Tuesday, September 9, 2008

Mahkamah batal kemenangan Kurup di Parlimen Pensiangan



Detik ketika Kurup diumum menang tanpa tanding



Suasana selepas pengumuman bagi pilihan raya kawasan Parlimen

KOTA KINABALU : Mahkamah Pilihan Raya, di sini hari ini memutuskan kemenangan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup (gambar) bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan penghakiman itu dibacakan oleh Hakim David Wong Dak Wah di Mahkamah Tinggi, di sini berikutan petisyen yang dikemukakan oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Danny Anthony Andipai.

Dak Wah dalam penghakiman selama setengah jam berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada dua perkara utama.

Pertama, kata beliau, Pegawai Pengurus Pilihanraya, Bubudan OT Majalu yang juga responden kedua, tidak boleh mengubah keputusan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Rafidah Datu Derin yang mengarahkan supaya kertas pencalonan Danny diterima.

Katanya, arahan Rafidah itu perlu dipatuhi kerana perkara berkenaan adalah mengikut Seksyen 5 Akta Pilihan Raya 1958 dan mesti dipatuhi oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Jelasnya, ini kerana Danny menghantar kertas pencalonannya mengikut masa yang ditetapkan iaitu sebelum pukul 10 pagi dan pegawai tersebut tidak boleh menolaknya.

Beliau berkata, seorang pegawai pengurus pilihan raya harus berlaku adil kepada semua pihak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak selain mesti patuh dengan akta sedia ada.

Kedua, katanya, bantahan terhadap kertas pencalonan Danny yang dikemukakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Ellron Alfred Angin sebagai wakil Kurup, adalah tidak sah mengikut undang-undang.

2 comments:

Anonymous said...

O..ni ka gambar tokoh yang membuat rekod baru di dunia apabila penyokong yang sudah muak dan temuntah dengan sikap YB mereka yang talampau lembik lalu hanya layak dihumban botol air oleh orang kampung he he he

Kenapa Tan sri tu tidak minta tolong YB pelari pecut supaya tidak terkena tumbukan siring dan peluru botol air orang kampung...

Anonymous said...

hahaha..ya bah kan..nejara om notolok kangku dihh... muehehehehe