Wednesday, June 11, 2008

Guru di hulu luar bandar adalah pejuang




Daerah Kecil Pagalungan (Nabawan) : Guru-guru di pedalaman adalah pejuang tanpa nama atau unsung heroes dan pengorbanan mereka sangat dihargai dan akan terus dijaga oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Haji Razali Hj Ismail berkata, guru-guru di pedalaman seperti di kawasan hulu Pensiangan memberi sumbangan yang amat besar nilainya kerana mereka bukan sahaja membangun modal insan tetapi turut membantu masyarakat setempat.

Katanya, setiap sejarah yang tercipta adalah bermula dari asuhan seorang guru biasa.

Beliau berkata demikian di majlis sambutan sempena relay lawatan ke sekolah-sekolah projek model Pensiangan Salinatan Institut Perguruan Keningau (IPK) di SK Logonggon disini pada Isnin. Dalam lawatang dua hari di Pensiangan itu Razali yang turut disertai oleh para pegawai kanan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri. Turut mengiringi ialah Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup yang juga merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Lawatan itu melibatkan SK Logonggon, SK Salinatan,SK Pekan Pensiangan, SK Tinanduk, SK Kuala Salong dan SK Salarom Taka. Rombongan itu turut membuat lawatan ke sebuah cadangan tapak sekolah bagi SK Sumutoh di Nabawan. Dengan jadual yang padat Razali turut membuat lawatan ke Kalabakan, Kota Belud dan Kudat.

Razali berkata, semakin jauh guru itu mengajar semakin besar tanggungjawab serta sumbangan golongan itu kepada bangsa dan negara. Namun katanya kebajikan guru-guru juga tidak pernah diabaikan dengan pemberian insentif pengangkutan kepada mereka.

Insentif itu diberikan antara RM1500 – RM1000 yang bertujuan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Pengangkutan utama di kawasan Daerah Kecil Pagalungan ialah menggunakan bot.

Beliau juga meminta guru-guru agar tidak mudah berputus asa dan merasa dipinggirkan atas kedudukan mereka yang tersorok di balik bukit, di hulu sungai atau di tengah hutan. Sebaliknya mereka terus dituntut untuk mendidik anak bangsa yang mana ia adalah merupakan perjuangan yang amat bermanfaat.

“ Perjalanan mereka ( guru) menggunakan bot yang berliku-liku , berhadapan dengan jeram yang merbahaya bukanlah perkara yang mudah. Mereka berada disini kerana mereka telah melakukan pengorbanan yang cukup besar, mereka inilah golongan pejuang,”. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di kawasan luar bandar di daerah ini adalah anak tempatan dan dari Sarawak.

Menurut Razali Sabah dan Sarawak menerima peruntukan yang besar kerana saiz kedua-dua negeri ini selain kedudukan sekolah yang kebanyakannya terletak di luar bandar. Kebanyakan sekolah-sekolah di kawasan ini masih memerlukan banyak kemudahan untuk melengkapkan sistem pendidikan itu berjalan seperti yang dijadualkan.

Dalam soal kekurangan dan pelbagai masalah yang timbul serta isu yang dibangkitkan. Razali berkata Kementerian Pelajaran tidak boleh mendiamkan diri sebaliknya mereka harus turun padang dan melihat sendiri untuk mendapat gambaran yang sebenar.

Beliau juga menegaskan setiap anak mempunyai hak untuk mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Oleh itu katanya tidak sepatutnya ada yang ketinggalan.

“ Saya meminta kepada anda ( guru) agar bersabar kerana kerajaan sentiasa melihat dan menjaga kita. Jangan cepat minta tukar…ini tanggungjawab kita, jangan pindah…kita bangunkan modal insan,” kata Razali berseloroh.

Sementara itu ketika merasmikan Balai Atulai dan pengistiharan sekolah anak angkat di SK Salinatan 2 jam perjalanan menggunakan bot dari Pagalungan. Razali turut memberitahu kawasan Pensiangan menerima peruntukan yang besar untuk tujuan penambahan bilik-bilik darjah, rumah-rumah guru serta solar hibrid ( SK Kuala Salong)

Katanya , kerajaan tidak mahu adanya perbezaan dan tidak mahu ada jurang yang memisahkan antara pencapaian di bandar dan luar bandar. Oleh itu katanya kerajaan amat serius dan bersungguh-sungguh mahukan perubahan. Begitu juga dengan guru di luar bandar dan bandar mereka diberikan insentif untuk merapatkan jurang antara mereka.

Oleh itu mereka adalah dituntut untuk memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran mereka di sekolah.

Di majlis di SK Salinatan itu juga Razali turut mencabar guru-guru di luar bandar terutamanya di hulu sungai untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik anak murid mereka.

“Mana-mana pelajar yang mendapat 4A atau 5A kita akan hantar mereka bersekolah di Kuala Lumpur,” kata Razali merujuk kepada SK Salinatan- iaitu tempat lahirnya modul Pensiangan Salinatan Institut Perguruan Keningau (IPK).

Sementara itu Kurup turut melahirkan rasa terima kasih terhadap keprihatinan kementerian pelajaran yang memberikan peruntukan yang besar terhadap pembangunan sekolah di kawasan beliau khususnya di daerah kecil Pagalungan.

‘Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana menumpukan sepenuhnya perhatian untuk membangun modal insan anak-anak di Pensiangan, ibubapa harus mengambil iktibar ini untuk meningkatkan usaha mereka agar anak-anak kita disini tidak tercicir kerana soal kemiskinan,” kata Kurup.

Kata Kurup, objektif utama beliau adalah membuat perubahan taraf hidup di luar bandar. “ Saya tidak melihat adanya sumber ekonomi di Pensiangan tetapi semua ini kita akan mulakan dengan secepat mungkin seperti penglibatan rakyat dengan pembangunan tanah sama ada melalui menanam sawit , getah atau pokok gaharu seperti yang mereka telah beritahu saya ,” kata Kurup.

6 comments:

Anonymous said...

Perlukan Parti yang memberi sinar Keterbukaan.

Dr. M bukan dalam UMNO jadi Bebas.

Buat sementara waktu mungkin hingga segalanya selesai.

Rombak semula guna TIKET BEBAS, ada persetujuan?

Anonymous said...

Bagus itu, satu demi satu bah kan.

Baik untuk salah satu sumbangan kepada Malaysia.

Malaysian Dream.

Anonymous said...

Dam!! Projek Pensiangan Salinatan ini sudah bertahun-tahun kena buat ? Belanja bukan setakat 20- 30 ribu, dua atau tiga kali ganda lagi. Tapi dari awal projek ini dijalankan, jalan raya , infrastruktur semua la kemudahan asas , jambatan inda pernah kena pandang.Patutnya menteri datang , Pandang .Bukan datang digendang.Sampai bila projek ni akan diteruskan ? Akan terus dilabelkan sebagai kawasan paling ulu!!! DAm!!
kalau dari awal dulu buat sikit2 itu jalan raya mungkin di salong ada suda jambatan , buli la limpas kereta.

www.omsabah.blogspot.com

Anonymous said...

mari lawat blog saya di www.durianranau.blogspot.com

terima kasih banyak2

Anonymous said...

www.durianranau.blogspot.com

Sabah Development Corridor (SDC) wajib direalisasikan.

Untuk mencapai Wawasan 2020 maka SDC mesti direalisasikan.

SAPP dengan 2 MP mereka akan menjejaskan BN.

PRU13 saya pasti BN kembali ke 2/3 majoriti 100%.

UMNO sebagai United Malaysian National Organisation.

Salam DARD.

Anonymous said...

Bahasa Malaysia = Bahasa Kebangsaan

Bahasa Inggeris = Bahasa Antarabangsa

Bangsa Malaysia = Bangsa Nasional

Bahasa Nasional = Bahasa Nasional

Bahasa Rasmi = Bahasa Malaysia