Tuesday, September 9, 2008

Bukan Kurup yang salah tapi SPR



rakyat Malaysia di ulu pedalaman memerlukan pembangunan yang hanya mampu diberikan oleh BN ( gambar koleksi Rozie Jumat)

mungkin perlu juga sya perbetulkan fakta bahawa...ramai yang menganggap Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS ) kalah dalam perbicaraan dalam mahkamah. Ceritanya begini, yang kalah ialah Suruhanjaya Pilihan Raya di daerah Nabawan semasa penamaan calon. Pegawai Daerahnya yang juga Pengurus Pilihan raya mungkin dengan kecuaian mereka, telah menyebabkan seorang calon parti PKR gagal bertanding dalam pilihan raya. itu ceritanya.

Mungkin cerita ini akan dijadikan isu jika berlakunya pilihan raya kecil. bagi saya , Tan Sri Kurup telah mengikut prosedur seperti kebiasaannya, kerana beliau berpengalaman dalam pilihan raya. lagipun beliau seorang peguam. mungkin calon pembangkang akan memperkatakan adanya penyelewengan kuasa di dalam dewan untuk mendapat simpati rakyat kerana kemenangan tersebut telah dibatalkan. ia adalah masalah teknikal di kalangan orang orang SPR yang tiada kaitan dengan PBRS.

oya...baca paper hari ini, wah bukan main geliga lagi otak si Datuk Bernard ini. Datuk sudah lah tu, yang berlalu , berlalu la...dulu lawan Presiden siapa juga yang rugi...Datuk juga...cakap Presiden lembik lah, lembab lah..patut diganti lah...Datuk patut bersyukur kerana diberi peluang sebagai calon BN-PBRS di Pensiangan meskipun belum memberi sumbangan apa-apa kepada parti, kerana Datuk hanya masuk PBRS pada tahun 2003, tidak lama kemudiannya pilihan raya. nasib Datuk memang bagus...tapi Pensiangan seat itu kuota PBRS ...cuba PBRS minta itu tempat parti komponen yang lain...mesti lah inda suka bah...alaa suda lah satu sahaja mau minta lagi...ketara oh itu tau...datuk pigi cakap lagi buat pa la lagi buat rayuan, suruh Kurup terima keputusan...dalam paper sya nampak Datuk Najib yang buat pengumuman itu ( BN akan buat rayuan)...haiyaa masih macam dulu la , sikit-sikit menyampuk...

nah sekarang Datuk sudah jadi ketua bahagian PBS Liawan...bah tunggulah pilihan raya akan datang...kan datuk aiming itu P180 Keningau...wahhhh...masa itu aaa...melepaslah topinai Daniel Kinsik atau mereka yang sudah bertahun-tahun berjuang sehidup semati dengan PBS pembangkang dan kini PBS kerajaan yang lagi potential punya orang, ada ilmu politik yang berlumut suda berbanding sesetengah orang yang tunggu pencen lu baru brani mau joint politik...masa mabuk sahaja hebat bercakap tapi hancur tidak konsisten itu keputusan...

Biarlah kita melihat siapa yang dipilih rakyat di dalam satu gelanggang bernama pilihan raya. Jika rakyat mahu kesinambungan pembangunan yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) , maka menanglah BN, kalau masyarakat KDM mahu terus-terus miskin, terus terpencil, ketinggalan jauh...kerana itu itulah janji pembangkang...

KAMI DAH SEDIA : PEMUDA PBRS


Vincent (tengah) bersama sebahagian barisan EXCO Pemuda PBRS dalam satu mesyuarat baru-baru ini

KENINGAU : Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Pensiangan bila-bila masa dari sekarang dan mempertahankan kawasan itu kekal milik BN.
Ketua Pemuda EXCOnya, Vincent Lee berkata beliau juga telah pun mengadakan mesyuarat dengan EXCO Pusat serta Pergerakan Pemuda PBRS di N.37 Sook dan N.38 Nabawan sebelum ini sebagai langkah persiapan sekaligus menggerak jentera berikutan keputusan kemenangan Barisan Nasional (BN) dipertikai di mahkamah.

“ Kami di Pensiangan juga sentiasa bersiap sedia dan telah memantapkan jentera kami melalui mesyuarat bersama ketua-ketua pemuda komponen BN baru –baru ini dan dalam masa yang terdekat ini kami akan mengadakan pertemuan. Kami telah bersedia untuk bekerja dan menang,” kata Vincent yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN Parlimen Pensiangan dalam satu kenyataannya.

Menurutnya Pemuda BN Pensiangan juga memberi sokongan padu dalam memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) yang kemungkinan menurunkan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.

Dalam pada itu Vincent juga berkata parti-parti komponen BN di pedalaman menghormati dan akur bahawa kerusi parlimen itu adalah kuota PBRS dan ianya jelas. Sehubungan dengan itu kata Vincent , dengan amalan serta budaya BN berkongsi kuasa dan saling berkerjasama – calon BN mampu menang dengan majority yang lebih besar.

Mengenai fail rayuan yang dikemukakan BN seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak, ia haruslah dihormati kerana ia adalah prosedur biasa yang seharusnya tidak dianggap sebagai membazir wang pembayar cukai.

Beliau juga berkata bahawa Kawasan luar Bandar seperti Pensiangan ( Sook dan Nabawan) mahukan kemajuan, mereka tidak mahu berterusan berada di bawah kepompong kemiskinan. Banyak program pembasmian kemiskinan telah dirancang dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) .

“ Rakyat sendiri mahukan kemajuan ini dengan datang kepada kita. Mereka minta kerajaan bangunkan tanah mereka atau libatkan mereka dengan skim-skim pembangunan tanah, “ ujar Vincent yang merupakan Naib Pengerusi Pemuda BN Malaysia.

Dalam masa yang sama kata Vincent, misi dan visi mantan Timbalan Menteri KKLW telah difahami rakyat ulu pedalaman dan mereka menerimanya. Meskipun hanya beberapa bulan berdampingan dengan rakyat di Pensiangan, tetapi beliau (Kurup) telah merancang banyak pembangunan tanah melibatkan penduduk disini mengikut konsep agropolitan. Antara tempat itu ialah di Sumatalun dan Sasandukon yang mana ianya melibatkan penduduk di kawasan Pensiangan. Begitu juga dengan di kawasan Sook.

“ Presiden PBRS sanggup berjalan kaki, mempertaruhkan nyawa dengan jeram-jeram yang merbahaya ke sempadan , menaiki bot yang memakan masa berjam-jam , melupakan rintangan dan cabaran semata-mata untuk menemui rakyat di kawasan ini , dimana memajukan bangsa adalah cabaran utama bagi PBRS, “ kata Vincent.

Sebenarnya kata Vincent, rakyat di kawasan Pensiangan amat beruntung kerana mantan wakil parlimen mereka mempunyai jawatan penting dalam kerajaan persekutuan seperti Timbalan Menteri, dan ADUN Sook dan Nabawan adalah pembantu Menteri di peringkat negeri, yang memberi kelebihan kepada penduduk di luar Bandar itu.

Mahkamah batal kemenangan Kurup di Parlimen Pensiangan



Detik ketika Kurup diumum menang tanpa tanding



Suasana selepas pengumuman bagi pilihan raya kawasan Parlimen

KOTA KINABALU : Mahkamah Pilihan Raya, di sini hari ini memutuskan kemenangan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup (gambar) bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan penghakiman itu dibacakan oleh Hakim David Wong Dak Wah di Mahkamah Tinggi, di sini berikutan petisyen yang dikemukakan oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Danny Anthony Andipai.

Dak Wah dalam penghakiman selama setengah jam berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada dua perkara utama.

Pertama, kata beliau, Pegawai Pengurus Pilihanraya, Bubudan OT Majalu yang juga responden kedua, tidak boleh mengubah keputusan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Rafidah Datu Derin yang mengarahkan supaya kertas pencalonan Danny diterima.

Katanya, arahan Rafidah itu perlu dipatuhi kerana perkara berkenaan adalah mengikut Seksyen 5 Akta Pilihan Raya 1958 dan mesti dipatuhi oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Jelasnya, ini kerana Danny menghantar kertas pencalonannya mengikut masa yang ditetapkan iaitu sebelum pukul 10 pagi dan pegawai tersebut tidak boleh menolaknya.

Beliau berkata, seorang pegawai pengurus pilihan raya harus berlaku adil kepada semua pihak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak selain mesti patuh dengan akta sedia ada.

Kedua, katanya, bantahan terhadap kertas pencalonan Danny yang dikemukakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Ellron Alfred Angin sebagai wakil Kurup, adalah tidak sah mengikut undang-undang.