Saturday, May 24, 2008

Reda dengan ketentuan Tuhan ...






“ Jika dia bersekolah dia sepatutnya sudah berada di tingkatan 2, sebagai anak lelaki dia boleh membantu kami sekeluarga bekerja di kebun atau mengikut ayahnya memburu,” begitulah luahan rasa hati seorang ibu yang terpaksa mengendong dan membawa ke mana sahaja anaknya yang telah berusia 14 tahun namun masih seperti seorang bayi yang berusia 1 tahun.

Ogos bin Embang, 57 tahun ibu kepada Ramli bin Sosor, dari kampung Korobot, Keningau berkata, sejak anaknya dilahirkan beliau terpaksa memikul anak bongsunya itu sama ada ke kebun atau membuat urusan lain kerana hanya itu yang mampu dilakukanya. Sementara anak-anak beliau yang seramai 11 itu ada yang telah berkeluarga.

Menurut Ogos, ketika dilahirkan pada 10 Disember 1994 Ramli berada di dalam keadaan yang sihat. Namun selepas berusia 5 bulan Ramli telah diserang sawan sebanyak tiga kali. Bagaimanapun beliau menganggapnya sebagai perkara biasa kerana ia juga terjadi kepada mana-mana anaknya sebelum ini.

Bagaimanapun mereka sedar sesuatu yang tidak normal telah berlaku terhadap anak bongsu itu apabila Ramli tidak membesar seperti kanak-kanak yang lain. Ogos dan suaminya, Sosor Aling telah menghantar anak mereka untuk diperiksa di Klinik Desa Ansip dan namun anaknya disahkan sihat. Melalui klinik itu Ramli telah diberikan bantuan makanan sehingga berusia 6 tahun.

Mereka menerima ketentuan ilahi dengan hati yang lapang dan akan terus menjaga anak istemewa itu selagi hayat di kandung badan, tanpa merasa terbeban. Namun mereka juga mengharapkan agar adanya tangan-tangan yang ringan untuk membantu dan berkongsi ketentuan itu.

Kelurga miskin berbangsa Murut itu juga berkata pernah membuat permohonan bantuan kebajikan tetapi tidak lulus. Sehubungan dengan itu Ogos amat mengharapkan agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu beliau kerana usia beliau semakin lanjut untuk menjaga Ramli.

Ketika tentang apakah bentuk bantuan yang diperlukannya, Ogos berkata beliau memerlukan bantuan kewangan untuk memastikan anaknya itu mendapat pemeriksaan rawatan di hospital dimana mereka sekeluarga tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.

Menurut Ogos, Ramli diberi makan bubur sepanjang hidupnya dan tidak mempunyai banyak karenah. Ramli juga tidak mempunyai barang-barang permainan, jauh sekali memiliki baby walker yang memudahnya bergerak. Bukan itu sahaja Ramli yang kelihatannya kekurangan vitamin itu juga mempunyai kulit bersisik selain rambut yang mulai berkurangan.

Daily Express yang bertandang ke rumah keluarga itu juga diberitahu , Ramli tidak mampu bercakap dan hanya memandang para tetamu dengan pandangan sayu. Siapa yang tahu apa di fikirannya. Namun ketika menghulurkan tangan untuk bersalam Ramli menyambutnya.

Pengerusi Persatuan Wanita Sabah (Pewasa) bahagian Keningau, Nancy Datuk Angian berkata, pihak beliau amat bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Ramli bin Sosor, dan perlu mendapat bantuan masyarakat. Sehubungan dengan itu katanya pihak Pewasa amat mengalu-alukan sumbangan dan bolehlah disalur kepada pihak Pewasa dengan menghubungi Carol Udang HP 0195366266.

Dimana katanya antara barangan keperluan yang diperlukan Ramli ialah seperti baby walker yang membolehkan Ramli tidur atau berbaring dengan selesa serta bergerak dengan bebas, tilam, vitamin , permainan, makanan kesihatan dan sebagainya yang tergerak di hati masyarakat pedalaman yang prihatin. Barang – barang itu akan dihantar minggu depan dengan kerjasama antara Pewasa, Kelab Lions dan Persatuan Ibu Tunggal Keningau ujarnya.

Wakil dari Persatuan Ibu Tunggal Keningau, Carol Udang berkata, pada lawatan yang akan datang pihaknya akan membawa bersama Kebajikan , Jabatan Pendaftaran dan pihak Hospital agar dapat membantu keluarga itu.

“ Ramli telah berusia 14 tahun dan beliau lebih dari layak memiliki kad pengenalan meskipun keadaannya sedemikian. Ramli mempunyai hak untuk mempunyai kad pengenalan ,” kata Carol. Menurutnya kemungkinan besar antara penyebab tumbesaran Ramli terganggu adalah disebabkan demam panas.

Tuesday, May 20, 2008

'Marsha kecewa dilabel perempuan murahan!'


dipetik dari Berita Harian

Bintang jelita AF berang ditawar RM6,100 semalam

"TERUS-TERANG saya katakan, saya sudah rimas dengan dakwaan mengatakan saya playgirl apabila sering dikaitkan dengan ramai artis lelaki termasuklah Fahrin Ahmad, Hans Isaac, Mawi, Kefli dan Ramli MS. Lebih menghairankan, saya tidak pernah berhubungan dengan mereka, hanya berjumpa sekali dua menjayakan fotografi, tiba-tiba saja saya dikatakan bercinta dengan mereka. Jadi, saya tak faham, kenapa orang melabel saya playgirl!

Saya dah lali dengan benda-benda macam ni, seperti yang sering dicakapkan kawan-kawan Islam saya, kita harus reda... Apa yang berlaku ini sebenarnya mengundang keresahan, lebih-lebih lagi apabila keluarga di kampung membacanya di akhbar dan majalah, mereka tak suka. Mereka juga akan terkena tempiasnya.

Inilah lumrah kehidupan seorang artis, kita perlu terima. Bukan senang nak bergelar artis, macam-macam tohmahan orang lemparkan pada kita. Kita tak mampu menahannya, melainkan reda saja. Kadang-kadang tu saya malu juga apabila orang lain lebih mengenali diri saya dengan cerita negatif berbanding kerjaya seni.

Tapi, sudah menjadi kelaziman orang-orang kita lebih suka mendengar perihal kehidupan seorang artis, berbanding cerita kerja mereka. Bagi saya, apa yang berlaku pasti ada pro dan kontra, kebaikan serta keburukannya. Keburukannya, orang akan melabel kita dengan macam-macam gelaran, playgirllah, itulah, inilah. Kebaikannya pula apabila orang akan sentiasa mengingati diri kita berbanding dengan artis yang terus jatuh selepas muncul di persada seni. Justeru, gosip-gosip ini ada kalanya membantu, tapi bukan semua! Jika gosip yang keterlaluan, ia boleh membunuh kerjaya seseorang artis itu.

Terbaru, orang asyik bercakap mengenai kisah diri saya apabila menerima tawaran sehingga RM6,100 untuk keluar menemani seorang VIP! Ada kalanya saya terasa diri ini bagaikan call girl, sedih sangat... Saya tak pernah minta perkara itu berlaku, orang itu yang telefon saya. Memang tak dapat dinafikan, ada segelintir golongan VIP ini gemar mengambil kesempatan ke atas artis.

Saya lebih rela bekerja keras daripada menerima sejumlah bayaran daripada mereka (VIP) untuk hidup mewah cara mudah. Terus-terang, saya tak rela dibeli dengan cara menjijikkan itu! Saya kurang pasti, macam mana pihak itu boleh memperoleh nombor peribadi saya. Kejadian itu baru saja berlaku, ketika itu saya baru selesai membuat persembahan untuk satu majlis di sekitar Sunway, Petaling Jaya, bulan lalu.

Ditawar RM6,100 satu malam

SEBAIK selesai persembahan berkenaan, saya terus menerima panggilan daripada seseorang yang menghubungi saya menggunakan private number. Cara percakapannya seperti orang Cina saja. Katanya dia mewakili majikannya yang berhasrat bertemu saya. Katanya lagi, dia sedia membayar RM6,100 dan harga itu boleh dirunding! Dia sanggup up lagi harga!

