Thursday, March 28, 2013

KEPIMPINAN PM DISENANGI RAKYAT SABAH



"DIBAWAH KEPIMPINAN PERDANA MENTERI YAB DATUK NAJIB TUN RAZAK, KITA DI SABAH SUNGGUH SENANG SEKALI DENGAN BELIAU, PENDEKATAN BELIAU SANGAT BERBEZA DENGAN PEMIMPIN TERDAHULU. YAB DATUK NAJIB MENDENGAR SUARA KITA DAN SERINGKALI TURUN PADANG MENDEKATI RAKYAT JELATA, DAN MEMBAWA TRANSFORMASI KEPADA RAKYAT SECARA KESELURUHANNYA".
- YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak sangat berbeza dengan pemimpin-pemimpin lalu, dimana Datuk Najib sangat dekat dengan rakyat Sabah dengan membawa pendekatan serta perubahan yang melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, dengan perancangan-perancangan yang sedang dan telah dilaksanakan dengan baik dibawa oleh Perdana Menteri dan barisan pemimpin di Sabah, rakyat telah menerima manfaat hasil dari jalinan kerjasama erat antara kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pairin berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Sandapak sempena penyerahan tangki melibatkan 153 buah untuk penduduk di Kampung Sandapak dan Kampung Tangkungon disini. Hadir sama Wakil Rakyat Bingkor, Datuk Justin Guka dan Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg.Sandapak, Salim Charles Nair.

“Dibawah kepimpinan Perdana Menteri kita, kita sangat dekat dengan beliau dan hubungan yang baik ini membawa kebaikan kepada kita semua. Oleh itu berikan sokongan padu kepada beliau (Najib) bagi meneruskan kesinambungan perancangan yang baik kepada kita,” kata Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau.

Sempena program itu Pairin telah meluluskan pembinaan bangunan dapur mini dan pembaikan mini dewan dewan Kg.Sandapak.

No comments: