Thursday, April 24, 2008
TOLONG BANTU ORANG KURANG SIUMAN
Amelia menyerahkan sumbangan Pergerakan Wanita Umno kepada para penerima
Keningau : Tindakan harus dibuat segera bagi membantu mana-mana individu yang dikategorikan sebagai kurang siuman atau mereka yang menghadapi tekanan jiwa. Oleh itu peranan pihak keluarga dan masyarakat adalah amat penting dari mengelak sebarang kecelakaan berlaku yang dikaitkan dengan golongan ini.
Ketua Pergerakan Wanita Umno P.180 Keningau, Amelia Ajun berkata, dua kemalangan berasingan yang membabitkan kematian dua individu kurang siuman baru-baru ini adalah disebabkan kurangnya perhatian dari semua pihak.
“ Individu yang dikenalpasti sebagai pesakit kurang siuman ini seharusnya dirujuk kepada pihak berkenaan untuk dirawat, dan mereka ( kurang siuman) seharusnya tidak dibiarkan bebas bergerak kesana sini demi keselamatan ,” kata Amelia.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada tiga cawangan pergerakan UMNO Keningau berupa peralatan dapur dan pemain DVD kepada cawangan Kg.Agudon, Kg. Bingkor Baru dan Kg.Masak di perkarangan Pejabat UMNO disini.
Katanya beliau dan pergerakan wanita Umno Keningau amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa seorang mangsa perempuan patut membuka mata semua pihak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut Amelia masih terdapat beberapa individu yang dikenal pasti sebagai kurang siuman berkeliaran di sekitar pekan Keningau.
Turut hadir di majlis itu ialah Naib Ketua Wanita, Rainah Juanis.
Keluarga terdekat juga perlu memainkan peranan mereka untuk membawa atau merujuk kepada pihak yang berkaitan jika mendapati sebarang kelakuan aneh dalam anggota keluarga mereka.
“ Jika dikesan awal tidak mustahil individu seumpama ini dapat dirawat, jika ia berlarutan , masalah itu tidak akan mampu dikawal dan adakalanya ada individu yang kurang siuman berhadapan dengan pelbagai masalah dan risiko,” ujar Amelia.
Dalam pada itu Amelia juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli – ahli wanita UMNO di P.180 yang telah bertungkus lumus berkempen pada pilihan raya yang lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment