KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan warta kerajaan berhubung Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 bagi membatalkan warta yang dikeluarkan pada 16 Feb lepas berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan bahan agama Kristian.Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, perintah berkenaan berkuatkuasa 2 Mac 2009.Dengan adanya perintah itu, maka Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 [P.U.(A)62/2009] yang disiarkan dalam Warta pada 16 Feb 2009 dibatalkan.Warta 16 Feb itu yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyebut bahawa penerbitan bahan agama Kristian dilarang menggunakan perkataan "Allah" melainkan jika di kulit muka depan penerbitan itu ditulis dengan terang perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".-- BERNAMA
- Kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana Dia tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Saya percaya jika kita tidak dibenarkan menggunakan perkataan Allah, maka umat Kristian di negara ini merasa tidak ada keadilan, sedang kita menggunakan bahasa yang sama.
Jika kita tidak dibenar guna perkataan dalam bahasa Malaysia merujuk kepada Tuhan yang kita sembah. Maka ada lebih baiknya kita guna bahasa English. Maksud saya, kita akan guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.
Semoga para pemimpin yang seagama dengan saya memperjuangkan nasib agamanya. kita bersyukur kerana dapat mengamalkan agama kita di negara ini.
Dalam Rukun Negara, "Kepercayaan kepada Tuhan" adalah merupakan baris pertama, dan bagi saya itu berkaitan dengan hak dan kebebasan untuk menjalankan kepercayaan masing-masing.
Seperti mana kita menghormati agama orang lain, begitu juga saya dan mungkin umat Kristian di negara ini mahu dihormati.
salam
No comments:
Post a Comment