Thursday, March 20, 2008

ALAHAI...ALALALA...

PUTRAJAYA: Sabah kekal mendapat tiga menteri penuh manakala mendapat dua tambahan timbalan menteri menjadikannya empat dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin.

Tiga Menteri yang kekal Tan Sri Bernard Dompok,yang dilantik semula Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shafie Afdal yang ber-pindah portfolio ke Kemen-terian Perpaduan,Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Datuk Dr Maximus Ongkili yang memegang jawatan Men-teri Sains Teknologi dan Ino-vasi. Empat timbalan menteri dari Sabah pula terdiri dari Datuk Anifah Haji Aman (Timbalan Menteri Pengang-kutan), Datuk Abdul Ghafur Salleh (Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Seki-tar), Tan Sri Joseph Kurup (Timbalan Menteri Luar Ban-dar) dan Datuk V.K. Liew (Timbalan Menteri Perdagang-an Antarabangsa dan Industri



setelah menyumbang dan memberi peranan penting di dalam kemenangan mudah BN pada pilihan raya lalu. nampaknya, BN Sabah tidak mendapat apa yang sepatutnya. Ramai yang menjangka Sabah akan menerima lantikan menteri lebih daripada apa yang diterima pada penggal sebelumnya. Nampaknya kabinet YAB Perdana Menteri ini bukan sahaja semakin merosot tetapi menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.

Selangor yang kalah teruk pada pilihan raya lalu diberikan kedudukan seimbang dengan BN sabah dalam soal lantikan Menteri dan Timbalan Menteri. Dalam pada itu kepimpinan Abdullah juga dilihat seakan-akan tidak memberi restu kepada calon-calon yang menang yang mana lebih layak untuk dilantik menteri. Sebaliknya Abdullah melantik beberapa orang yang disebut tokoh dalam pelbagai bidang sebagai senator dan kemudiannya dilantik menganggotai susunan kabinet beliau.

Permerhati politik berkata sepatutnya Abdullah memberikan keutamaan kepada negeri Sabah dan Sarawak dalam soal agihan jawatan. Nampaknya, para pemimpin Sabah harus memikirkan masa depan negeri ini pada masa yang akan datang. Kita mahu keseimbangan.

No comments: