Saturday, November 22, 2008
INGATAN KEKAL SELAMA-LAMA
Dia adalah seorang adik sepupu yang baik, bijak dan disayangi. Saya sangat bersimpati dengan cara kematian mu adik ku. Semoga insiden yang berlaku akan menjadi ingatan kepada orang lain untuk berhati-hati di jalan raya. semoga damai disana.
Tuhan sentiasa berserta mu...
II Petrus 3 : 10 - Tetapi hari Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada hari itu langit akan lenyap dengan gemuruh yang dahsyat dan unsur-unsur dunia akan hangus dalam nyala api, dan bumi dan segala yang ada di atasnya akan hilang lenyap
( moral dari injil : hidup kita penuh dengan kejutan dan tidak terjangka.)
Tuhan ampunilah segala dosa saudara ku, baik yang disedarinya mahupun yang tidak disedarinya....amin
Thursday, November 20, 2008
Perogol sadis dapat hukuman ' bonus' selepas merayu
Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 19 Nov. - Seorang peniaga nasi ayam yang merayu untuk mengurangkan hukuman merogol pembantu rumah warga Indonesia ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini, malah hukuman penjara dan sebatan ditambah kerana lelaki itu disifatkan oleh hakim sebagai perogol sadis.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Suriyadi Halim Omar memerintahkan supaya Seow Eng Aik, 40, menjalani hukuman penjara selama 32 tahun dan sebatan 18 kali atas sabitan tiga tuduhan merogol pembantu rumahnya itu, empat tahun lalu.
Hakim Suriyadi yang bersidang bersama Hakim Datuk Wan Adnan Muhammad dan Hakim Datuk Ahmad Maarop ketika meminda hukuman terhadap Eng Aik, menyifatkannya sebagai perogol sadis.
Beliau menyatakan demikian kerana perayu itu memuaskan nafsu dengan bantuan isterinya, Tan Seok Hoon, 40, yang menolong memegang tangan mangsa dan menyumbat kemaluan gadis itu dengan cili padi tumbuk dan lobak merah.
''Mangsa datang ke negara ini untuk menyara hidupnya tetapi terpaksa berdepan dengan kejadian menakutkan dan penderaan seksual.
''Hukuman yang diputuskan harus menjadi amaran kepada majikan lain yang cenderung melakukan perbuatan serupa bahawa mereka akan menerima nasib yang sama di mahkamah," ujarnya.
Eng Aik didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas tiga tuduhan merogol mangsa yang ketika itu berusia 19 tahun pada pukul 2 pagi Februari 2004, Julai 2004 (11 pagi) dan pukul 2 pagi Ogos 2004 di rumah mereka di Tingkat Paya Terubong 3, Air Itam.
Isterinya dihukum penjara enam tahun atas kesalahan bersubahat dengan perbuatan rogol yang dilakukan oleh suaminya kira-kira pukul 11 pagi, Julai 2004.
Eng Aik dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tiga kali bagi setiap tuduhan yang diperintah berjalan serentak manakala isterinya dipenjara enam tahun.
Bagaimanapun, rayuannya di Mahkamah Tinggi ditolak dan hukumannya ditambah kepada 16 tahun bagi setiap tuduhan dan berjalan serentak, hukuman sebatan berjumlah sembilan kali kekal. Hukuman isterinya turut dikekalkan.
Hari ini, Eng Aik menerima nasib lebih parah apabila rayuan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, V. Shoba yang tidak berpuashati terhadap hukuman penjara terhadap pasangan itu. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya dan menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun serta sebatan enam kali bagi setiap tuduhan.
Hukuman bagi kesalahan pertama dan kedua diperintah berjalan secara berasingan manakala kesalahan ketiga dikuatkuasakan serentak dengan kesalahan kedua.
Kedua-duanya diwakili oleh peguam R.S.N Rayer dan KH Chua.
Mangsa ketika memberi keterangan menyatakan, akibat tidak tertahan dengan seksaan tersebut, dia kemudian melarikan diri ketika menemani wanita tersebut dan dua anaknya ke gereja di Paya Terubong pada 29 Ogos 2004.
Dia kemudian diselamatkan oleh seorang katerer, Fatimah Syed Ibrahim ketika tiba di Wisma Yatim Lelaki, Air Itam, selepas berjalan kaki dari gereja itu dalam keadaan tidak berwang dan tanpa pasport.

Subscribe to:
Posts (Atom)