Tuesday, May 20, 2008

Bersatulah demi kemajuan Dayak

Mawan seru masyarakat Dayak berganding bahu perjuang nasib bangsa

SIBU: Masyarakat Dayak perlu memberi keutamaan kepada aspek perpaduan dalam menongkah arus pembangunan yang penuh dengan pancaroba.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan Ikom berkata, melalui semangat bersatu padu masyarakat Dayak dapat melupakan segala isu berbangkit sama ada dari segi politik mahupun pembangunan.

“Sejajar dengan perubahan zaman, masyarakat Dayak harus bijak, praktikal dan berpengetahuan dalam isu-isu politik dan pembangunan supaya kita dapat mencari peluang yang mampu membawa kemakmuran terutamanya dari segi ekonomi dan infrastruktur,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Penghulu Juni Masam, Nanga Jagau, Sungai Ngemah, Kanowit kel- marin.

Menurut Mawan, ma- syarakat Dayak juga harus berusaha untuk mengelak daripada bercanggah pen- dapat sesama sendiri, se- baliknya berganding bahu memperjuangkan nasib bangsa.

“Kalau kita tengok masya-rakat lain, mereka kini mula bergerak seiringan untuk merebut peluang yang tercetus daripada pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Selain itu, mereka juga bekerjasama di antara satu sama lain untuk mencapai Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah masyarakat yang maju,” ujar beliau.

Justeru, Mawan yang juga Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menasihatkan penduduk di sekitar Skim Penempatan Semula Nanga Jagau supaya mengambil iktibar daripada segala penderitaan dan kesusahan yang dihadapi mereka semasa zaman komunis.

“Penduduk di sini (Nanga Jagau) perlu berusaha dan mencari jalan untuk merebut segala peluang yang dibawa melalui pembangunan supaya kehidupan mereka lebih baik pada masa hadapan,” tegas-nya.

Pada majlis tersebut, Mawan turut menyerahkan geran sebanyak RM25,000 kepada Jawatankuasa Ke- majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Skim Penempatan Semula Nanga Jagau untuk kegunaan mereka membeli tanah per-kuburan.

Untuk rekod, Skim Penempatan Semula Nanga Jagau yang ditubuhkan lebih tiga dekad lalu menempatkan kira-kira 21 buah rumah panjang dan mempunyai 250 pintu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Kanowit Aaron Dagang, Ahli Dewan Undangan Ne-geri Ngemah Gabriel Adit Demong dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Paul Igai.

No comments: