Wednesday, April 30, 2008

Sokong Usaha Julang Industri Muzik Iban

MIRI: Karyawan muzik Iban yang terdiri daripada penya-nyi dan komposer lagu perlu meningkatkan usaha dan ko-mitmen bagi menghasilkan produk berkualiti seterusnya memartabatkan industri muzik Iban di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, berbanding dulu muzik Iban kini semakin berkembang dan kian mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat serta tidak lagi terhad kepada kaum Iban sahaja.

“Industri muzik Iban mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh.

“Apa yang penting, mereka yang terlibat dalam bidang ini harus bersungguh-sungguh dan komited untuk menghasilkan lagu yang berkualiti,” katanya berucap merasmikan Anugerah Juara Lagu Terbilang Iban Ke-4 (AJLTI) 95.7fm anjuran Kelab Rekreasi Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri di Stadium Tertutup Miri malam kelmarin.

Katanya, industri muzik Iban kini tidak boleh lagi dipandang rendah kerana ia mampu memberi pulangan menguntungkan jika diusaha-kan dengan cara yang betul dan serius.

“Jika dulu, karier sebagai penyanyi Iban tidak menjamin masa depan, namun keadaan kini telah berubah.

“Penyanyi atau komposer sekarang mampu meraih pendapatan lumayan hasil jualan lirik dan lagu yang ber-kualiti,”ujarnya.

Dalam pada itu Jabu mencadangkan kepada syarikat-syarikat rakaman agar sama-sama memainkan peranan dalam mempromosi dan mengetengahkan muzik Iban ke pasaran luar.

Tegasnya, walaupun lagu-lagu Iban amat popular dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat di Sarawak, namun ia tidak mendapat sambutan di luar kerana kurangnya promosi oleh syarikat rakaman.

“Justeru saya menyeru kepada syarikat rakaman agar membantu dengan menyumbang dana dalam mempromosikan lagu-lagu Iban.

“Setakat ini mereka tidak menunjukkan minat untuk membantu artis sedangkan artis yang terlibat bernaung di bawah syarikat rakaman yang besar,” katanya.

Selain itu, Jabu menasihati mereka yang terlibat dalam industri ini agar bekerjasama dengan pemimpin dan agensi kerajaan seperti RTM dan masyarakat pendengar untuk mendapatkan sokongan ber-terusan.

Dalam konteks ini katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan gala-kan kepada industri muzik Iban untuk melahirkan lebih ramai komposer atau penyanyi yang berbakat dan boleh diketengahkan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Mengenai AJLTI tahun ini, Jabu berkata ia merupakan landasan yang tepat sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan penyanyi dan komposer lagu yang memperjuangkan muzik Iban selama ini.

“Saya bukan penyanyi dan tidak tahu menyanyi, justeru saya yakin anugerah seum-pama ini dapat mencungkil lebih ramai bakat muda dalam bidang nyanyian dan penulisan lirik lagu.

“Selain itu, ia juga akan menggalakkan komposer menghasilkan lagu yang ber-kualiti dan dapat menembusi pasaran luar,” katanya.

Beliau mengucapkan tah-niah kepada Kelab Rekreasi RTM Miri dan Perkhid- matan Iban MiriFM atas inisiatif mereka memperkembangkan industri muzik etnik di negeri ini.

Sebagai tanda sokongan, Jabu selaku penaung anuge-rah itu mengumumkan per-untukan sebanyak RM10,000 untuk AJLTI tahun ini dan RM10,000 lagi untuk penganjuran AJLTI tahun depan.

Penaung kedua, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui turut mengumumkan peruntukan RM10,000 manakala RM3,000 lagi oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubu-ngan Lee Kim Shin.

Hadir sama Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DPPD) Dato Sri Celestine Ujang dan penasihat AJLTI merangkap Pengawal Penyiaran RTM Miri Mohd Zain Ibrahim.

No comments: