Wednesday, January 28, 2009

Keningau Banjir...





Selepas bencana ribut Greg pada tahun 1996, sekali lagi pedalaman berhadapan dengan ujian Tuhan. Hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi telah menyebabkan beberapa buah kampung terutamanya yang berhampiran dengan tebing sungai adalah yang paling terjejas.

Saya masih ingat pada Oktober lalu, Kg Kuala Puntih dan Kg Mempulut dalam daerah Keningau adalah yang paling teruk. Meskipun tidak ada kemalangan jiwa tetapi harta benda dan tumbuhan dirosakkan oleh banjir itu.

Namun pada 24hb Januari, sekali lagi hujan turun dengan begitu lebat sekali. Hujan itu menyebabkan sembilan buah kampung dilanda banjir. Di Kampung Kuala Puntih sahaja tiga buah rumah hanyut. Rakan saya, Mariam Sakai, pula kehilangan dapur kerana dihanyutkan banjir.

Begitu juga dengan Kampung Kuala Biah, dua buah rumah hanyut.

Dalam bencana itu Kampung Kuala Biah dan Kampung Ansip adalah yang paling terjejas. Kira-kira 400 orang mangsa telah ditempatkan di SK Pekan Dua.Begitu juga dengan di Kampung Kuala Biah, mereka ditempatkan di kilang berhampiran.

Saya sendiri ada bersama dengan Pegawai Daerah , Amat Mohd Yusof memantau keadaan banjir di Kampung Kauran, Kampung Ansip dan Kampung Kuala Biah. Kami tidak dapat pergi ke Kampung Mempulut, Membulu dan Kuala Puntih kerana jalan putus akibat tanah runtuh dan air besar.

No comments: