Monday, December 1, 2008
aduhai kerana kemiskinan...
rumah yang bakal digantikan dengan bantuan kerajaan melalui PPRT
Aduduh... kerana kemiskinan manusia sanggup buat apa sahaja biarpun terhadap indung sendiri. Saya merasa amat terkesan dengan satu berita di Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai seorang pekerja asing di Selatan China membuang mayat ibunya ke sungai. Wanita malang itu dikatakan sering sakit dan tinggal bersama anaknya. Kerana kemiskinan , anak lelakinya tidak mampu membuat upacara pengkebumian. Akibat terdesak beliau telah memuatkan mayat ibunya ke dalam karung dan diikat lalu dibuang ke sungai.
bagaimanapun perbuatan si anak itu dikesan oleh pihak polis.
Perbuatan ini sungguh tidak berperikemanusian. Tetapi saya percaya ini adalah desakan kehidupan dalam dunia yang semakin melebarkan jurang antara orang kaya dan miskin.
Tidak perlu pergi ke negara Barat , di negara kita sendiri ramai orang tinggal di bawah jambatan, atas bangunan , taman-taman, menjadi pengemis, bahkan mendiami rumah-rumah terbiar dan terbengkalai di sekitar perbandaran.
kita di Sabah sangat beruntung kerana kerajaan membantu dan memberi peluang kepada kita. Bahkan anak-anak yang kurang berkemampuan diberikan wang amanah oleh kerajaan, diberi pakaian seragam, dan segala macam bantuan diberikan terhadap adik-adik kita. Yang pastinya bantuan-bantuan ini diberikan agar generasi bijak pandai atau mahu melahirkan generasi yang berminda kelas pertama.
Pendidikan adalah kunci kepada pembasmian kemiskinan. Saya sangat percaya dan yakin inilah jawabannya. Keduanya ialah, orang-orang kampung misalnya harus mengubah pemikiran untuk mahu maju. Orang Dusun bilang, kalau iri om iri ingga nunu-nunu...( Kalau begini saja tidak akan ada apa-apa).
Kenapa ramai di kalangan bangsa kita masih miskin? Maksud disini miskin ialah kurang pendapatan. Cubalah kamu pergi Pensiangan, mereka kaya dengan sumber makanan, ikan-ikan yang besar-besar, binatang-binatang buruan, nasi-nasi dari padi bukit...tidakkah kita kenyang kena kasi makannnnnnnnn saja. Masa aramai ti pun banyakkkkkkkkk pusas dia...
Kita kurang pendapatan kerana kita tidak pernah mahu berubah. Tanah sahaja luas berekar-ekar tapi yang dimajukan hanya yang di siring-siring rumah. asal dapat makan. Kemiskinan akan dapat diatasi jika semua masyarakat berganding bahu. libatkan NGO juga agar mengertilah orang-orang kampung ini , kebanyakan mereka di Pensiangan adalah buta huruf dan ada yang tidak pandai berbahasa Malaysia...Pensiangan onsoi..
saya yakin kerajaan sekarang begitu serius membangunkan Sabah terutamanya di luar bandar. Seperti Pensiangan , nampak2nya sedang mendapat perhatian dan Menteri2 dari KL pun berdatangan mahu melihat sejauh mana kehebatan ' kemiskinan tegar' di Pensiangan.
Terima kasih kepada mereka yang sentiasa berusaha membangun dan memajukan bangsa dan negeri kita Sabah.
salam hormat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Urang kita di Pensiangan dan dimana-mana kawasan di Sabah ni sebenarnya kalu diberi peluang, penerangan dan tunjuk ajar saya pasti mereka bole berubah. Jangan kerana Pensiangan bakal menghadapi Pilihanraya Kecil baru mendapat perhatian daripada menteri-menteri pusat. Perhatian dan tindakan haruslah berterusan memastikan Pensiangan terus menikmati pembangunan seiring dengan daerah lain di Sabah. Satu-satunya sektor yang saya nampak dapat membantu menaikkan taraf hidup rakyat di Pensiangan ialah Pelancongan.
saya bersetuju dengan pendapat anda. Namun banyak peluang yang boleh membantu rakyat Pensiangan untuk maju.
antaranya bidang pertanian. tetapi selagi kita tidak ada jalan raya yang baik, selagi itulah sukar untuk memasarkannya.
saya berpendapat sebuah pusat atau kawasan perniagaan antara sempadan diwujudkan di Pensiangan. Cadangan itu boleh mungkin di Pagalungan yang hanya memakan masa beberapa minit ke sempadan Indonesia.
ia adalah satu keunikan bagi kawasan ulu pedalaman, seperti Tawau-Nunukan.
salam...di ruangan ini sa mau berkongsi pengalaman pahit sebagai penduduk pensiangan..saya tinggal hampir2 bersblhn dengan indon.klu naik bot 2 30 minit kta ble smpi sda d indon,labang..kami muskyil akan peranan kerajaan pemrnth negeri sekarang..klu dlu jika dibandingkan taraf khdpn kami adalah lebih baik dr sekarang..apa tidaknya dlu hutan masih tebal dan byk sumber bleh didapati darinya,,,
setelah itu..kompeni2 masuk membalak sesuka hati dikwsn kg ..mrka buat sesuka hati mcm bapa datuk diorg pya tmpt. masih segar diingatan bila urg kg bt blocking,,apalagi masuklah ASKAR y kononya menjaga sempadan ..mereka menakut2kan urg kg dgn mlepaskan tembakn dan membelasah..kami urg miskin pun tidak bleh buat apa22.dgr2 itu adlh krn arahan KM...sekarang hutan kami sudah dirakusdirogol..dan tinggallah kami menerima kesannya..help222
hai Pattrush...sebenarnya banyak perkara yang telah membuat kita lupa sebenarnya, kerajaan tidak pernah melayan kita seperti anak tiri. Kenapa monyet diberikan tanah atau hutan untuk tempat tinggal? kerana monyet atau binatang tidak tahu menjual tanah...berbanding dengan manusia. kita dikelilingi oleh manusia-manusia bejat yang mengambil kesempatan diatas pengetahuan kita yang lemah, maka sebab itulah kenapa pembalakan haram berlaku. kita ingat ianya adalah dari kerajaan padahal...ia dilakukan oleh orang2 kampung kita sendiri...mereka menuduh kerajaan yang buat...saya tahu Pensiangan..
klo kjn mmg comitment..npe x ambil tind kpd manusia2 bejat trsbt..mcmna pla kyu ble lpas sdgkn d jln bndr2 ada jbtn phtnn y chck kunun sbl smpi klg..npa pla kwsn kmi dianggap htn simpan,sdgkn nenek moyang kmi lbh tggl sbl wjdnya.. kjn m'sia lg.klu la dorg ble fkir.itu adalah tnh NCR..tgok skg tnh urg bumiputra.makin xda..apa gnanya akta 68,ordinan sabah.psal mntri2 dr smnjung 2..jan araplah..masa p/rya sja mau p tgok..taktik busuk la 2 gman.bg jnji manis y mengkhyalkn.sa cdgknlah..kpd kjn..klu x mampu bantu rkyt..baik letak jwtn..
dan satu lg..knp urg kg jl tnh..sbb mau mkn..mau dpt dt utk antar ank2 p sikul..salah siapa..??klo la kjn ada btl2 hati utk membantu...kan sumber kyu blk ble..lebih dr memajukan rkyt pensiangn..
Sememangnya membangunkan pensiangan perlu meliputi semua prasarana asas sektor khususnya pembangunan modal insan dan pertanian yang berterusan bukan hanya dengan ketibaan pilihan raya sahaja..pa yg sering berlaku ialah timbul tengalam selama ini..kwsn yang kaya dengan hasil hutan satu ketika dulu telah dimanipulasikan oleh pihak byk merugikan penduduk kg..n lagi kwsn tanah kini kebanyakan dimiliki oleh org luar seperti syarikat besar berpangkalan di semenanjung dan sbgainya..satu lagi perwataan FMU..Bukan tidak bole maju org2 kat sini lihat saje rata2 org2 sni pun rajin2 n telah bepengalaman luas jga tpi nak bt pa tanah yg luas saje tapi bukannya milik mereka..Berilah pembangunan ekonomi berinpak tinggi tentu saje org2 sna akan berdaya maju..dan pastinya tidak lupa akan budi,amanah,tanggungjawab mereka yg berkorban utk tujuan itu..Tidak kira sapa mereka ini..
Post a Comment