Mati-mati saya ingatkan bayaran itu untuk show, saya tanya lagi, ini show untuk apa? Dia menjelaskan, bayaran itu bukan untuk show, tapi majikannya hendak berjumpa dengan saya. Satu malam, sekali jumpa, dia nak bayar saya RM6,100. Dia minta saya jangan bimbang, soal harga boleh dirunding lagi. Saya terkejut sampai tak tahu nak cakap apa!

Terus saya katakan pada orang itu, oh sorry, saya bukan Marsha. Kalau ada apa-apa, boleh tak dia berunding dengan pengurus saya? Memang alasan itu tak munasabah, tapi itu saja cara untuk menyelamatkan diri. Seterusnya saya memberikan hand phone kepada pengurus, biarlah dia yang uruskan panggilan tak senonoh itu!

Memang saya marah gila ketika menerima panggilan berkenaan. Tapi, saya tak mampu berbuat apa-apa, saya tak kenal. Saya ingatkan show, rupa-rupanya ada niat kotor! Saya termenung, ada orang sanggup mendekati saya dengan cara begitu.

'Saya bukan pelacur kelas atasan!'

SEBENARNYA mereka tak pernah terfikir, saya ada prinsip hidup, saya tak akan menerima wang sehingga maruah tergadai, saya bukan perempuan murahan! Jauh sekali pelacur kelas atasan!

Sehingga hari ini masih sukar saya nak percaya, orang sanggup menelefon saya, bayar saya sekian-sekian harga semata-mata untuk melepaskan nafsu jahat mereka! Dia tak cakap saya perlu meniduri majikannya, tapi perlu melayan. Itu mungkin bahasa halusnya, cakap saja nak jumpa, tapi selepas jumpa dah terima duit, faham sajalah apa yang mereka inginkan! Sekali lagi, saya bukan perempuan murahan seperti yang disangka!

Selepas kejadian itu, saya belajar menjadi lebih teguh mempertahankan prinsip saya. Maaf, saya tak berminat tawaran seumpama itu. Jangan ingat dengan sejumlah bayaran, saya sedia melayan nafsu lelaki si hidung belang!

Saya tidak mahu masyarakat terus melabel artis kita murahan. Sudahlah orang asyik memberi pandangan negatif terhadap artis, sekiranya terjadi perkara seperti ini (menjual harga diri), lagi teruk perspektif mereka. Nak tidur dengan artis, bayar saja. Tolonglah, jangan anggap artis tiada harga diri!

INFO: Marsha



NAMA PENUH: Marsha Milan Londoh @ Millon Samingau
TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
KETURUNAN & AGAMA: Suku kaum Kadazan-Dusun dan penganut Seventh-Day Adventist
ASAL: Tamparuli, Sabah, namun dilahirkan di Amerika Syarikat (AS)
PENDIDIKAN: Sabah Trainning Primary School, Sabah Adventist Secondary School dan Kolej Yayasan Sabah
PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005
DRAMA ON-LINE: Kerana Karina dan Kerana Karina 2 mulai 16 Mei lalu menerusi www.gua.com.my
PENGACARAAN: Gaya Ratu sebanyak 13 episod menerusi RTM2 disiarkan sekitar Jun depan
FILEM: Misi 1511
DUTA: Spritzer, Snips dan Nivea
SINGLE: Sayang (duet dengan Ajai) dan Bila Aku Cinta (solo) dimuatkan menerusi album runut bunyi filem Sayang You Can Dance

Bersatulah demi kemajuan Dayak

Mawan seru masyarakat Dayak berganding bahu perjuang nasib bangsa

SIBU: Masyarakat Dayak perlu memberi keutamaan kepada aspek perpaduan dalam menongkah arus pembangunan yang penuh dengan pancaroba.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan Ikom berkata, melalui semangat bersatu padu masyarakat Dayak dapat melupakan segala isu berbangkit sama ada dari segi politik mahupun pembangunan.

“Sejajar dengan perubahan zaman, masyarakat Dayak harus bijak, praktikal dan berpengetahuan dalam isu-isu politik dan pembangunan supaya kita dapat mencari peluang yang mampu membawa kemakmuran terutamanya dari segi ekonomi dan infrastruktur,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Penghulu Juni Masam, Nanga Jagau, Sungai Ngemah, Kanowit kel- marin.

Menurut Mawan, ma- syarakat Dayak juga harus berusaha untuk mengelak daripada bercanggah pen- dapat sesama sendiri, se- baliknya berganding bahu memperjuangkan nasib bangsa.

“Kalau kita tengok masya-rakat lain, mereka kini mula bergerak seiringan untuk merebut peluang yang tercetus daripada pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Selain itu, mereka juga bekerjasama di antara satu sama lain untuk mencapai Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah masyarakat yang maju,” ujar beliau.

Justeru, Mawan yang juga Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menasihatkan penduduk di sekitar Skim Penempatan Semula Nanga Jagau supaya mengambil iktibar daripada segala penderitaan dan kesusahan yang dihadapi mereka semasa zaman komunis.

“Penduduk di sini (Nanga Jagau) perlu berusaha dan mencari jalan untuk merebut segala peluang yang dibawa melalui pembangunan supaya kehidupan mereka lebih baik pada masa hadapan,” tegas-nya.

Pada majlis tersebut, Mawan turut menyerahkan geran sebanyak RM25,000 kepada Jawatankuasa Ke- majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Skim Penempatan Semula Nanga Jagau untuk kegunaan mereka membeli tanah per-kuburan.

Untuk rekod, Skim Penempatan Semula Nanga Jagau yang ditubuhkan lebih tiga dekad lalu menempatkan kira-kira 21 buah rumah panjang dan mempunyai 250 pintu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Kanowit Aaron Dagang, Ahli Dewan Undangan Ne-geri Ngemah Gabriel Adit Demong dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Paul Igai.

Sunday, May 18, 2008

makanan tradisi yang semakin hilang...







oleh rozie jumat


saya baru- baru ini berkesempatan menghadiri satu majlis pesta kaamatan di Kg.Mansiat daerah kecil Sook. jauh juga tempat tu kawan. kalau dari keningau perjalanan mengambil masa selama hampir 2 jam. Kawasan ini terletak di bawah gunung trus madi, gunung kedua tertinggi selepas gunung Kinabalu.


salah satu yang menarik hati saya semasa perayaan itu ialah hidangan makanan tradisi dari suku kaum Dusun Lobou. Suku kaum ini adalah salah satu dari suku kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Kebanyakan mereka ini berasal dari Tongod. salah seorang Lobou yang ada nama-nama ialah Matusin Bowie bekas pemain bola sepak negeri Sabah.

sejuk tempat itu di waktu petang. kebanyakan penduduk disini adalah petani padi bukit. mungkin kerana saya agak familiar juga di kawasan ini. salah seorang makcik yang menjual sayur pakis @ lomiding, dengan senang hati memberikan sayurannya kepada saya. Saya sangat menghargai pemberiannya tetapi saya hulur juga duit sikit-sikit. kesian mereka mana ada pendapatan. ramai yang keciciran sebab tiada duit untuk berbuat demikian.

kerana keramahan kita dengan masyarakat luar bandar lah saya tidak merasa tersisih berada disini. ramai yang mahu berbual dan bertukar-tukar pandangan. sebelum ini pernah ada seorang ibu memberikan saya 2 pokok bibit rambutan.

semoga masyarakat KDM dimana pun di pelusuk negeri ini terus mengamalkan budaya seumpama ini. Tapi jangan lah pula sampai kita di injak geng.

berkenan dengan makanan tradisi pula. Saya sempat rakam ini sahaja. kadang-kadang banyak juga makanan pelik KDM ini mengikut tempat. Saya nampak di kawasan ini mereka suka sangat makan petai. apa pun ini lah sahaja yang saya sempat.

salam