Wednesday, April 30, 2008

Ketua Menteri beri perutusan


KOTA KINABALU: Semua wakil rakyat Barisan Nasi-onal (BN) di negeri ini diminta supaya mengurangkan berpolitik sebaliknya memberi tumpuan lebih kepada usaha menjayakan program-program pembangunan ne-geri ini dan rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman. Beliau berkata, ini bagi memastikan segala program yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesem-bilan (RMK-9) dapat dilaksanakan dan dinikmati rakyat secepat mungkin.

“Kita hargai seruan Per-dana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Masa ini adalah masa untuk kita bekerja. Kurangkan ber-politik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undang-an Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata: “Sekarang ini adalah masa kita untuk melaksanakan program-program yang telah kita rancang selama ini khususnya dalam RMK-9 dan juga dalam Koridor Pem-bangunan Sabah (SDC)”. Sehubungan itu beliau berharap semua wakil rakyat dan ahli-ahli politik di negeri ini menumpukan masa untuk melaksanakan program-program pembangunan agar dapat dilaksanakan secepat mung-kin.

“Wakil-wakil rakyat harus memberi tumpuan kepada program-program pembangunan agar dapat dilaksanakan sece-pat yang boleh dan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai arahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta semua bahagian Umno menghentikan tindakan mengadakan mesyuarat ter-gempar untuk mendesak peralihan kuasa dalam parti dilaksanakan sebelum Disember ini. Presiden Umno itu berkata, adalah lebih baik tindakan itu tidak dilakukan kerana pucuk pimpinan sudah pun memahami kehendak dan pandangan akar umbi terhadap kerajaan.

Badawi dipetik sebagai berkata: “Apa yang rakyat ma-hu ialah supaya kita tumpukan kepada hal berkaitan kepentingan rakyat dengan tenaga yang ada pada kita.

“Rakyat sokong kita sebab kita ada program-program yang akan kita laksanakan, kalau kita tidak laksanakan, parti kuat macam mana pun rakyat tidak akan terima, jadi janji kita kepada rakyat mesti ditunaikan,” katanya.

Terdahulu itu, kesemua 60 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Adun) termasuk satu-satunya wakil pembangkang daripada DAP mengangkat sumpah sebagai anggota De-wan Undangan Negeri Sabah, di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Juhar Mahirud-din. Majlis angkat sumpah itu yang bermula jam 10 pagi didahului oleh Ketua Menteri Sabah diikuti tiga timbalannya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Upacara itu kemudian diikuti oleh menteri-menteri kabinet Sabah dan pembantu-pembantu menteri serta anggota dewan yang lain yang diakhiri oleh Adun Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Barisan Nasional (BN) Sabah memenangi 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 daripada 25 kawasan Parlimen.

No comments: