kepada wanita wanita di luar sana yang hanya menjadi mangsa kasanova. dan menanggung keperitan dan penghinaan disebabkan oleh kesilapan sendiri mudah menerima pujukan lelaki berhidung belang.
Kita juga bersimpati terhadap remaja remaja yang menjadi mangsa rogol. namun kita percaya hukuman berat telah dikenakan kepada pesalah.

kita minta kerajaan bersungguh sungguh untuk menyelesaikan masalah ini. perbanyakkan siri siri seminar kesedaran undang-undang terutamanya berkaitan dengan jenayah (rogol).


salam

Saturday, April 23, 2011

ketahui rahsia tanaman gaharu

Miri : Haruman adalah terapi yang mendamaikan dan memberikan ketenangan. Namun untuk mendapatkan haruman yang asli dan sejati mengambil risiko yang besar. Haruman yang mahal ini semakin memupus disebabkan pengambilan tidak terkawal melalui penyeludupan dan penebangan haram di hutan-hutan. Tindakan ini bukan sahaja membawa kemusnahan tetapi mengancam kelangsungan hidupan ini.
Pokok karas atau agrawood merupakan rahsia terbesar hutan Borneo satu ketika dahulu. Hanya golongan tertentu yang mengetahuinya dan menjadikannya sebagai mata pencarian yang memberikan pendapatan lumayan kerana melibatkan pasaran luar Negara.
Namun keperluan terhadap pokok karas semakin meningkat seiring dengan permintaan di seluruh dunia baik untuk upacara keagamaan, batiniah dan gaya hidup. Bekalan semakin mengecil permintaan semakin meningkat. Malaysia dikatakan antara pembekal utama minyak dunia. Namun penguatkuasaan kerajaan terhadap pengambilan secara besar besaran pokok karas di hutan yang dilindungi membuktikan bukannya mudah mendapatkan hasil dengan cara yang salah terhadap pokok karas di mana mana hutan di Malaysia.
Menyedari hakikat bahawa pokok karas adalah tanaman mahal yang membawa pendapatan yang besar. Ramai yang telah membuat langkah bijak dengan menanam pokok karas bagi tujuan komersil tanpa menyeludup masuk ke hutan dan menanggung risiko yang tinggi.
Malahan penanaman pokok gaharu secara komersil ini lebih menguntungkan. Bukan semua pokok karas yang ditemui di tengah hutan belantara mempunyai resin. Tetapi pokok pokok karas yang ditanam di halaman rumah atau ladang anda tetap memberikan pendapatan kerana teknologi moden digunakan untuk memastikan pokok karas ini mengeluarkan resin melalui inokulasi.
Gaharu adalah tanaman jangka panjang yang boleh memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya. Dikenali sebagai pokok jutawan, kini ramai yang menanamnya kerana imbuhan yang bakal diperolehi. Namun sejauh manakah kefahaman anda mengenai penanaman gaharu sehinggalah ke peringkat penuaian dan pemasaran? Tanpa pengalaman dan kefahaman sudah tentu penanam gaharu akan berputus asa di pertengahan jalan.
Ini boleh berlaku apabila mendapat khidmat nasihat yang salah. Namun di Gaharu Asia, penanam pokok gaharu baik yang berskala kecil dan besar. Mereka akan diberi bimbingan berterusan dan jika pengusaha itu menghadapi masalah pemasaran, produk mereka akan dibeli oleh Gaharu Asia untuk dipasarkan ke Thailand atau Arab.
Ketua Pegawai Esekutif Gaharu Asia, Brazilan Daved berkata, secara logiknya 100 pokok gaharu boleh mengubah ekonomi masa depan dengan dengan hanya lima tahun. Dimana anggaran keuntungan kasar 100 pokok itu ialah ialah RM100 ribu.
Keistimewaannya daun gaharu yang disyorkan oleh Gaharu Asia boleh dijadikan teh sementara menunggu hasil inokulasi selama lima tahun. Di mana daun ini juga boleh membawa pulangan kepada pengusahanya. Produk teh tersebut telah pun berada di pasaran.
Kerajaan Malaysia juga menggalakkan penanaman pokok karas @ gaharu secara komersil kerana nilainya yang boleh memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha.
Kepada mana-mana yang berminat untuk mengetahui rahsia bagaimana untuk merealisasikan impian untuk menjadi jutawan gaharu atau mendalami ilmu pengetahuan mengenai pokok ini bolehlah menyertai seminar di Miri pada 30 April disebuah hotel disini. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi 014-8849269 (Ann) atau Daved 014-8567869. Seminar itu memberi maklumat penting dan terkini kepada peminat gaharu dan sejenis tanaman herba bernama nilam yang memberi pulangan dalam masa 6 bulan kepada pengusahanya. Yuran RM300 dikenakan.

