" A previous Daily Express investigation into the increasing number of foreigners operating businesses in many parts of the State, including sundry shops, was found due to them entering into arrangements with local women, usually single mothers, whereby they would enter into marriage and operate the business using the spouse's name.
It was also understood that in some cases, the liaison was in name only with the so-called spouse being paid up to RM500 or RM1,000 monthly in return (5hb December 2012, Daily Express).
JIKA kita melihat deretan deretan bangunan kedai di sekitar Kota Kinabalu, bahkan di daerah-daerah di kawasan luar bandar. Kita akan melihat banyak kedai yang diusahakan oleh warga asing dan begitu mudah sekali untuk mengenalinya. Kebiasaannya warga asing dari Pakistan mendominasikan perniagaan perabot, barang runcit, kedai pakaian,kedai muzik (VCD), tekstil , terdapat restoran, peminjam wang (along) dan kedai serbaneka.
Di daerah Keningau banyak kedai perabot diusahakan oleh warga asing dari Pakistan. Mereka menjual barangan tersebut dan mendapat sambutan dari masyarakat disebabkan kemudahan kredit, meskipun bunga yang dikenakan berganda. Sementara pekerja mereka adalah dari kalangan anak-anak generasi Pendatang Tanpa Izin (PATI).
Ada satu ketika, ketika saya berada di sebuah kedai buku. Seorang warga asing Pakistan membuat salinan lesen kontraktor atas nama orang tempatan dari Tenom. Katanya lesen itu adalah atas nama isterinya. Namun yang mengusahakan perniagaan kontrak itu adalah beliau.
Begitu juga di daerah pedalaman seorang warga asing menjadi mewah disebabkan perniagaan menghasilkan karaoke lagu-lagu tempatan. Kebanyakan artis membuat rakaman dan menerbitkan karaoke melaluinya. Hasilnya, artis tempatan hanya mendapat imbuhan yang sangat sedikit meskipun jualan album mereka laris sehingga ke sempadan Indonesia.
Begitu mudahnya warga asing ini memperoleh akses untuk berniaga di Sabah, Malaysia.
Saya pernah ke Miri , Sarawak beberapa tahun yang lalu. Saya mendapati betapa sukarnya melihat kedai-kedai yang diusahakan oleh warga asing. Menjawab pertanyaan dan persoalan saya, kawan seorang Proffesor di UMS yang saya temui semasa percutian itu mengatakan Majlis Tempatan Miri mengutamakan orang tempatan berniaga. Bahkan mengawal ketat perniagaan yang dipohon oleh orang asing. Kesan dari kawalan itu dilihat kebanyakan perniagaan di Miri diusahakan oleh orang tempatan dan kaum Cina.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Daily Express melalui petikan yang saya ambil diatas. Saya mengakui kebenaran fakta tersebut.
Beberapa tahun yang lalu seorang warga asing dari Pakistan yang berusia 36 tahun pada ketika itu, telah 'berkahwin' dengan seorang janda yang berusia 48 tahun. Meskipun telah berkahwin dengan perempuan itu beliau tidak tinggal dengan 'isteri'nya. Sebaliknya beliau bersama kawan-kawan sebangsa dan senegaranya menyewa sebuah rumah , dimana ditempat itulah mereka berkumpul dan merehatkan diri.
Saya tanya kepada beliau bagaimana begitu mudahnya menjalankan perniagaan di Sabah. Beliau memberitahu sebelum mereka ke Sabah atau Malaysia. Rakan mereka di Sabah akan cuba mengaturkan 'perkahwinan' dengan orang tempatan. Dan diakhir proses itu akan dikeluarkan surat nikah yang sah. Setelah itu orang asing ini akan menjalankan perniagaan menggunakan nama orang tempatan. 'Isteri' ini akan dibayar gaji atau imbuhan secara bulanan.
"Meskipun saya berkahwin dengan orang tempatan, saya akan tetap kahwin dengan bangsa saya, saya mahu melihat anak saya dengan rupa paras saya," begitulah orang ini pernah katakan kepada saya.
Begitu murahnya orang tempatan kita yang mudah terpengaruh dengan kebendaan yang akhirnya menjadi kudis di negeri kita. Kehadiran warga asing ini semakin menjadi-jadi dan ada yang mendapat ic palsu, bagi memudahkan mereka 'menindas'.
Saya dan seorang rakan pernah menghalau seorang warga asing yang cuba menggunakan kad pengenalan (mungkin palsu/mungkin sah) yang pastinya beliau bukan orang tempatan. Orang ini cuba membuat permohonan BR1M dan ditolak oleh lembaga hasil. Kebetulan kami berada di sebuah restoran berhadapan dengan pintu pendaftaran BR1M. Orang asing ini marah marah dan menunjukkan kad pengenalannya.
Kami memanggilnya dan melihat kad pengenalannya.
" Saya ada kad pengenalan, saya layak membuat permohonan tetapi saya ditolak, apalah juga hanya RM500, tidak boleh membawa isteri saya di Pakistan dengan tambang RM15 ribu,". Kami memarahi warga asing itu dan menghalaunya dari berhampiran dengan pejabat lembaga hasil.
Semoga orang tempatan yang menyokong orang asing (manipulasi nama tempatan untuk berniaga secara sah) mendapat keinsafan dari tragedi yang menimpa Mendiang Norikoh Saliwa dari Kota Marudu, seorang remaja periang yang ditamatkan nyawanya dengan penuh kekejaman.
Semoga kematian Norikoh Saliwa mendapat pembelaan dan keadilan untuk dirinya ditegakkan.
sekian