Thursday, March 28, 2013

TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH ; PROFESOR



ROZIE JUMAT/BERNAMA 7/3/2013

KOTA KINABALU :  Sebarang tuntutan  ke atas Negeri Sabah adalah terbatal dengan Pembentukan Malaysia pada tahun 1963, tindakan Jamarul Kiram III menyerang Sabah dengan alasan tuntutan terhadap warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah dan serangan pengganas.
Profesor Madya Dr.Bilcher Bala dari Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, tarikh penubuhan Malaysia 1963 menghapuskan  sebarang tuntutan ke atas Sabah.  Dimana pada tahun 1888, Sabah dibawah protectorate kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan USA di Filipina tanpa Sabah. Pada tahun  1946 Sabah diserahkan kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah dalam Malaysia.
Mengenai bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, katanya  ia adalah cuma pampasan atau saguhati perjanjian sewa mati 1787 yang tertulis Lease permanent. Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian ‘selagi ada bulan dan bintang’)
Jika dikaitkan dengan sejarah kata Prof. Dr Bilcher,  Penduduk Sabah telah memilih Malaysia melalui Laporan Cobbold.
“ Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang sabah tidak mengakui mereka ada sultan melainkan gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama ) dan  Yang dipertuan Agung sejak tahun 1882 sehingga kini.
Justeru tuntutan yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan Sulu, jika ada sultan pun, ke atas Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian seperti yang disebut jelas beliau.
“Hakikatnya, Sulu tidak ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan "ada hak" untuk membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah memperalatkan orang ramai untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri,” kata Prof Madya Dr.Bilcher.
Oleh itu kata Prof.Dr Bilcher , tindakan menyerang negara luar adalah  jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia.
“Melainkan jika individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah dibawah ISA yang berat setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas (terrorist),” ujarnya.
 Tamat 

No comments: