Monday, March 10, 2008

Pedalaman Kekal Kubu Kuat BN

oleh Rozie Jumat

Syukur...setelah bekerja keras berkempen sejak penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian. Dapatlah kita tidur dengan nyenyak sekali. Apa yang pastinya Barisan Nasional (BN) di Sabah kekal sebagai kubu kuat BN. Sebelum ini banyak juga lah cakap-cakap tentang pertahanan BN yang goyah dan mungkin beberapa kawasan akan jatuh ke tangan pembangkang.kemenangan BN di Sabah adalah bukti rakyat di negeri ini menyokong penuh kepimpinan serta kewibawaan parti pemerintah yang telah banyak berjasa.

Melihat kepada kesetiaan rakyat Sabah terhadap BN. Setelah rakyat memberikan hak serta mandat kepada kerajaan BN, maka kini adalah masanya bagi kerajaan untuk memberi keutamaan kepada negeri Sabah. Jika melihat kepada senario, sebahagian besar negeri atau rakyat di tanah semenanjung telah menolak kerajaan BN. Ini bermakna mereka telah menolak manifesto yang telah ditawarkan kepada rakyat di negara ini. Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Kedah dan Perak telah jatuh ke tangan pembangkang. Manakala sebahagian besar kawasan parlimen dan wakil rakyat yang dianggap kuat seperti S.Sammy Vellu, Datuk Shahrizat Jalil, Datuk Zainudin Maidin, Datuk Radzi Sheikh Kadir , M.Kayveas telah tumbang. Kejatuhan mereka juga amat mengaibkan dengan jumlah majoriti yang amat besar.

Kekalahan beberapa tempat di tanah besar semenanjung sedikit sebanyak telah mengubah lanskap kemegahan BN selama ini yang begitu amat yakin. kekalahan beberapa tempat BN ini sudah pastinya akan memberi manfaat kepada negeri-negeri yang masih kekal penyokong kuat BN.

sehubungan dengan itu, kepada para wakil-wakil rakyat yang telah dipilih melalui proses demokrasi. Anda haruslah rajin turun ke padang, rajin melihat rakyat, beri kemudahan yang telah dijanjikan, jangan menyombong dan rakyat haruslah diutamakan.

Wakil-wakil rakyat yang dipilih harus memahami bahawa bukan semua rakyat di kawasan itu menyukai mereka, sebab itulah ada yang mengundi pembangkang. pucuk pimpinan parti juga harus menilai sejauh mana kebolehan seseoranng bakal Yang Berhormat. Bukan setakat melihat kelayakan akademik mereka tetapi perlu juga mendengar suara di peringkat akar umbi, harus mengetahui isu tempatan agar tidak berlakunya rasa ketidakpuasan hati rakyat. Sebagai contoh insiden seorang wakil rakyat yang ditumbuk oleh penyokong sendiri semasa penamaan calon.

Berbalik kepada manfaat yang akan diperolehi rakyat Sabah atas kekalahan di beberapa tempat di semenanjung. Wakil rakyat kita terutamanya Ahli-Ahli Parlimen harus menyuarakan serta menekan agar peruntukan-peruntukan bagi kawasan yang kalah ditarik ke negeri Sabah. Rakyat di semenanjung menolak pembangunan , jadi apa salahnya peruntukan itu disalurkan ke Sabah, terutamanya di pedalaman.

Sabah dan Sarawak kekal sebagai kubu kuat BN. Oleh itu tidak salah bagi kedua negeri ini untuk meminta lebih dalam tempoh sepenggal ini. begitu juga dengan jawatan menteri di peringkat persekutuan.

Nampaknya selepas ini parti-parti BN di Sabah juga harus melipatkan usaha agar pembangkang tidak mengembangkan pengaruh mereka ke negeri ini. Seperti yang kita tahu budaya ektrim PKR tidak boleh diterima oleh rakyat di negeri ini. Kemenangan pembangkang di tanah besar semenanjung harus menjadi ingatan kepada BN Sabah.Ingat jangan mudah bermegah dengan apa yang ada pada ketika ini. Kerana pengundi kini adalah lebih bijak...

Tahniah kepada YB.Datuk HJ.Sairin Hj.Karno (N.34 Liawan), YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ( P180 Keningau / N.32 Tambunan), YB. Encik Justin Guka (N.33 Bingkor), YB.Datuk Bobbey Suan (N.38 Nabawan), YB. Datuk Ellron Angin (N.37 Sook). Dimana hamba Tuhan ini adalah diantara insan-insan yang berkerja dan berusaha agar kedudukan BN di kawasan yang dinyatakan terus utuh dan kekal sebagai milik BN.

Kepada rakan saya YB. Anita Baranting ( Tandek) , kepada YB kami yang tabah dan sabar YB. Herbet Timbun Lagadan (Kadamaian) harap-harap tahun ini dapat gelaran Datuk, kepada YB Datuk Louis Rampas (Kiulu) dan YB Jahid Jahim, YB Datuk Edmund Chong, YB Datuk Maximus Ongkili , YB Tan Sri Bernard Dompok dan bekas bos saya Tan Sri Joseph Kurup tahniah diucapkan dan selamat kembali berkhidmat. Jangan lupa rakyat, dan jagalah rakyat.

kepada bekas bos saya Datuk Dr.Jeffrey Kitingan ( Pengarah Multiwealth Sdn.bhd - penerbit Berita Sabah) , rakan seperjuangan KDCA Kota Belud En.Peter Marajin, rakan KDCA Puan Evelyn Gobile, yang dikagumi saudara Patrick Sindu ( CASH) , En. Awang Karim Awang Kadir ( seniman) , rakan karib saya Saudara Paul Tom Imbayan ...dan ramai lagi...sesungguhnya kamu adalah pejuang...

Thaniah kepada mereka yang menang. Parti pemerintah atau pembangkang, tujuan mereka sebenarnya sama...mahukan kuasa, dan inilah hakikatnya. Yang menang bersoark, yang kalah cermin lah diri sendiri.

sekian

No comments: