Tuesday, December 23, 2008

Di Pagalungan baru-baru ini ...





Baru-baru ini saya ke Kg Silungai, Daerah Kecil Pagalungan. Untuk ke kampung ini kita akan menaiki bot setiba di Kg Salong. Hanya mengambil masa 30-40 minit untuk tiba ke kampung itu. Memang cantik-cantik pemandangan di sepanjang perjalanan menaiki bot. macam-macam kita boleh lihat.
pemandangan rumah-rumah panjang, kuburan yang unik dan cantik, anak-anak sedang memancing, mandi manda di gigi air, melihat bot-bot yang sibuk di Sungai Loggongon dan macam-macam.
sebenarnya saya mempunyai hubungan yang erat dengan penduduk di kampung Silungai. Saya merasa sendiri apabila ke kampung ini seolah-olah seperti pulang kampung. orang-orangnya dari kanak-kanak sehinggalah yang tua-tua begitu peramah, menghormati tetamu dan melayan kita dengan baik.
banyak kenangan yang baik-baik belaka di kampung ini. dalam diam-diam juga saya banyak memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada golongan wanita. saya nasihatkan mereka agar terus membuat kraftangan dan belajar sesuatu yang baru demi manfaat mereka sendiri. adakalanya saya bawa kain sarung untuk mereka. beri kepada mereka. mereka bukannya miskin tetapi peluang untuk ke bandar-bandar atau pekan hanyalah untuk sesuatu yang sangat mustahak.
dalam pada itu saya mendapat kejutan pula. rumah yang selalu saya tumpang tidur, yang saya buat seperti rumah sendiri :> saya jika menumpang rehat di rumah itu, sebuah rumah PPRT tetapi cantik buatannya. Saya disuruh buat seperti rumah sendiri. maka saya bebas memasak dan buat minuman sendiri. kadang-kadang saya subuk juga sama ada kawan saya ini ada buat jeruk (pekasam) ka tida di almari dapurnya.
kejutan yang saya maksudkan ialah , isteri kepada pemilik rumah ini iaitu Puan Neon Anduyau, yang juga kawan saya, anak-anak mereka juga rapat dengan saya...diberi nama timangan rozie...wahh...bukan alang2 lah ingatan yang mereka berikan ini kepada saya...saya rasa siok pula...dan bila saya pulang ke Keningau...saya diberikan jeruk ikan.
sememangnya dalam kesederhanaan saya ini,saya sering menyedarkan diri sendiri, bahawa tidak ada untungnya bersikap sombong. saya sudah biasa dengan masyarakat luar bandar dan memahami mereka. saya kadangkala merasa kesian dan simpati kepada anak-anak muda yang masuk ke kampung , kerana mahu menunjukkan mereka ini sebagai orang senang atau anak-anak di bandar, banyaklah pantang yang mereka yang membuat orang malas mahu layan.
jika kita tidak berminat tentang sesuatu apabila berada di kampung. misalnya makanan, kita boleh menolaknya dengan cara yang baik. jangan buat muka kerana masyarakat di luar bandar kebanyakan sensitif jiwanya. saya pernah dihidangkan dengan sup ular tetapi saya katakan yang keturunan kami tidak memakan binatang itu. saya berterus terang kepada mereka. begitu juga dengan hidangan kelawar saya katakan saya tidak biasa maka saya tidak makan.
ini adalah tip saya untuk kalian pada kali ini. Tapi kalau kamu berpeluang untuk ke Pagalungan atau Pensiangan, yang penting jaga kelakuan, jaga tutur kata kerana tidak semestinya mereka berada terpencil disini mereka tidak up to date.

Selamat Hari Natal dan Tahun Baru. Semoga sukses...

6 comments:

KADAYAN BANTING said...

Tip yang rozie berikan itu amat berguna. Kalau tiada aral melintang kadayan banting pun akan ke Pegalungan pertengahan bulan Januari 2009 ini nanti dan mungkin terus ke Pensiangan nak lihat-lihat keadaan di sana.

Unknown said...

haha siok ka d silungai..tp urg area sana mcm kurang senang la dgn skp durg politikus ini.dr dulu d silungai sja durg lwt2..abis semua peruntukn pun silgai ja y dpt lebih..bkn apa, tp kecik ati ckit2.kureng2 p la tgok2 kg lain.ne x....dr zmn bernard trus c kurup..silungai la kg dorg..mcm 2.kang kitorg kg lain pakat2 undi pembangkang baru tau..!!

Anonymous said...

merry christmas!!

onsoi said...

Hahaha..siok ba tu d silgai kn...Bukan pa lerr..urg silgai bebaik kot..n pelukan bantun sewajarnya..
kena la byk sikit kaje bawa mana2 urg2 yang dpt memberikan manfaat kpd urg2 kg..tidak kira sapa lerr.

Rozie Jumat said...

tak betul Kurup pergi di Silungai saja. Saya pernah ikut dia pergi Buntulon, Bantul, Pagalungan, Sasandukon, Saliku dan macam2 nama tempat. Dia tidur sana.Kena kasi minum tapai dan makan jeruk lagi.
Bagi saya kalau saya pergi mana-mana di Mukim Pegalungan dan Mukim Pensiangan macam pula pulang kampung. Selalu dekat di hati. orang-orang dia peramah dan bagus2 belaka.

TUMPARAK TINAMPASI said...

Oh.. sinilah destinasi seterusnya. Harap2 semuanya baik2 saja.