Saturday, December 15, 2012

Pairin dapat mandat lagi terajui TNGC sehingga 2014


SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AJK TNGC 2010-2012 ATAS JASA DAN SUMBANGAN

TAMBUNAN : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendapat mandat sekali lagi menerajui Kelab Golf Tambunan dalam  Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-6 disini. Pairin yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah  menang tanpa tanding bagi jawatan Presiden. Turut kembali ke jawatan lama  tanpa tanding ialah Justin Alip selaku Timbalan Presiden, Datuk Daniel Kinsik (Naib Presiden), Thomas Anggor (Setiausaha Kehormat), Pius Amir (Bendahari) dan Jairim Jamileh (Kapten).

Turut dipilih menerajui Kelab Golf Tambunan sesi 2012-2014 ialah Jupirin Kojiun (Setiausaha Golf) manakala Ahli Jawatan kuasa ialah Nelson Datuk Kitingan, Dr. Juanis Yajuni, Hermes Amir, James Kadau dan Julian Gugau.

Kelihatan dalam gambar, Presiden TNGC Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memberikan sijil penghargaan kepada Timbalan Presiden, Justin Alip bagi menghargai sumbangan yang diberikan bagi sesi yang lepas.

No comments: