Thursday, March 28, 2013

Wanita PBS dinilai sebagai bakal calon PRU


Ahli Wanita BN Tambunan 
PEMIMPIN WANITA DALAM PARTI BERSATU SABAH (PBS) dan aktivis masyarakat mendapat penilaian sama rata dari pucuk pimpinan parti untuk dikemukakan sebagai calon  Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang akan datang. 
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan yang dimainkan oleh golongan wanita di dalam bidang politik dan kemasyarakatan.
“Kita menerima dengan baik sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh golongan wanita, dan ianya amat dihargai. Kita ambil berat,” kata Pairin.
Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian di Majlis Penutupan Seminar  Gerak Kerja Wanita PBS N.32 Tambunan bertempat di Tandarason Resort & Country club (TRCC) disini. Ketua Wanita PBS Pusat Senator Datuk Jamilah Sulaiman, Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan Datuk Daniel Kinsik, Ketua Wanita Bahagian Paula Domian dan EXCO Wanita PBS turut hadir.
WANITA SOKONG PBS -BN ! bersatu...bersatu....
Pairin yakin bahawa ramai wanita yang boleh mengambil peranan di hadapan  namun mereka tidak menonjol.
“ Wanita harus maju ke depan menonjolkan diri. Jika malu-malu meskipun mereka berpendidikan dan berkeupayaan di dalam pembangunan, jika mereka (wanita) tidak mengambil bahagian dan peranan kita tidak melihatnya,” kata Pairin.
Beliau berkata, sebagai contoh Ketua Wanita PBS Pusat, Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang sentiasa di hadapan dan rajin bekerja untuk masyarakat.
“Kita melihat peranan dan sumbangan beliau yang sentiasa di hadapan dan menyuarakan isu-isu yang kita ambil perhatian dan mencari jalan penyelesaian.  Kita perlukan wanita sebagai pemimpin dalam masyarkat,” ujar Pairin.
Pairin yang juga Wakil Rakyat Tambunan berkata, gandingan dan kerjasama pemimpin  wanita dan lelaki mendorong antara satu sama dengan yang lain menjalankan tugas menghasilkan sumbangan terbaik kepada masyarakat.
Oleh itu kata Pairin, sama ada seorang itu pemimpin lelaki mahupun wanita, PBS menilai mereka sebagai calon BN pada pilihanraya akan datang.
Beliau turut mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh wanita sebagai penyokong setia kepada BN.

Paula menyerahkan cenderakenangan kepada Presiden PBS YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. 

note : PBS mempunyai beberapa pemimpin wanita berpotensi yang giat aktif di dalam program kemasyarakatan. Antaranya, mantan Wakil Rakyat Matunggong yang merupakan Setiausaha Politik , Jornah Mozihim, pengerusi persatuan Ibu Tunggal di Matunggong dan Datuk Mary Yap seorang mantan pendidik yang mendapat anugerah kecemerlangan di dalam pendidikan. Mungkinkah ke dua pemimpin ini adalah diantara yang dinilai dan mendapat tempat sebagai bakal calon? Jornah di Matunggong manakala Datuk Mary Yap di Parlimen Tawau/Sri Tanjung.

Pada ketika ini PBS mempunyai 2 orang wakil rakyat Wanita iaitu YB Puan Anita Baranting (DUN Tandek) dan YB Datin Linda Tsen ( Parlimen Batu Sapi). Selain itu PBS juga mempunyai seorang lagi Setiausaha Politik kepada Menteri Sains dan Teknologi iaitu Pn. Julita Majungki.  Setiausaha Akhbar kepada Presiden PBS dan Timbalan Presiden PBS juga adalah wanita. Ini menunjukkan PBS menghargai peranan dan sumbangan wanita. 



No comments: