ini pula ialah biawak...tak tau pula rasanya...tak berani nak test...
Kalau tak silap ini daging katak...pun tak berani mau cuba...
Saya suka makan itu mangga tuh...
Kotobian Tadau tagazo do kaamatan..saya kira dimana-mana tempat yang ada orang Kadazan, Dusun, Murut dan suku-suku kaumnya sekarang ni sibuk meraikan Pesta Kaamatan. Lagu-lagu Kaamatan yang membuat air mata mengalir atau sebak kerana kita dapat meraikan Pesta Kaamatan, mengingat nenekmoyang kita dulu2 yang telah merintis kepada kehidupan yang lebih baik dan macam-macam la bentuk ' fikiran ' yang membolehkan kita meneruskan kehidupan serta masa depan.
Pesta Kaamatan bagi saya amat bermakna, kerana ia menjadi lambang perpaduan diantara suku kaum di Sabah. Tak kiralah sama ada ia berada dalam rumpun KDM ( Kadazan, Dusun, Murut) atau tidak , kita sama-sama meraikannya. sempena kaamatan juga kita melihat pelbagai etnik KDM yang ditonjolkan sepanjang perayaan , dan pada ketika ini turut diselitkan dengan Sabah Fiest.
Apakah yang menarik dalam Pesta Kaamatan? setiap individu mempunyai pendapatnya sendiri. Ada yang suka kepada budaya, muzik, sukan, makanan, minuman, juga kepada pertandingan Unduk Ngadau. Bagi saya , Kaamatan adalah satu perayaan yang sangat siginfikan bagi masyarakat KDM yang telah berpecah belah kerana perbezaan politik. Perayaan ini membuat kita rasa sebak di dada melihat para pemimpin kita duduk satu meja dan makan minum bersama-sama. Mereka ketawa dan gembira bersama-sama. Menolak perbezaan pendapat masing-masing demi menghormati budaya yang kita warisi dari nenek moyang kita- kita melihatnya disini iaitu di Pesta Kaamatan.
Melalui ruangan ini saya memberi anda melihat koleksi gambar yang saya kutip sempena Pesta Kaamatan di kawasan Daerah Kecil Sook.
Makanan - makanan ini gila bagi diri saya yang mencintai binatang...tetapi di zaman nenek moyang kita dan moyang-moyang mereka...ia bukanlah satu kejutan malahan kebanggaan.
Selamat Menyambut Hari Kaamatan.
rozie
4 comments:
JEMPUT DATANG: http://wwwsabahwatch.blogspot.com/
Makanan orang kampung bah tu. Kalau setakat tupai dan biawak tu pernah ku cuba, Tapi bukan main rebuslah, mahu di goreng juga. Biawak tu pun sepatutnya dkupaslah bah kulitnya dulu. tapi kalau katak saya pun belum pernah cuba.
Org Kampong yg makan2 benda tidak menentu ni bukan kerana apa bah...Mereka tidak mendapatkan makanan dan Ikan yg bagus2 bah tu...Kita nda juga hairanlah....Tetapi kalau orang tu beragama Isilam diorang nda juga makan2 benda yg nda menentu tu bah, Sekalipun d org misikin e2 eh.........
Makanan eksotik...urang duluuu dulu makan ni; umur panjang...jarang kena kanser,darah tinggi...
Post a Comment