KOTA
BELUD : Pemilihan parti sempena Mesyuarat Agung
Tahunan (AGM) Parti Bersatu Sabah (PBS) N.7 Kadamaian menjadi tumpuan umum.
Hanya tinggal beberapa hari lagi perwakilan akan memilih dengan tumpuan utama
calon jawatan ketua bahagian. Hampir
semua jawatan dipertandingkan dalam barisan kepimpinan bahagian, pergerakan
pemuda dan pergerakan wanita bagi penggal
2014-2017.
Ketua
Bahagian PBS Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan akan mempertahankan jawatannya dengan dicabar bekas timbalan ketua Bahagian Barahim
Taliban dan calon muka baharu Dr Biting
Giling @ Joshua. Mantan Wakil Rakyat
itu, dilihat masih lagi diperlukan untuk memimpin bahagian tersebut dan menyeru
penyokong untuk bersatu. Herbert adalah penyandang jawatan ketua bahagian sejak
tahun 1994 dan tidak pernah dicabar.
Bagi
jawatan timbalan ketua bahagian calon itu terdiri Demis Rumanti, Aljohn Timbon
dan James Muyou. Manakala 2 bakal bersaing merebut jawatan Naib 1 iaitu Joly
Molubai dan Seipin Suali. Bagi jawatan Naib 2 persaingan diantara Maskun Duaka
dan Ghani Sumbin.
Dalam
pada itu, bagi Ketua Wanita Bahagian Kadamaian, Dyanna Salagan akan
mempertahankan jawatan tersebut dengan menghadapi cabaran muka baru dan agak
popular dikalangan perwakilan dan ahli, Felecia Gitah Sindan. Dyana tidak
pernah dicabar sebelum ini sejak dari tahun 1994. Kebanyakan ahli pergerakan
wanita PBS Kadamaian setia kepada parti dan bersaing sesama sendiri dengan
semangat keluargaan.
Jawatan
Timbalan Ketua Wanita menyaksikan persaingan diantara Saidom Masilang dan
Raimah Gimbun. Bagi jawatan Naib 1 calon terdiri dari Evelyn Duhu dan Yune Anne
Pitor. Sementara Raisah Latif menang
tanpa tanding Naib 2.
Dr Joshua Beting Giling..harapan baru |
Manakala
bagi pergerakan pemuda menerima ketua baru, Johnny Sulukan menang tanpa tanding.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda akan mencabar sesama sendiri diantara Pinol
Timun dan Arechon Dusin. Pemimpin muda Alaysius Sindih dan Wellveltin Sumbin bersaing untuk mendapat kedudukan jawatan
Naib 1. Jawatan Naib 2 menang tanpa tanding oleh Daminus Talindap.
Pemilihan untuk
jawatan-jawatan utama dalam parti pada kali ini dilihat sebagai sesuatu yang
penting untuk menjana satu harapan baru untuk membawa PBS bangkit menjadi lebih
kuat dan menebus kembali kerusi DUN Kadamaian. Sejarah DUN Kadamaian tidak
pernah gagal ditangan PBS. Namun kegagalan BN mempertahankan DUN Kadamaian
melalui PRU ke 13 mempengaruhi pemilihan AGM PBS. Pemerhati berkata bahawa pemimpin muda perlu diberi peluang
menonjol dan segar agar parti itu masih relevan.
PBS
Kadamaian mempunyai 66 cawangan yang akan membuat pemilihan sempena Mesyuarat
Agung Tahunan pada 14 Ogos di Dewan Gopog Taginambur. Mesyuarat perasmian akan
disempurnakan Datuk Maximus Ongkili, Timbalan Presiden PBS.