Perak kini mengambil alih tumpuan rakyat Malaysia di hujung-hujung minggu ini.Dengan tidak disangka kerajaan Negeri Perak yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) tiba-tiba runtuh dan diganti dengan Barisan Nasional (BN). Nampaknya sejarah berulang lagi. Tapi kini bukan di Sabah, tetapi di semenanjung.
Saya masih ingat ketika kejatuhan kerajaan yang dibentuk oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Mac 1994. Ia disebabkan oleh perbuatan melompat dari tiga orang wakil rakyat PBS ke Barisan Nasional (BN). Tindakan itu telah menyebabkan kerajaan Sabah yang diperintah oleh PBS hanya mampu bertahan selama dua minggu. Era inilah kejatuhan orang Sabah, dan ianya amat menyakitkan hati.
Ayah saya seorang penyokong kuat PBS ( dari dulu dan sekarang). Calon PBS yang diundinya telah melompat masuk BN melalui Parti Demokratik Sabah (PDS) ( yang direbranding dengan nama Upko kini) ketika itu. Ayah saya sangat sedih, kecewa dan marah pun ada. Tetapi bila kita menoleh melihat betapa rendahnya hati seorang pemimpin bernama Datuk Pairin Kitingan, yang lebih mementingkan perpaduan dan keharmonian. Maka peralihan kuasa berjalan dengan baik.Kerajaan PBS jatuh ditangan BN.Para penyokong PBS tetap kekal setia dan terus tabah. Saya masih ingat bendera PBS di dinding rumah kami tidak pernah dibuka-buka oleh ayah saya. Meskipun wakil rakyat yang dipilihnya memujuk untuk masuk PDS, tetapi ayah saya tetap tidak berganjak dari pendiriannya.
Orang yang dilihat sebagai dalang utama yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PBS dengan cara tidak terhormat itu ialah Datuk Anwar Ibrahim. Kerana Anwar yang kini ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itulah maruah orang Sabah jatuh menyembah bumi. Kita kehilangan kuasa dalam masa yang lama, tetapi kita tetap bertahan.
Kini permainan itu kembali lagi. Sejarah hitam dalam politik Sabah kini berlaku di Perak. Sebelum ini PR berkata akan membentuk kerajaan, dengan jangkaan pada bulan September tahun lalu dan sehingga kini, nampaknya BN pula yang berjaya merampas sebuah kerajaan pembangkang bernama Perak. Kredibiliti Anwar dan Pakatan Rakyat, kini tidak sepakat dan jatuh.
Bagi saya secara peribadi, ini adalah balasan Tuhan terhadap orang yang menganiaya dan menjatuhkan kuasa dengan cara paling kotor. Sekarang baru kamu rasa apa yang pernah dirasa oleh rakyat Sabah 15 tahun yang lalu. Remaja pun tahu apa erti kesakitan melihat acara angkat sumpah yang disiarkan secara langsung di stesen tv.
Disebabkan tiga orang wakil rakyat yang membelakangkan mandat rakyat itu, sebuah kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi jatuh dan digulingkan. Ia adalah satu rampasan kuasa oleh para penjenayah politik yang kini diagung-agungkan oleh rakyat, tanpa menyedari bahawa kerana orang-orang inilah yang telah menghina proses demokrasi.
Sejarah lama berulang kembali. Satu undang-undang harus diperkenalkan untuk mengelakkan perbuatan mengingkari mandat rakyat ini dari terus berulang. Jika ini berterusan ( lompat melompat) saya percaya generasi muda seperti saya kehilangan kepercayaan terhadap hak untuk mengundi.
Ketika melihat berlakunya rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 1994, saya pernah berkata pada diri sendiri bahawa saya mungkin tidak akan mendaftar sebagai pengundi. Untuk apa kita mengundi jika calon yang kita pilih dan dijadikan wadah untuk mewakili rakyat akan mengkhianati kita kemudiannya? Kita diberitahu bahawa mengundi adalah hak rakyat Malaysia, dan setiap orang dewasa dan yang layak harus mengundi.
Namun apakah pula hak kita sebagai pengundi terhadap wakil rakyat yang berbuat curang? orang yang kita telah beri mandat. Bolehkah anda menerima pihak yang kalah akhirnya menjadi pemenang?
Orang-orang ini tidak tahu kesan dan akibat yang dihadapi oleh rakyat terutamanya penyokong mereka. Orang-orang ini pentingkan diri sendiri. Rakyat bukan keutamaan mereka. Saya masih ingat ketika itu , saya masih remaja, di peringkat kampung sahaja, biarpun wakil rakyat telah berpindah parti dengan cara melompat, para penyokong beliau ( yang tidak mengikut) dilayan seperti orang asing.
Apa-apa kemudahan untuk rakyat tidak boleh digunakan oleh pembangkang. Padahal tidak akan wujud pembangkang di pihak pemenang jika tidak ada perbuatan khianat. Saya masih ingat penyokong PDS tidak melayan orang-orang PBS, yang mana jika bukan kerana wakil rakyat itu melompat, mereka tidak akan mendapat kuasa dan penindasan pula berleluasa.
Lucu bukan.Orang yang menyokong anda sehingga menjadi wakil rakyat, dan setelah anda mendapat kedudukan yang baik dalam kerajaan ( dengan melompat), anda mengenepikan penyokong asal anda, dan yang pernah membenci dan tidak mengundi anda...itulah yang anda manja-manjakan.
Semoga Tuhan memberikan keinsafan.
salam
rozie jumat