Nota : Inilah dia hero Sabah yang sebenar YB Datuk Anifah Aman. Kenyataan YB memang benar , tepat dan membawa kepentingan semua rakyat Sabah. Betul itu YB, tiada gunanya jadi pemimpin dengan dibelakang beribu-ribu masalah rakyat di sikut sana sini. bawa pergi parlimen pun tidak juga kedengaran tentang pembangunan. Bagaimana lah guru - guru mahu berminat mengajar di pedalaman kalau rumah pun tiada? saya berpendapat setakat mandi di sungai , makan sayur hutan , makan pekasam ( jeruk ikan) bukanlah masalah sangat...tapi kerajaan begitu gah cakap peruntukan juta-juta perbaiki kemudahan pendidikan tapi kita dengar aja...tapi tidak sampai2...kabil hero kabil zero
dari Berita Harian
BARISAN Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti dianaktirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam banglo itu.
Persoalan rumah banglo dan rumah teres, yang merujuk parti pembangkang menjadi isu yang mendominasi dan boleh dianggap paling menarik perhatian yang mewarnai pada sesi perbahasan semalam.
Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) yang membuat analogi itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat, semalam menyifatkan tidak ada salahnya jika ada ahli BN dari Sabah melompat kepada parti pembangkang jika mereka tidak mendapat tempat yang sepatutnya dalam banglo itu.
"Jika tiada lagi tempat dalam banglo sekarang (BN), apa salahnya mereka berpindah ke rumah teres (pembangkang). Apa guna kalau duduk di banglo tapi sesetengah orang (saja) yang menikmatinya. Kita dalam banglo pun tinggal di tepi tandas saja," katanya disambut tepukan daripada wakil rakyat pembangkang dan wakil rakyat BN dari Sabah.
Anifah membangkitkan analogi itu selepas dicelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) yang bertanya adakah wakil rakyat BN Sabah akan melompat kepada parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Jika ini bukan tindakan orang tersepit, kenapa 140 ahli yang menghuni sebuah banglo mahu berpindah ke rumah lebih kecil, rumah teres?," tanya Ahmad Zahid yang menyifatkan kedudukan dalam BN sebagai selesa dan mewah hingga tidak perlu lagi penghuninya berpindah.
Bagaimanapun, nyata sekali jawapan Anifah mengejutkan Ahmad Zahid serta hampir semua wakil rakyat BN lain.
Anifah merupakan adik Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Saya tidak kata saya akan melompat parti. Mungkin ada beberapa yang mungkin mahu berpindah. Isu mengenai lompat atau tidak lompat ini bukanlah perkara serius. Apa yang lebih serius adalah berjuta-juta lagi rakyat di lima negeri yang sudah melompat kepada pembangkang," katanya yang disahut gelak ketawa daripada wakil rakyat PR.
Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) bangun mencelah dan bertanyakan Anifah adakah beliau akan menyokong undang-undang antilompat parti.
Anifah bagaimanapun menjawab beliau tidak setuju dengan undang-undang itu kerana ia boleh dianggap sebagai meletakkan wakil rakyat seperti berada dalam 'negara polis' apabila hak mereka untuk memperjuangkan nasib rakyat disekat.
"Apalah gunanya kita terus bersama pemimpin yang sudah menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita perlu akur dan bertahan serta memperjuangkan pemimpin dan parti dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat.
"Apa yang penting bukan soal pemimpin lompat parti tetapi kena kaji kenapa rakyat lompat. Kenapakah mereka sudah lompat dan apa gunanya tinggal pemimpin saja tanpa rakyat. Saya suarakan hal ini supaya pemimpin faham dan sedar," tegasnya.
Kepada soalan Datuk Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan mengenai kurangnya kemudahan prasarana di Sabah, Anifah berkata, kemerdekaan selama 45 tahun bersama Malaysia tidak bermakna jika hasrat rakyat untuk mendapat pembangunan masih ditolak ke tepi dan wakil rakyat Sabah dipandang serong apabila membawa hasrat itu.
3 comments:
Yang penting MP kenyang makan. Pasal yang mahu tolong orang itu kalau sudah sampai masanya maka sampai jugalah hasrat selama ini. Kita sekarang sudah boleh berfikir secara matang yang kita ini wajib berusaha untuk bersaing semampu mungkin. Tidak ada penamat akan tetapi kita boleh membuat pilihan. Sama ada untuk meneruskan atau terima apa yang dapat.
Bravo YB, Cuma berani tak berani saja. Kalau lompat pun tak rugi juga sebab YB akan jatuh ke beras juga.
otopot kopio...buat apa tinggal di banglo kalau dekat tandas aja...itupun setakat stor barang...orang ingat kita tinggal di rumah banglo, gah sangatlah...tapi orang tidak tahu macam mana mau bertahan di banglo kalau layanan terhadap anjing lebih baik...
cari rumah baru lah...
Post a Comment