Monday, April 6, 2009

Biadap Punya Orang

Apabila Perdana Menteri kita yang baru, Datuk Najib Tun Razak mengistiharkan pembebasan tahanan ISA sempena perlantikan beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Satu perkara yang penuh biadap berlaku di Pantai Timur. Mereka membakar bendera Sabah , lambang kewujudan sebuah negeri merdeka yang bernama Sabah.

Dalam kejadian itu seramai lelaki yang mengadakan perhimpunan secara haram dan bertindak membakar bendera Sabah di pekan Lahad Datu. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.40 pagi itu, sekumpulan lelaki yang turut membawa tiga bendera kuning bergambar singa merah.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek yang berumur antara 14 hingga 41 tahun itu ditahan di hadapan perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada pukul 9.35 pagi.

Dalam kejadian itu sebanyak enam bendera Sabah telah dibakar di dua tempat berasingan iaitu di hadapan Pasar Rakyat Lahad Datu dan di depan sebuah pasar raya Milimewa.

Mengikut susualan berita seterusnya, perhimpunan ini dicetuskan oleh seseorang yang mendakwa sebagai keturunan waris sultan Sulu. Apa yang dikesalkan ialah mereka yang terlibat ini adalah warganegara, yang diberi perlindungan oleh kerajaan.

Jika mereka tidak tahu bersyukur berada di negara ini, khususnya di negeri Sabah. Atau mungkin mereka mendapat kad pengenalan diri dengan cara yang salah. Adalah lebih baik hantar mereka pulang ke tempat asal mereka. Atau serahkan mereka kepada ISA.

Jika mereka orang tempatan, nampaknya orang-orang ini tidak mempunyai semangat patriotik.

7 comments:

Anonymous said...

Orang tempatan bah tu...orang Lahad Datu lagi...kenapa juga ko cakap dorang biadap? Salah seorang tu kalu ndak silap setiausaha bahagian ko punya parti lagi...cuba ko pegi periksa..

Anonymous said...

Itu la istimewa di sabah...BILA PTI JADI YB dan PEMERINTAH..apa mau cakap?

Anonymous said...

Suku Sakat PEMIMPIN BEE INN (BN)juga tu..kita tingo lah walaupun pak musa kata biadap tapi dalam hati macam biasa ja...

Anonymous said...

Orang yang bakar bendera tu....memang kebencian orang Lahad Datu...sekarang mogok laparlah plak dalam tahanan pulis....Betul ni..gila bah.

Anonymous said...

sapa suru p bagi tu pti ic??? sekarang apa ko rasa??? oren???

Anonymous said...

Apa juga parti, pembangkang ka, yang membangkang ka, yang memerinta ka...kita harus pertahankan negera dan negeri kita ba...
kalau main tuduh2 tiada asas dan fakta, sama juga masalah tidak selesai.
Bagi saya , orang ini harus dihukum.
Saya tidak menyokong kepada perbuatan biadap.

BB Admin said...

Orang tempatan? Kantut kaulah orang Asli Lahad Datu...Orang yg bakar itu bendera e2 pastilah orang2 yg kena KC e2 Mykad Malaysia bah...Kalau tempat d Pantai Timur ni 50% adalah orang Lokal yg selebihnya 50% tu PTI yg d berikan oleh UMNO/BN Mykad Malaysia itu bah...!!!