Petang ahad lalu, hendak duduk lepak-lepak minum kopi. Kebetulan bertembung dengan bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.37 Sook, saudara Paul Gitang. Seorang pemimpin muda generasi baru yang disenangi rakyat di kawasan luar bandar. Cuma mungkin belum sampai masa bagi Paul untuk memegang title Yang Berhormat.
Sudah tentulah jika berjumpa dengan orang-orang politik, cerita pun berkisar dengan kisah politik- dan kemungkinan satu pilihan raya kecil di Pensiangan.Banyaklah cerita antara kami, sesetengahnya boleh dikongsikan dan selebihnya biarlah out of record.
Perbualan kami pada petang di berkisar kepada potensi calon pembangkang untuk Pensiangan. Sejak kebelakangan ini Pensiangan semakin panas dengan berita-berita politik menghangatkan kemungkinan satu pilihanraya. Parlimen Pensiangan melibatkan DUN Sook dan DUN Nabawan.
Namun yang tidak seronoknya ialah betapa kuatnya sentimen kesukuan yang di mainkan oleh Ketua Bahagiannya, Danny Andipai. Seorang bekas penyokong kuat PKR , Rayner F. Udong pernah berkata , beliau amat tersinggung dengan ceramah saudara Danny andipai dalam satu perjumpaan politik dalam pilihanraya yang lalu. Dimana beliau seolah-olah tidak memerlukan sokongan suku Kadazandusun, dan seakan-akan suku Murut tidak boleh berkongsi kuasa dengan suku yang lain.
Rayner, adalah kawan lama saya dalam KDCA, kami sering bertemu dalam majlis-majlis budaya yang dibuat di sekitar negeri Sabah. Menurut Rayner ucapan Danny yang berapi-api dan penuh sentimen itu membuatnya tawar hati dan menolak untuk berucap pada majlis itu.
Berbalik kepada saudara saya Paul Gitang, dia berkata kawasan Pensiangan terdiri dari pelbagai suku kaum Dusun dan Murut. Di Sook , mukim Lanas terdiri dari Dusun Lobou, Minokok dan ramai yang datang dari daerah-daerah lain seperti Tambunan, Penampang, Ranau, Tamparuli. Begitu juga dengan Murut yang terdiri dari Tulid, Paluan, Baukan, Tagol dan suku lainnya. Suku-suku ini sepatutnya diirujuk sebagai KDM, dan tidak seharusnya dipecah-pecahkan.
PKR Pensiangan bergolak dan berebut untuk menjadi calon...
Danny tidak mungkin dapat mengoyahkan kedudukan Barisan Nasional (BN). Hasil tinjauan mendapati Danny hanya popular di sekitar kawasan Pekan Nabawan. Jika beliau bergantung kepada sokongan suku Murut Paluan, yang merupakan golongan minoriti berbanding Murut Tagol, perkiraan beliau adalah silap. Sejak dari mula lagi Danny telah melakukan kesilapan dalam meraihkan penyokong. Harusnya beliau memperkukuhkan perpaduan.
Jika calonnya ialah Datuk Dr.Jeffrey Kitingan, naib Presiden PKR- ini adalah satu pertemuan yang paling dinanti-nantikan di gelanggang politik. Presiden PBRS-BN , Tan Sri Joseph Kurup – dan Dr.Jeff adalah musuh politik. Mungkinkah mereka mempunyai ' jodoh'?
Datuk Ben pun mahu tanding...
Seorang lagi yang dikatakan begitu berminat dengan Pensiangan ialah mantan ahli parlimen, Datuk Bernard Maraat( Datuk Ben) , Ketua Bahagian PBS Liawan ini dikatakan bersedia meletak jawatan bila-bila masa dan meninggalkan segala keistemewaan yang diberikan kerajaan terhadapnya,semata-mata untuk membalas dendam terhadap bekas Presidennya.
Datuk Ben secara terbuka memberitahu seorang kakitangan di Pejabat Unit Kemajuan Rakyat (UPKR) N.37 Sook bahawa beliau akan bertanding bebas. Dikhabarkan beliau telah bertemu dengan Dr.Jeff untuk berunding. Sejauh mana kesahihannya cerita di kedai kopi di Keningau mengatakan, baik Dr.Jeff dan Datuk Ben , mereka masing-masing meminta laluan sesama sendiri. Namun secara umumnya, Datuk Ben adalah seorang opportunis, tidak mempunyai pendirian yang tetap dan perjuangannya kabur. Saya mengenalinya dan bekerja secara profesional sebagai pegawai publisitinya sebelum ini.
Saya menerima khidmat pesanan ringkas dari salah seorang orang kanannya berbunyi “ Buat apa kami mati-mati mahu pergi Pensiangan kalau dalam POIC kami dapat beratus-ratus juta..peluang yang memang tidak ada pada parlimen. Jadi apa kami mahu mati-mati itu Pensiangan,”.tetapi baru-baru ini seorang anggota keluarga beliau mengesahkan Datuk Ben kini sedang bersiap sedia. Tetapi percayalah Datuk Ben tidak akan melakukannya, dia ada agenda...
Bagi saya melihat keadaan rakyat di pedalaman seperti Pensiangan. Mereka tinggal berselerak, berjauhan antara satu dengan yang lain,mereka memerlukan sebuah kerajaan yang berkemampuan. Agenda kerajaan Persekutuan ialah membangun kawasan luar bandar. Daerah Nabawan adalah kawasan dalam Pensiangan yang memerlukan bantuan kerajaan. Mereka perlu dibantu. Anak-anak mereka perlu dibawa ke sekolah,mereka perlu diberi kemahiran lain selain memburu dan bertani untuk kelangsungan hidup dan maruah.
Pada ketika projek projek seperti jalan raya yang baik, sekolah yang bagus, klinik kesihatan , pembangunan tanah untuk meningkatkan ekonomi sedang dalam perjalanan...tergamakkah kita melihat mereka dinafikan untuk mendapatnya? mereka telah ketinggalan selama 30 tahun. Tak caya datang lah ke rumah-rumah panjang di Daerah Kecil Pagalungan. Kerajaan baru yang dijanjikan Anwar Ibrahim biarlah pada pilihan raya ke – 13.
orang-orang pedalaman perlu diberi peluang untuk menikmati Rancangan Malaysia Ke-9 yang telah dirancang untuk mereka, dan pelan perancangan yang baik untuk mereka. Hakikatnya, rakyat di ulu pedalaman menyokong pembangunan yang kini mereka mulai nikmatinya satu persatu. Kami di daerah Kecil Pagalungan tidak lama lagi memiliki sebuah pekan antara sempadan , golongan belia pula akan diberi kursus kemahiran...dan banyak lagi...daerah kami bakal berubah...Itu yang kita fikir pada hari ini , esok itu lain cerita...marilah menyokong sesuatu yang boleh memberi manfaat secara keseluruhannya...
Terima kasih kepada pemimpin yang memberi keutamaan dan mendengar suara hati rakyat. BN umpama saya mendengar dan saya buat, tetapi pembangkang ialah saya dengar dan saya tahu..
salam
2 comments:
Ini artikel yang bagus, boleh tak saya minta izin untuk memasukkan artikel ini dalam blog "Bicara Pensiangan".
boleh ba gaman
Post a Comment