Sunday, April 27, 2008
Pemimpin BN Sabah tidak mudah diperalat
Nabawan : Wakil-wakil raykat Barisan Nasional (BN) tidak mungkin membiarkan diri mereka diperalat demi cita-cita dan kepentingan poliltik pihak lain, kerana perbuatan itu bukan sahaja mengkhianati mandat rakyat juga menafikan kepercayaan yang diberikan pada pilihan raya umum ke – 12 baru baru ini.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata, sebagai wakil rakyat para pemimpin BN mempunyai tanggungjawab besar untuk memelihara dan memegang amanah rakyat.
Katanya, dalam saat-saat dimana kesetiaan BN Sabah diuji , (BN) akan terus bersatu. Sambil menganggap perbuatan melompat ke parti pembangkang adalah perbuatan tikam dari belakang dan merupakan dosa. Pada ketika rakan komponen dalam BN sedang menghadapi masalah dalam rumah mereka kata Kurup, mereka akan terus bersatu dan saling memberi sokongan teguh antara satu dengan lain.
“ Soal prinsip adalah perkara yang paling asas mengapa wakil-wakil rakyat BN tidak semudahnya termakan kelicikan yang giat dimainkan oleh parti pembangkang untuk mempengaruhi wakil-wakil rakyat BN, kami mempunyai prinsip, berpendirian teguh dan setia bersama BN,” kata Kurup. Beliau berkata demikian di Majlis Bersama Pemimpin Gereja di Dewan Imanuel Gereja SIB disini.
Kurup yang merupakan seorang peguam berkata, sebarang ‘umpan’ yang ditabur oleh pihak pembangkang bagi merealisasikan usaha mereka ( Pembangkang) untuk memastikan mereka dapat berkuasa tidak akan ‘dimakan’ oleh wakil-wakil rakyat BN, bahkan mereka ( BN Sabah ) tidak akan sanggup berbuat demikian.
“Perkara yang diheboh-hebohkan sekarang kononnya pembangkang akan mengambil alih kerajaan tidak mungkin akan berlaku, kami dalam BN tidak akan terpengaruh,” kata Kurup.
Menurut Kurup semua pihak harus menghormati rakyat. Beliau mengulas dakwaan pembangkang melalui Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu baru-baru ini dimana Pakatan Rakyat bakal mengambil alih pentadbiran Negara selewat-lewatnya September ini.
Sejarah harus menjadi ingatan dan rujukan melihat kepada kegagalan kerajaan PBS satu ketika waktu dahulu yang akhirnya kembali kepangkuan BN setelah sedar hanya BN yang mampu membawa kemajuan dan pembangunan kata Kurup. Oleh itu kata Kurup , empat buah negeri yang ditawan Pakatan Rakyat tidak akan mampu bertahan lama , dan akhirnya akan kembali kepada BN.
“ Soal mengujudkan undang-undang anti lompat itu tidak perlu kerana ia adalah soal prinsip. Bagi PBRS kami tetap setia bersama BN, kerana kami mahukan penghormatan bagi bangsa kami KadazandusunMurut(KDM),” kata Kurup.
Menurut Kurup yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri , pemimpin atau wakil rakyat di Sabah harus ingat maruah mereka telah terjejas dan tercalar kerana perbuatan melompat yang telah terpahat dalam sejarah.
Oleh itu kata Kurup sinonim itu harus dihapuskan demi mengembalika martabat dan maruah ahli-ahli politik di negeri ii.
Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron Angin yang juga merupakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar , Setiausaha Sulit Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Razali Tan Sri Suffian dan Ketua Bahagian PBRS Nabawan, Paul Yambak.
Kata Kurup yang juga merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, PBRS akan terus berjuang untuk memajukan rakyat khususnya masyarakat KDM dan menganggap parti itu adalah tiang kepada KDM.
Di majlis itu PBRS menerima 103 ahli baru dari cawangan Kg Ranau-Ranau yang diketuai oleh Ampalus Robert.
“ Kita akan meneliti dan menyelesaikan masalah rakyat seperti tanah yang bukan sahaja berlaku di Nabawan tetapi di Sook,” kata Kurup, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan.
Sehubungan dengan itu kata Kurup, rakyat harus berkerjasama dengan kerajaan terutamanya berkaitan dengan masalah tanah.
“ Saya sangat sedih dan kecewa apabila disaat kita berusaha membantu menangani masalah tanah rakyat, terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mengumpul borang permohonan tanah rakyat lalu dijual kepada pihak lain seperti syarikat, masalah ini berlaku di Pensiangan,
Sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merosakkan usaha yang dilakukan oleh wakil rakyat.
“ Akhirnya rakyat mempersalahkan pemimpin yang begitu setia dan lebih suka mendengar dakyah pembangkang yang tidak memberi gambaran yang tepat dan benar,” kata Kurup. Di majlis itu Kurup juga berjanji akan memastikan rakyat di Pensiangan tidak akan ketinggalan dalam kemajuan dan pembangunan di luar Bandar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hai,
rembember me, iam Nabila Abdullah first time i see time ceramah dato Anwar Ibrahim. nice 2 meet u, u can visit my blog www.nabilahabdullah.multiply.com and www.sabah-kita.net
Post a Comment