Thursday, March 13, 2008

PERANAN WANITA PASTIKAN BN MENANG DIHARGAI



KENINGAU : Sumbangan serta peranan besar kaum wanita dalam mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang ditandingi amat dihargai oleh pucuk pimpinan parti. Pada pilihan raya umum ke – 12 BN di P180 Keningau memenangi serta mempertahankan kesemua kerusi di N.32 Tambunan, N.33 Bingkor , N.34 Liawan dan di P180 Keningau.

Ketua Pergerakan Wanita Umno P.180 Keningau, Puan Amelia Ajun berkata, kerjasama yang erat dan padu di kalangan ahli-ahli wanita komponen BN adalah pemangkin kepada kejayaan itu.

“ Bagi pihak AJK Pergerakan Wanita UMNO Keningau saya mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih atas pengorbanan masa, tenaga , kerjasama semua mereka yang terlibat. Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua, “ . Amelia berkata demikian ketika mengunjungi bagi mengucapkan terima kasih atas peranan yang diambil oleh BN melalui K10 di Kg.Patikang Ulu, dan lawatan itu juga akan diadakan di kampong-kampung terbabit.

Amelia yang juga merupakan Ketua Penyelaras K10 Daerah Mengundi Bulu Silou turut mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada wakil rakyat N.34 Liawan, Datuk Hj.Sairin Hj.Karno. yang diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat di kawasan itu.

Amelia berkata, BN mempunyai perancangan dan telah pun banyak membantu kaum wanita dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu kata Amelia, golongan wanita adalah antara penyokong kuat BN kerana BN telah banyak membantu mereka dalam pelbagai bidang.

“ Kita amat berkeyakinan kaum wanita tidak akan ketinggalan dalam pembangunan, kerana di peringkat P180 kita mempunyai banyak rancangan khusus untuk golongan ini memajukan diri,” kata Amelia.

Sempena lawatan itu juga Amelia dan Ahlijawatankuasa Pergerakan Wanitanya telah menyampaikan sumbangan berupa sebuah tangki plastic kepada seorang warga emas berusia 80 tahun iaitu Puan Kaguh @ Kandarid Binti Unggau. Sumbangan itu kata Amelia adalah atas keprihatinan pergerakan wanita terhadap warga emas di kampong tersebut .

Monday, March 10, 2008

catatan kempen di keningau



ini adalah diantara gambar-gambar yang saya kongsikan kepada anda tentang kempen-kempen di kawasan pedalaman. masih banyak lagi nanti saya load. Kalau ada yang berminat untuk hantar gambar di blog ini boleh email ke wendyrozie@hotmail.com

Bekas bos saya Datuk Bernard Maraat berkempen untuk YB.Datuk Hj.Sairin Hj.Karno , yang telah pun menang. Harap-harap YB Datuk kena lantik Menteri. Yalah belum ada lagi menteri penuh dilantik dari Keningau bah. Kami juga berkempen untuk YB DSP Joseph Pairin Kitingan , yang telah pun menang di kawasan P.180 Keningau. Huguan Siou masih relevan bah, masih kuat. Tapi harap-harap Huguan Siou ingatlah bah kesihatan itu, tenaga bukan kuat lagi untuk jaga 2 kawasan. so ramai juga pelapis yang berpotensi saya nampak di Keningau ni. Macam si Daniel Kinsik pun buli tahan juga orang dia, pandai cakap bahasa dusun apalagi cakap orang putih, pendidikan pun apa kurang...

Banyak tempat kami pergi dalam usaha berkempen. Dalam sehari semalam sekurang-kurangnya antara 6-8 kampung kami masuk , kadang-kadang kalau jauh 4-6 kampung. Saya biasanya bila pulang ke rumah antara jam 2 pagi, itupun susah dapat tidur. Penat bah geng...begitu juga dengan YBhg Puan Jailin Lian, Ketua Bahagian PBRS N.33 Bingkor. Beliau berkempen untuk YB.Datuk Justin Gukah , kawasan panas tempat dia berkempen ni. banyak juga isu isu tempatan yang siok mau dengar. para kempener ada yang berucap kalah-kalah ceramah calon sampai berjam-jam. Di Bingkor , ada fight juga. Yb Justin dapat majoriti 171.kawan saya Pn.Jailin Lian ketika menunggu keputusan tidak senang duduk. sesekali pucat muka dia . Sebab bukan alang-alang juga di Datuk Dr.Jeffrey tu ramai juga penyokong dia di Bingkor.

apa pun semua sudah berlalu. Sudah tiba masa untuk menumpukan kerja-kerja yang tergendala. dan seterusnya inilah masa bagi kita minta bibit getah , bibit kelapa sawit, vanilla, pokok jarak ...dan macam-macam yang selalu mereka (YB-YB) cakap..rebut peluang , cari peluang, berfikiran kreatif..ikut kerajaan, usahakan tanah terbiar...jangan pula ia hanya sekadar kiasan semata-mata. Kita mahu ikut maju bah kan. jadi harap-harap kerajaan yang baru di beri mandat sekali lagi ini...pandailah membalas budi...

semoga negeri kita terus aman dan damai setelah lepas pilihan raya.

Pedalaman Kekal Kubu Kuat BN

oleh Rozie Jumat

Syukur...setelah bekerja keras berkempen sejak penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian. Dapatlah kita tidur dengan nyenyak sekali. Apa yang pastinya Barisan Nasional (BN) di Sabah kekal sebagai kubu kuat BN. Sebelum ini banyak juga lah cakap-cakap tentang pertahanan BN yang goyah dan mungkin beberapa kawasan akan jatuh ke tangan pembangkang.kemenangan BN di Sabah adalah bukti rakyat di negeri ini menyokong penuh kepimpinan serta kewibawaan parti pemerintah yang telah banyak berjasa.

Melihat kepada kesetiaan rakyat Sabah terhadap BN. Setelah rakyat memberikan hak serta mandat kepada kerajaan BN, maka kini adalah masanya bagi kerajaan untuk memberi keutamaan kepada negeri Sabah. Jika melihat kepada senario, sebahagian besar negeri atau rakyat di tanah semenanjung telah menolak kerajaan BN. Ini bermakna mereka telah menolak manifesto yang telah ditawarkan kepada rakyat di negara ini. Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Kedah dan Perak telah jatuh ke tangan pembangkang. Manakala sebahagian besar kawasan parlimen dan wakil rakyat yang dianggap kuat seperti S.Sammy Vellu, Datuk Shahrizat Jalil, Datuk Zainudin Maidin, Datuk Radzi Sheikh Kadir , M.Kayveas telah tumbang. Kejatuhan mereka juga amat mengaibkan dengan jumlah majoriti yang amat besar.

Kekalahan beberapa tempat di tanah besar semenanjung sedikit sebanyak telah mengubah lanskap kemegahan BN selama ini yang begitu amat yakin. kekalahan beberapa tempat BN ini sudah pastinya akan memberi manfaat kepada negeri-negeri yang masih kekal penyokong kuat BN.

sehubungan dengan itu, kepada para wakil-wakil rakyat yang telah dipilih melalui proses demokrasi. Anda haruslah rajin turun ke padang, rajin melihat rakyat, beri kemudahan yang telah dijanjikan, jangan menyombong dan rakyat haruslah diutamakan.

Wakil-wakil rakyat yang dipilih harus memahami bahawa bukan semua rakyat di kawasan itu menyukai mereka, sebab itulah ada yang mengundi pembangkang. pucuk pimpinan parti juga harus menilai sejauh mana kebolehan seseoranng bakal Yang Berhormat. Bukan setakat melihat kelayakan akademik mereka tetapi perlu juga mendengar suara di peringkat akar umbi, harus mengetahui isu tempatan agar tidak berlakunya rasa ketidakpuasan hati rakyat. Sebagai contoh insiden seorang wakil rakyat yang ditumbuk oleh penyokong sendiri semasa penamaan calon.

Berbalik kepada manfaat yang akan diperolehi rakyat Sabah atas kekalahan di beberapa tempat di semenanjung. Wakil rakyat kita terutamanya Ahli-Ahli Parlimen harus menyuarakan serta menekan agar peruntukan-peruntukan bagi kawasan yang kalah ditarik ke negeri Sabah. Rakyat di semenanjung menolak pembangunan , jadi apa salahnya peruntukan itu disalurkan ke Sabah, terutamanya di pedalaman.

Sabah dan Sarawak kekal sebagai kubu kuat BN. Oleh itu tidak salah bagi kedua negeri ini untuk meminta lebih dalam tempoh sepenggal ini. begitu juga dengan jawatan menteri di peringkat persekutuan.

Nampaknya selepas ini parti-parti BN di Sabah juga harus melipatkan usaha agar pembangkang tidak mengembangkan pengaruh mereka ke negeri ini. Seperti yang kita tahu budaya ektrim PKR tidak boleh diterima oleh rakyat di negeri ini. Kemenangan pembangkang di tanah besar semenanjung harus menjadi ingatan kepada BN Sabah.Ingat jangan mudah bermegah dengan apa yang ada pada ketika ini. Kerana pengundi kini adalah lebih bijak...

Tahniah kepada YB.Datuk HJ.Sairin Hj.Karno (N.34 Liawan), YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ( P180 Keningau / N.32 Tambunan), YB. Encik Justin Guka (N.33 Bingkor), YB.Datuk Bobbey Suan (N.38 Nabawan), YB. Datuk Ellron Angin (N.37 Sook). Dimana hamba Tuhan ini adalah diantara insan-insan yang berkerja dan berusaha agar kedudukan BN di kawasan yang dinyatakan terus utuh dan kekal sebagai milik BN.

Kepada rakan saya YB. Anita Baranting ( Tandek) , kepada YB kami yang tabah dan sabar YB. Herbet Timbun Lagadan (Kadamaian) harap-harap tahun ini dapat gelaran Datuk, kepada YB Datuk Louis Rampas (Kiulu) dan YB Jahid Jahim, YB Datuk Edmund Chong, YB Datuk Maximus Ongkili , YB Tan Sri Bernard Dompok dan bekas bos saya Tan Sri Joseph Kurup tahniah diucapkan dan selamat kembali berkhidmat. Jangan lupa rakyat, dan jagalah rakyat.

kepada bekas bos saya Datuk Dr.Jeffrey Kitingan ( Pengarah Multiwealth Sdn.bhd - penerbit Berita Sabah) , rakan seperjuangan KDCA Kota Belud En.Peter Marajin, rakan KDCA Puan Evelyn Gobile, yang dikagumi saudara Patrick Sindu ( CASH) , En. Awang Karim Awang Kadir ( seniman) , rakan karib saya Saudara Paul Tom Imbayan ...dan ramai lagi...sesungguhnya kamu adalah pejuang...

Thaniah kepada mereka yang menang. Parti pemerintah atau pembangkang, tujuan mereka sebenarnya sama...mahukan kuasa, dan inilah hakikatnya. Yang menang bersoark, yang kalah cermin lah diri sendiri.

sekian