Wednesday, January 12, 2011

Pilihanraya 1Malaysia?

SABTU lalu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen. Meskipun tidak dinyatakan dengan terperinci butiran pertemuan itu. Ramai yang memberi gambaran, YAB Dato Najib Tun Razak, memberi amaran tentang pilihanraya umum tidak lama lagi, dan mana-mana ahli parlimen yang kurang menyerlah atau 'kurang berkhidmat' kepada rakyat bakal berhadapan dengan masa depan yang kelam...
Gambaran tentang pilihanraya bakal diadakan pada tahun ini sangat jelas. Menurut sumber yang dipercayai, Setiausaha –Setiausaha Agung parti komponen BN, telah diingatkan untuk menggerakkan jentera persiapan pilihanraya dan mengadakan lebih banyak program di kawasan masing-masing.
Selain dari itu baik dari BN atau parti pembangkang, masing-masing telah menunda pemilihan pucuk pimpinan parti, yang boleh menjejaskan persiapan pilihanraya jika diadakan. Antaranya UMNO, LDP, PBRS, MCA dan DAP. Itu adalah petanda petanda kelaziman sejak di zaman Tun Dr. Mahathir Mohammd.
Meskipun baru memegang tampuk pemerintahan Negara melalui peralihan 2/3 kuasa dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang hampir kehilangan majority dalam pilihanraya umum pada tahun 2008. Najib, cukup optimistik, bahawa senario masa kini di Negara ini sangat sesuai untuk mengadakan PRU Ke 13.
Tapi benarkah orang Cina sudah kembali kepada BN? Benarkah orang India kembali kepada BN? Saya percaya Sabah tetap fixed deposit kepada BN, kecuali beberapa kawasan urban.
Andaian tentang pilihanraya serentak dengan Negeri Sarawak ialah untuk merealisasikan konsep YAB Perdana Menteri berkenan dengan Konsep 1Malaysia. Maka dengan itu, pilihanraya umum Negara ini sudah tentulah diadakan secara serentak, dan kita bolehlah namakan ia sebagai Pilihanraya 1Malaysia.
Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Julai ini. Dan kemungkinan pilihanraya umum seluruh Negara akan diadakan pada tempoh ini.
Difahamkan selepas pertemuan Ahli-Ahli Parlimen dengan Perdana Menteri, parti-parti komponen mulai menyusun persediaan jentera.

Tuesday, January 4, 2011

Sokid Villa dijual?


