Monday, April 14, 2008

Sabah terima rm35.5 juta untuk basmi kemiskinan


12th April, 2008
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah kelmarin menerima sumbangan berjumlah RM35.5 juta daripada Felda bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Nasir Tun Sakaran, berkata kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa mulai tahun 2006 untuk Felda memberikan sumbangan itu. Jumlah sumbangan yang dipersetujui adalah untuk tempoh lima tahun berdasarkan 30 peratus keuntungan bersih ladang Felda di Sabah. Sumbangan kelmarin adalah untuk tahun 2008.

“Kerajaan berharap program ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan penduduk Sabah di samping mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin antara kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya kepada pemberita majlis penyampaian itu yang diadakan sempena perjumpaan dengan petugas Felda di Dewan Perdana Felda di sini.

Untuk tahun kewangan 2006 dan 2007 yang di-satukan, Sabah menerima sumbangan berjumlah RM84.97 juta. Menurut Najib sumbangan RM35.5 juta itu diberi setelah ditolak beberapa peruntukan menaik taraf bekalan air di Kalabakan.

Najib berkata untuk mengenal pasti program dan projek membasmi kemiskinan yang sesuai, sebuah Jawatankuasa Teknikal di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan dan telah mengenal pasti beberapa projek.

Ditanya sama ada kerajaan berhasrat menyalurkan sumbangan yang sama kepada negeri-negeri lain, Najib berkata kerajaan tidak bercadang berbuat begitu. Pengerusi Felda, Tan Sri Yussof Noor.-Bernama

No comments: