Wednesday, September 24, 2008

Gambar Gambar Dari Pensiangan ...


Hasil kraftangan anak negeri dari Pensiangan


sesi arami ti tu inda buli lari laa...penghurmatan...


Budaya turun temurun. saya rasa satu Borneo pun begini juga..di Kalimantan yang dekat2 Kemurutan pun begini juga...enjoy juga la ikut2 ramai ti sambil makan sup salarong


Kg Tataluan, Nabawan.


Bukit Punggul. banyak legenda, byk cerita dan yang paling siok mau dengar pasal kenapa dia kontot @ punggul. Tempat ini juga tempat buka tapai untuk 100 hari orang meninggal dulu2 la...sekarang tiada...


Kami hanya terpencil tapi otak dan usaha kami bukan terpencil. ramai antara kami masuk universiti. walaupun jauh dan terpencil, tetap gemilang di hati dan selalu rindu mahu pulang...

Jangan Mainkan Isu Kesukuan




Nabawan : Isu kesukuan atau bangsa seharusnya tidak diungkit didalam politik, kerana kerajaan melayan semua bangsa sama rata tanpa mengira warna kulit dan pegangan agama rakyat. Setiap kaum sentiasa bekerja bersama untuk memajukan kawasan masing-masing agar agenda kerajaan dapat direalisasikan dengan penyertaan semua.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata, di Pensiangan suku calon harus tidak dijadikan isu kerana setiap wakil rakyat mempunyai misi dan wawasan untuk memajukan rakyat tanpa mengira suku mereka.

“ Isu kesukuan calon seharusnya tidak wujud dan PBRS sendiri adalah parti yang mewakili masyarakat suku-suku kaum Kadazandusun-Murut (KDM) , kita adalah sama,sama-sama Bumiputera dan Anak Negeri, yang paling penting kita harus menyokong parti yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan,” kata Kurup bercakap di majlis pemimpin bersama rakyat Mukim Sepulut di Kg.Tonomon di Jalan Kalabakan disini baru-baru ini.

Katanya isu kesukuan itu sengaja dimainkan oleh pihak pembangkan.

“Negeri kita adalah contoh terbaik dalam hubungan sesama kaum, dan tidak wajar soal kesukuan atau bangsa dimainkan ,” tegas Kurup.

Mantan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata, ketika beliau mewakili DUN Sook beliau telah memberi perhatian yang sama rata dan seimbang kepada semua tanpa mengira suku kaum mereka.

“ Di Dalit sebagai contohnya , saya membawa suku Murut menyertai usahasama pembangunan tanah dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), dan mereka kini hidup senang, mampu beli kenderaan, buat rumah dan sebagainya,” kata Kurup.

Kurup juga menegaskan agenda utama kerajaan Persekutuan ialah membawa pembangunan kepada penduduk di luar bandar dan mahu rakyat menikmati pembangunan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa KKLW yang diberikan kerajaan terhadap rakyat Pensiangan adalah amat releven dan kena pada tempatnya.

“ Masa depan rakyat luar bandar yang kebanyakannya adalah penduduk anak negeri adalah cerah dibawah kerajaan oleh itu jangan dipersiakan. Kerajaan kita yang ada adalah sebuah kerajaan yang nyata,” ujar Kurup. Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin dan EXCO Wanita PBRS. Sebelum ini Kurup, Ellron dan Lembaga Pelancongan Sabah diketuai Pengerusinya, Datuk Tengku Zainal Adlin Tengku Mahmud membuat lawatan ke Batu Punggul yang terletak di Sepulut.

Kurup berkata kerajaan akan membangun kawasan luar bandar seperti Pensiangan berorintasikan konsep agropolitan, yang mana program tersebut mampu membawa perubahan kepada rakyat.

” Ini adalah satu usaha murni kerajaan untuk membawa rakyat di luar bandar keluar dari tradisi kehidupan mereka yang serba kekurangan. Agropolitan mampu membawa perubahan dan kita mahu rakyat di Pensiangan tidak mempersia-siakan peluang ini,” kata Kurup.

Sehubungan dengan itu katanya, rakyat di Pensiangan seharusnya tidak terbawa-bawa dengan isu-isu menyentuh suku atau bangsa yang sengaja diwujudkan untuk kepentingan politik. Dimajlis yang sama Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Ahuar Rasam berkata, siapa pun calon jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu, semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan kemenangan kekal kepada BN, yang mana Pensiangan ialah kuota PBRS.