Ketika melintasi Jalan Kolam Bukit Padang tiga hari yang lalu. Saya melihat simpang menuju ke rumah kediaman mantan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ketua Cabang Pensiangan, Datuk Dr.Jeffery tertera sebuah papan tanda yang bertulis Sayfol International School (SIS).
Setahu saya hanya ada Sokid Villa di atas sana kerana jika ada pembangunan berlaku di sekitarnya sudah tentu kita cepat mengetahuinya.
Maka timbullah cerita yang menyatakan Dr.Jeffery telah menjual Sokid Villa yang cukup bersejarah dan nilai kenangan yang tinggi bukan sahaja kepada mantan Pengarah Yayasan Sabah itu, tetapi juga kepada para pengikut dan penyokong tegarnya.
Menurut sumber , Sokid Villa telah dijual dengan harga RM7 juta, namun ada juga pihak yang menyatakan Sokid Villa telah disewakan kepada seorang jutawan bernama Gulam yang mungkin ada kaitan dengan Sayfol International School. Disewakan sebanyak RM40 ribu sebulan. SIS adalah sebuah sekolah swasta pendidikan kanak-kanak berumur antara 3 hingga 13 tahun, dengan yuran serendah RM2 ribu - RM6, 750.
Bagaimanapun dikatakan Dr.Jeffery kini sedang membina rumahnya di Nountun , kedudukan tanahnya lebih kurang Sokid Villa, atas bukit dan boleh melihat keindahan bandaraya.
Ramai yang berpendapat, Dr.Jeffrey mengorbankan Sokid Villa secara sailang demi mencapai cita-citanya pada pilihanraya yang akan datang. Dimana pilihanraya ini kemungkinan besar akan diadakan serentak dengan Negeri Sarawak, bagi memenuhi konsep 1Malaysia Perdana Menteri. Bolehlah diandaikan sebagai pilihanraya 1Malaysia.
Berbalik kepada cerita kita tadi, sebuah parti yang dinamakan Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) baru sahaja mendapat kelulusan dari Pendaftar Syarikat (ROS) pada Disember lalu. Parti ini dikatakan mempunyai aspirasi dan perjuangan yang sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Dr.Jeffrey. Presidennya, Berman Angkap, telah membubarkan Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) dan menubuhkan Parti Barisan Rakyat Sabah mendakwa akan membawa masuk mantan ahli Bersekutu seramai 30 ribu orang ke SPF.
Pada pandangan saya, Bersekutu dan SPF adalah pertubuhan yang sama , dan hanya dijenamakan semula. Satu lagi pertubuhan yang ditubuhkan ialah United Borneo Front, yang telah pun mengadakan roadshow di Tambunan baru-baru ini. Dimana kemungkinankah pertubuhan yang akan diterajui oleh Dr.Jeffrey. Seorang pemimpin yang masih belum mendapat 'jodoh'. UBF sepertinya amat menarik untuk disertai kerana ianya lebih kepada agenda Borneo dan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak Bumiputera Sabah yang semakin terhakis.
Golongan belia juga mulai memberontak dari dalam kerana rakyat dari Borneo masih jauh ketinggalan dan kurang mendapat keistimewaan sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat dari semenanjung apabila bekerja di Sabah. Sebagai contohnya dalam soal elaun guru yang sangat jauh bezanya. Hinggakan guru-guru dari semenanjung mampu menyewa rumah yang jauh lebih baik berbanding guru-guru dari Borneo bertugas di semenanjung. Semua ini terlepas pandang oleh pihak kerajaan, yang boleh menjadi senjata pada PRU yang akan datang.
Khabar angin yang kuat mengenai penjualan Sokid Villa itu telah dikaitkan dengan usaha Dr.Jeffery untuk bertanding menggunakan parti sendiri pada PRU yang akan datang ini. Yang sudah tentunya memerlukan kewangan yang cukup banyak bagi menggerakkan pertubuhan tersebut di seluruh negeri.
Namun ianya masih khabar angin sehinggalah tuan punya badan membuat kenyataan pada khamis ini melalui satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Mungkin kali ini, dia benar-benar meletakkan jawatan sebagai ahli PKR. Seterusnya menerajui antara SPF atau menjadikan UBF sebagai landasannya untuk berjuang dan merealisasikan cita-cita politiknya.

Tuesday, November 23, 2010

Rocelyn story , how about local who cant fight their right?

Kota Kinabalu: A former Filipina waitress whose earlier Labour Court decision against a seafood operator was upheld by the High Court, Monday, urged employers in Sabah not to underestimate or look down on poor foreign workers.
"We come from poor families to earn an honest living here.
We are not even illegal workers or were trafficked here but came in properly.
"I know of many other legalised Filipino nationals who are victimised by other employers in Sabah. They are afraid to air their grievances in the media or lodge reports with

the Labour Department for fear of losing their jobs because they have many mouths to feed back home," said Rocelyn Tubal Raneses, a single mother.
She said either their actual working conditions sometimes differ from what's stated in the contract or are not in accordance to the Malaysian Labour Laws.
It is believed to be the first time that a legalised foreign worker's case against an employer had gone to the High Court level in Sabah.
"I had to endure several months on friends and sympathysers for financial support while waiting for my case to be finally over," she said, Monday.
"Maybe because I was a poor kampung girl from the Philippines, I was supposed to have just gone home long ago without expecting any of the money that rightfully belonged to me.
"I thank the Malaysian Immigration for being kind enough to grant me three extensions to stay on for the court hearing. It was not easy because they (Immigration staff) also got tired of seeing me going back to them repeatedly.
"Otherwise, you can imagine that I would have been forced to return to my kids and family penniless because even the Labour Court's decision in my favour was challenged by my ex-employer," she said.
"I was shocked to learn that a Labour Court decision in Malaysia is not enforceable at all and can be challenged considering that the sum in my case is only RM4,000. I'm sure even the legal fees of the other side could cost 10 times this amount or more, although I know that is not my concern," she said.

"I am very happy over the outcome and thank my lawyer Pereira for taking up my case for free. You don't always meet a person like him.

"God will repay his kindness to less fortunate fellow beings.

I also want to thank the church groups for their support, help and prayers," she said, adding she knew of others in similar situation who have since returned home.

Rocelyn's happiness, however, is mixed with a tinge of sadness because her final immigration extension expired on Nov. 16.

"I fear there will be a compound for overstaying.

But it is not my fault. The case has been dragging on for so long.

And now I finally can't go home although I want to because my passport is with the Immigration Department.

"Last Friday, I called up the department to find out the status of my passport, and they told me that the Director was not around.

"Today (Monday), I rang up again and they told me to wait until they called me," she lamented, adding it is too late to catch the ferry.

She needs to go back urgently as got word that her six-year-old son was warded in hospital in Mindanao with serious food poisoning.

Wednesday, October 6, 2010

SAPP bijak buat tarikan tapi...

Saya mengikuti perkembangan semasa politik masakini. Terbaru mengenai kisah-kisah pemilihan-ketua cabang parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara. Memang menarik. Apa yang menariknya ialah , pergaduhan semasa pemilihan ketua cabang yang berlarutan dan paling dahsyat, peti-peti undi dikunci di Semporna. Bukan itu sahaja, masalah ketidak puasan hati mengenai kemenangan Ketua Cabang berlaku di Pensiangan, Tenom, Kota Kinabalu, Batu Sapi dan di merata tempat. Di Pensiangan, calon yang bankrap sehingga namanya keluar di suratkhbar (iklan) masih mahu bertanding, dan hasilnya beliau kalah kerana perlembagaan parti itu. Dipendekkan cerita, hanya gara-gara penyediaan calon itu terhadap 600 bungkus nasi dipersoal dan dijadikan modal kenapa dia tidak harus layak bertanding. Mana-mana parti sama ada parti pemerintah dan pembangkang, tidak melayakkan mana-mana calon yang bankrap untuk menerajui sesuatu parti apatah lagi bertanding.
Minggu ini memerhati kepada berita-berita di media, Parti Maju Sabah (SAPP) atau apa yang disering dilontarkan di kedai kopi, Sayap Ayam Potong Potong (mohon maaf- ini istilah di kedai kopi hanya pinjaman sahaja). Ramai rakyat memandang tinggi kepada SAPP kerana usaha mereka yang lebih bersikap tempatan, terutamanya mengenai tentangan empangan Tombotuon di Kota Belud dan penanaman padi bukit yang telah diharamkan oleh kerajaan negeri. Pengharaman itu sebenarnya hanya kepada bukit yang berkecenderungan 90 darjah kecuraman. Tetapi ramai yang tidak faham dan SAPP tidak memberitahu ini kepada rakyat. Saya masih melihat orang orang kampung luar bandar masih mengerjakan penanaman padi bukit di kawasan yang tidak merbahaya, dan tidak pula dimarahi atau diberi amaran oleh pihak berkuasa.
Bagi saya , kesalahan besar yang pernah di buat oleh SAPP ialah dengan kemusnahan hutan-hutan dengan pembalakan yang berleluasa disebabkan oleh FMU. FMU dikeluarkan semasa Presiden SAPP sebagai Ketua Menteri. Dan pemberian konsesi itu adalah dalam tempoh 90 tahun. Oleh kerana ini adalah polisi kerajaan di masa itu dan diguna pakai sehingga kini, ramai penduduk kampung tidak dapat geran tanah disebabkan oleh dasar tersebut. Sementara syarikat yang mendapat konsesi itu , berdolak dalik , dan ada diantaranya membuka ladang sawit arau getah sehingga tempoh konsesi itu tamat dalam masa 90 tahun. Maka , perjanjian awal, selepas pembalakan mereka (syarikat) sepatutnya menanam pokok semula , tetapi itu tidak berlaku. Pergilah ke Mukim Lanas, Sook, Keningau. Berapa hektar tanah bekas pembalakan yang masih gondol. Cuma beberapa kawasan di Mukim Tulid , telah ditanam dengan getah oleh syarikat Bornion Timber , antara syarikat konsensi yang bertanggungjawab kepada kerajaan dengan penanaman semula pokok, tetapi alternatif dengan getah.
Bahkan penduduk di sekitarnya atau di DUN Sook juga dibekal dengan bibit getah bermutu tinggi untuk membangunkan tanah sekaligus mempertingkatkan sosio ekonomi mereka. Maknanya mereka juga turut mendapat tempias dengan pembangunan yang dibuat secara joint venture dengan kerajaan negeri yang diterajui oleh YAB Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman. Kamu boleh bertanya kepada penduduk kampung di sekitar Bornion Timber yang sangat bangga mendapat bibit getah bermutu tinggi.
Jika ada yang mengadu bahawa mereka dilarang menanam getah terutamanya yang melibatkan sekitar tanah konsensi kawasan Bornion Timber, itu disebabkan mereka menceroboh tanah kerajaan yang diberi mandat berdasarkan polisi oleh kerajaan terhadap syarikat tersebut. Dan harus diketahui , bahawa kebanyakan yang membuka tanah di kawasan itu adalah penghijrah, yang kebanyakannya bukanlah pengundi di Sook. Tetapi mereka adalah golongan pendatang dari daerah-daerah lain yang mencuba nasib. Dan sebelum ini wakil rakyat mereka pernah merayu malahan memujuk bekas pemilik tanah di kawasan Simbuan dan sekitarnya diberi kepada penduduk kampung, namun apabila diberikan, sebahagian tanah itu dijual pula kepada syarikat perladangan.
Mengimbas kembali kepada janji-janji SAPP jika mereka memerintah atau memegang tampuk kerajaan negeri, sebenarnya apa yang mereka janjikan untuk rakyat , dan dijadikan isu masa kini, semuanya adalah berpunca dari SAPP. Isu itu ditimbulkan kerana , mereka lebih tahu mengenai masalah itu yang dicipta dan bermula dari Ketua Menteri terdahulu.
mengenai empangan Tombotuan Kota Belud. Mana - mana kerajaan pun tidak akan merancang sesuatu pembangunan jika ianya memberi impak yang buruk kepada rakyat akhirnya.
Saya berpendapat, untuk empangan itu , berilah penerangan yang sejelasnya kepada rakyat akan manfaatnya. Bukan mempersalahkan rakyat , tetapi , sebahagian kawasan tebing sungai pada masakini rosak dan sungai semakin kering disebabkan oleh perbuatan rakyat di kawasan itu sendiri. Mereka memusnahkan hutan dan pokok2 di kawasan tebing sungai dengan penanaman tanpa memikirkan padah kepada alam persekitaran. Mereka tidak faham tentang alam sekitar dan ekosistemnya, maka disinilah penentang kerajaan memainkan peranan mereka terhadap insan-insan yang kurang memahaminya.
Saya bukan memihak kepada mana-mana pihak, tetapi ini adalah pendirian saya. Dan saya yakin, empangan itu dirancang dan semestinya mengubah lanskap persekitarannya ( dan menjejaskan tanah-tanah penduduk), tetapi itu demi kebaikan bersama. Bagi saya mereka yang terjejas boleh memohon kepada kerajaan ganti bagi tanah yang terganggu akibat pembinaan empangan tersebut. Perundingan adalah jalan terbaik.
salam dari saya.