Thursday, April 17, 2008

SASPEK LARIKAN ORANG BERJAYA DITANGKAP



Ahmad Sofi dan Zahari dalam satu sidang media

KENINGAU : Isyarat lampu dari sebuah van dalam satu sekatan jalan raya di Tambunan pada jam 10.15 pagi tadi ( Khamis) telah berjaya menangkap seorang lagi saspek dalam kes melarikan orang. Seorang penuntut universiti tempatan dilarikan sebuah kereta kancil ketika bersama rakan-rakan di Taman Kingfisher , Kota Kinabalu pada selasa , yang kemudiannya ditemui di Keningau dalam satu kejadian yang penuh tragik pagi rabu.

Dalam satu sidang media bersama di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah disini, Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata, hasil kerjasama yang erat diantara masyarakat dan pihak polis telah berjaya menangkap saspek berusia 19 tahun itu yang menaiki sebuah van melalui sekatan di hadapan Kelab Golf Tambunan dekat sini. Van tersebut dalam perjalanan menuju ke Tambunan dari Keningau.

Menurut Ahmad Sofi, isyarat dari lampu van yang berhenti tidak jauh dari sekatan itu telah menarik perhatian pihak polis. Seorang lelaki dikatakan keluar dan cuba melarikan diri dari kereta itu, namun berjaya dikejar dan ditangkap. Ketika ditahan saspek itu berada dalam keadaan yang lemah.

“ Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap lelaki itu ada kaitan dengan kes melarikan orang dan merupakan saspek yang telah melarikan diri dari satu kejadian kejar mengejar dengan polis sebelum ini ,” kata Ahamd Sofi. Turut bersama beliau Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed.

Menurut Ahmad, pihak polis amat serius dan berkerja keras untuk menangkap saspek termasuklah menyiarkan muka pelaku di suratkhabar yang mendapat kerjasama dari semua pihak.

“Pemandu itu juga mengecam muka sapsek yang dilihat melalui suratkhabar dan turut membantu pihak polis memberkas sapsek ini,” kata Ahmad Sofi.

Mereka kini ditahan dan di siasat dibawah Akta 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang, yang jika disabit kesalahan penjara sehingga 7 tahun dan denda kata Ahmad Sofi

ketika ditanya tentang lebam pada mangsa, Ahmad berkata, pihak polis masih menunggu laporan dari pihak hospital berkenan dengan mangsa yang masih lagi dalam keadaan trauma. Pihak hospital minta mangsa diberi rehat katanya.

Mangsa tersebut berjaya diselamatkan polis dalam satu kejadian kejar mengejar sepanjang jalan Keningau-Tambunan pada awal rabu. Sebelum ini sekatan jalan raya di Penampang gagal mengesan sebuah kereta kancil yang digunakan dalam kejadian itu berikutan laporan polis dibuat di Kota Kinabalu pada 15hb April . Hasil maklumat orang ramai, Polis Keningau telah mengesan kereta kancil yang dipercayai terlibat degan kes itu pada jam 5.30 pagi ( rabu) dekat kampong Rompon. Kejadian kejar mengejar berlaku setelah arahan untuk berhenti tidak dipatuhi.

Dalam kejadian kejar mengejar itu, kereta yang dipandu laju itu hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter. Saspek pertama berjaya ditangkap sementara mangsa yang dalam keadaan trauma telah dihantar ke hospital dalam kejadian itu.

3 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana ambil perhatian^^

All Thing Viral said...

siapakah pemandu van tersebut?

ada disini, ramok dot info

rozie jumat said...

terima kasih diatas perhatian anda. Kita merasa amat simpati dengan apa yang telah berlaku terhadap seorang pelajar yang sepatutnya memiliki masa depan yang cerah di hadapannya.

Dadah adalah pemusnah hidup...