Wednesday, November 16, 2011

sabah rekod Anak Luar Nikah tertinggi

Membaca suratkhabar pagi tadi dengan muka tajuk besar "Sabah Rekod Anak Luar Nikah Tertinggi". Jumlah itu ialah sebanyak 41,490 orang menurut yang dilaporkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Mari sejenaj kita renungkan mengapa jumlah ini sangat besar berlaku di Sabah? sudah tentu masalah anak luar nikah ini bukan setakat berlaku di kalangan remaja. Malahan berlaku juga di kalangan orang dewasa.


Saya melihatnya berlaku kerana :
1. masalah dokumen bapa.
2. kes rogol bawah umur
3. terlanjur
4. pergaulan bebas

di Sabah ramai orang yang tidak mempunyai dokumen dan tidak boleh dinikahkan atau dikahwinkan. maka ada yang menggunakan pendekatan untuk tinggal tanpa sebarang ikatan. Mereka akan membentuk keluarga namun tidak akan dapat dokumen sijil kahwin tetapi kelahiran anak mereka tetap didaftarkan di hospital.
anak-anak generasi pendatang haram /asing juga tidak dapat kahwin secara sah kerana mereka tidak mempunyai kad pengenalan seperti mana yang dikehendaki dalam tuntutan agama masing-masing.
sudah tentu masalah ini akan berterusan bermula dari generasi masa kini mereka sehinggalah masa akan datang.
apabila saya menyertai gerakan pendaftaran surat beranak di Daerah Kecil Sook, Keningau beberapa tahun yang lalu. Terdapat di kalangan ibu ibu muda mengistiharkan diri mereka sebagai ibu tunggal dan memberitahu suami mereka lari meninggalkan mereka anak beranak.
ada juga yang saya lihat mempunyai suami orang asing tetapi mengistiharkan diri mereka sebagai janda atau ibu tunggal kerana mahu mendapatkan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan, dan begitu juga sebaliknya.
berbalik kepada masalah anak luar nikah di kalangan rakyat di negeri ini. oleh kerana syarat yang ketat dibuat oleh jabatan pendaftaran dan larangan kahwin sebelum usia 18 tahun menyebabkan berlakunya kelahiran anak luar nikah.
di kawasan pedalaman, jika berlaku pergaulan di antara anak anak remaja lelaki dan perempuan, mereka akan dikahwinkan. namun undang-undang tidak membenarkan perkahwinan itu. satu perkahwinan yang membenarkan mereka ialah perkahwinan secara adat kampung. namun perkahwinan secara adat kampung tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
namun saya merasa simpati kepada wanita wanita di luar sana yang hanya menjadi mangsa kasanova. dan menanggung keperitan dan penghinaan disebabkan oleh kesilapan sendiri mudah menerima pujukan lelaki berhidung belang.
Kita juga bersimpati terhadap remaja remaja yang menjadi mangsa rogol. namun kita percaya hukuman berat telah dikenakan kepada pesalah.

kita minta kerajaan bersungguh sungguh untuk menyelesaikan masalah ini. perbanyakkan siri siri seminar kesedaran undang-undang terutamanya berkaitan dengan jenayah (rogol).


salam

Saturday, April 23, 2011

ketahui rahsia tanaman gaharu

Miri : Haruman adalah terapi yang mendamaikan dan memberikan ketenangan. Namun untuk mendapatkan haruman yang asli dan sejati mengambil risiko yang besar. Haruman yang mahal ini semakin memupus disebabkan pengambilan tidak terkawal melalui penyeludupan dan penebangan haram di hutan-hutan. Tindakan ini bukan sahaja membawa kemusnahan tetapi mengancam kelangsungan hidupan ini.
Pokok karas atau agrawood merupakan rahsia terbesar hutan Borneo satu ketika dahulu. Hanya golongan tertentu yang mengetahuinya dan menjadikannya sebagai mata pencarian yang memberikan pendapatan lumayan kerana melibatkan pasaran luar Negara.
Namun keperluan terhadap pokok karas semakin meningkat seiring dengan permintaan di seluruh dunia baik untuk upacara keagamaan, batiniah dan gaya hidup. Bekalan semakin mengecil permintaan semakin meningkat. Malaysia dikatakan antara pembekal utama minyak dunia. Namun penguatkuasaan kerajaan terhadap pengambilan secara besar besaran pokok karas di hutan yang dilindungi membuktikan bukannya mudah mendapatkan hasil dengan cara yang salah terhadap pokok karas di mana mana hutan di Malaysia.
Menyedari hakikat bahawa pokok karas adalah tanaman mahal yang membawa pendapatan yang besar. Ramai yang telah membuat langkah bijak dengan menanam pokok karas bagi tujuan komersil tanpa menyeludup masuk ke hutan dan menanggung risiko yang tinggi.
Malahan penanaman pokok gaharu secara komersil ini lebih menguntungkan. Bukan semua pokok karas yang ditemui di tengah hutan belantara mempunyai resin. Tetapi pokok pokok karas yang ditanam di halaman rumah atau ladang anda tetap memberikan pendapatan kerana teknologi moden digunakan untuk memastikan pokok karas ini mengeluarkan resin melalui inokulasi.
Gaharu adalah tanaman jangka panjang yang boleh memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya. Dikenali sebagai pokok jutawan, kini ramai yang menanamnya kerana imbuhan yang bakal diperolehi. Namun sejauh manakah kefahaman anda mengenai penanaman gaharu sehinggalah ke peringkat penuaian dan pemasaran? Tanpa pengalaman dan kefahaman sudah tentu penanam gaharu akan berputus asa di pertengahan jalan.
Ini boleh berlaku apabila mendapat khidmat nasihat yang salah. Namun di Gaharu Asia, penanam pokok gaharu baik yang berskala kecil dan besar. Mereka akan diberi bimbingan berterusan dan jika pengusaha itu menghadapi masalah pemasaran, produk mereka akan dibeli oleh Gaharu Asia untuk dipasarkan ke Thailand atau Arab.
Ketua Pegawai Esekutif Gaharu Asia, Brazilan Daved berkata, secara logiknya 100 pokok gaharu boleh mengubah ekonomi masa depan dengan dengan hanya lima tahun. Dimana anggaran keuntungan kasar 100 pokok itu ialah ialah RM100 ribu.
Keistimewaannya daun gaharu yang disyorkan oleh Gaharu Asia boleh dijadikan teh sementara menunggu hasil inokulasi selama lima tahun. Di mana daun ini juga boleh membawa pulangan kepada pengusahanya. Produk teh tersebut telah pun berada di pasaran.
Kerajaan Malaysia juga menggalakkan penanaman pokok karas @ gaharu secara komersil kerana nilainya yang boleh memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha.
Kepada mana-mana yang berminat untuk mengetahui rahsia bagaimana untuk merealisasikan impian untuk menjadi jutawan gaharu atau mendalami ilmu pengetahuan mengenai pokok ini bolehlah menyertai seminar di Miri pada 30 April disebuah hotel disini. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi 014-8849269 (Ann) atau Daved 014-8567869. Seminar itu memberi maklumat penting dan terkini kepada peminat gaharu dan sejenis tanaman herba bernama nilam yang memberi pulangan dalam masa 6 bulan kepada pengusahanya. Yuran RM300 dikenakan.

Wednesday, January 12, 2011

Pilihanraya 1Malaysia?

SABTU lalu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen. Meskipun tidak dinyatakan dengan terperinci butiran pertemuan itu. Ramai yang memberi gambaran, YAB Dato Najib Tun Razak, memberi amaran tentang pilihanraya umum tidak lama lagi, dan mana-mana ahli parlimen yang kurang menyerlah atau 'kurang berkhidmat' kepada rakyat bakal berhadapan dengan masa depan yang kelam...
Gambaran tentang pilihanraya bakal diadakan pada tahun ini sangat jelas. Menurut sumber yang dipercayai, Setiausaha –Setiausaha Agung parti komponen BN, telah diingatkan untuk menggerakkan jentera persiapan pilihanraya dan mengadakan lebih banyak program di kawasan masing-masing.
Selain dari itu baik dari BN atau parti pembangkang, masing-masing telah menunda pemilihan pucuk pimpinan parti, yang boleh menjejaskan persiapan pilihanraya jika diadakan. Antaranya UMNO, LDP, PBRS, MCA dan DAP. Itu adalah petanda petanda kelaziman sejak di zaman Tun Dr. Mahathir Mohammd.
Meskipun baru memegang tampuk pemerintahan Negara melalui peralihan 2/3 kuasa dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang hampir kehilangan majority dalam pilihanraya umum pada tahun 2008. Najib, cukup optimistik, bahawa senario masa kini di Negara ini sangat sesuai untuk mengadakan PRU Ke 13.
Tapi benarkah orang Cina sudah kembali kepada BN? Benarkah orang India kembali kepada BN? Saya percaya Sabah tetap fixed deposit kepada BN, kecuali beberapa kawasan urban.
Andaian tentang pilihanraya serentak dengan Negeri Sarawak ialah untuk merealisasikan konsep YAB Perdana Menteri berkenan dengan Konsep 1Malaysia. Maka dengan itu, pilihanraya umum Negara ini sudah tentulah diadakan secara serentak, dan kita bolehlah namakan ia sebagai Pilihanraya 1Malaysia.
Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Julai ini. Dan kemungkinan pilihanraya umum seluruh Negara akan diadakan pada tempoh ini.
Difahamkan selepas pertemuan Ahli-Ahli Parlimen dengan Perdana Menteri, parti-parti komponen mulai menyusun persediaan jentera.

Tuesday, November 23, 2010

Rocelyn story , how about local who cant fight their right?

Kota Kinabalu: A former Filipina waitress whose earlier Labour Court decision against a seafood operator was upheld by the High Court, Monday, urged employers in Sabah not to underestimate or look down on poor foreign workers.
"We come from poor families to earn an honest living here.
We are not even illegal workers or were trafficked here but came in properly.
"I know of many other legalised Filipino nationals who are victimised by other employers in Sabah. They are afraid to air their grievances in the media or lodge reports with

the Labour Department for fear of losing their jobs because they have many mouths to feed back home," said Rocelyn Tubal Raneses, a single mother.
She said either their actual working conditions sometimes differ from what's stated in the contract or are not in accordance to the Malaysian Labour Laws.
It is believed to be the first time that a legalised foreign worker's case against an employer had gone to the High Court level in Sabah.
"I had to endure several months on friends and sympathysers for financial support while waiting for my case to be finally over," she said, Monday.
"Maybe because I was a poor kampung girl from the Philippines, I was supposed to have just gone home long ago without expecting any of the money that rightfully belonged to me.
"I thank the Malaysian Immigration for being kind enough to grant me three extensions to stay on for the court hearing. It was not easy because they (Immigration staff) also got tired of seeing me going back to them repeatedly.
"Otherwise, you can imagine that I would have been forced to return to my kids and family penniless because even the Labour Court's decision in my favour was challenged by my ex-employer," she said.
"I was shocked to learn that a Labour Court decision in Malaysia is not enforceable at all and can be challenged considering that the sum in my case is only RM4,000. I'm sure even the legal fees of the other side could cost 10 times this amount or more, although I know that is not my concern," she said.

"I am very happy over the outcome and thank my lawyer Pereira for taking up my case for free. You don't always meet a person like him.

"God will repay his kindness to less fortunate fellow beings.

I also want to thank the church groups for their support, help and prayers," she said, adding she knew of others in similar situation who have since returned home.

Rocelyn's happiness, however, is mixed with a tinge of sadness because her final immigration extension expired on Nov. 16.

"I fear there will be a compound for overstaying.

But it is not my fault. The case has been dragging on for so long.

And now I finally can't go home although I want to because my passport is with the Immigration Department.

"Last Friday, I called up the department to find out the status of my passport, and they told me that the Director was not around.

"Today (Monday), I rang up again and they told me to wait until they called me," she lamented, adding it is too late to catch the ferry.

She needs to go back urgently as got word that her six-year-old son was warded in hospital in Mindanao with serious food poisoning.

Tuesday, May 19, 2009

Kejutan di Hari Kaamatan

Ini tupai yang dimasak mengikut citarasa mereka

ini pula ialah biawak...tak tau pula rasanya...tak berani nak test...

Kalau tak silap ini daging katak...pun tak berani mau cuba...


dan ini biasalah...tuntul (siput sungai) ...dan macam2 jenis makanan kampung.
Saya suka makan itu mangga tuh...

Kotobian Tadau tagazo do kaamatan..saya kira dimana-mana tempat yang ada orang Kadazan, Dusun, Murut dan suku-suku kaumnya sekarang ni sibuk meraikan Pesta Kaamatan. Lagu-lagu Kaamatan yang membuat air mata mengalir atau sebak kerana kita dapat meraikan Pesta Kaamatan, mengingat nenekmoyang kita dulu2 yang telah merintis kepada kehidupan yang lebih baik dan macam-macam la bentuk ' fikiran ' yang membolehkan kita meneruskan kehidupan serta masa depan.
Pesta Kaamatan bagi saya amat bermakna, kerana ia menjadi lambang perpaduan diantara suku kaum di Sabah. Tak kiralah sama ada ia berada dalam rumpun KDM ( Kadazan, Dusun, Murut) atau tidak , kita sama-sama meraikannya. sempena kaamatan juga kita melihat pelbagai etnik KDM yang ditonjolkan sepanjang perayaan , dan pada ketika ini turut diselitkan dengan Sabah Fiest.
Apakah yang menarik dalam Pesta Kaamatan? setiap individu mempunyai pendapatnya sendiri. Ada yang suka kepada budaya, muzik, sukan, makanan, minuman, juga kepada pertandingan Unduk Ngadau. Bagi saya , Kaamatan adalah satu perayaan yang sangat siginfikan bagi masyarakat KDM yang telah berpecah belah kerana perbezaan politik. Perayaan ini membuat kita rasa sebak di dada melihat para pemimpin kita duduk satu meja dan makan minum bersama-sama. Mereka ketawa dan gembira bersama-sama. Menolak perbezaan pendapat masing-masing demi menghormati budaya yang kita warisi dari nenek moyang kita- kita melihatnya disini iaitu di Pesta Kaamatan.
Melalui ruangan ini saya memberi anda melihat koleksi gambar yang saya kutip sempena Pesta Kaamatan di kawasan Daerah Kecil Sook.
Makanan - makanan ini gila bagi diri saya yang mencintai binatang...tetapi di zaman nenek moyang kita dan moyang-moyang mereka...ia bukanlah satu kejutan malahan kebanggaan.

Selamat Menyambut Hari Kaamatan.

rozie

Friday, May 15, 2009

MARI MENANAM GAHARU




Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak panggilan mengenai pokok gaharu, mengenai masa depan pokok gaharu dan macam-macam lagi lah yang ditanya kawan-kawan kita sama ada melalui panggilan atau email. Saya mengucapkan berbanyak berterima kasih diatas minat kalian mengenai pokok gaharu atau kita namakannya sebagai pokok jutawan.

Untuk pengetahuan negeri Sabah dan khususnya Borneo adalah penghasil pokok gaharu dari jenis acquilare malacanse. Namun menurut sifu saya, saudara Pilipus Pur, apa pun jenis pokok gaharu itu, jika dijaga dan disuntik apa bila masanya tetap memberikan hasil. Jangankan pokoknya , malahan dahannya pun boleh menghasilkan enzim. Daun, ranting, kayu buangan pun hasilkan duit…

Bagi mereka berminat untuk menanam pokok gaharu, pokok ini boleh ditanam di halaman rumah. Seperti tumbuhan yang lain , pokok gaharu juga memerlukan perhatian dari penanamnya. Mungkin juga anda tidak perlu menghebohkannya kerana faktor keselamatan tanaman anda di masa yang akan datang. Banyak kejadian dimana pokok gaharu yang ditanam hilang dicabut orang.

Sifu saya berkata, satu ekar boleh memuatkan kira-kira 460 pokok dengan cara penanaman antara 10 X 10 atau 10 X 8. Cuba bayangkan jika sepokok ianya adalah berharga RM5000, bukankah ianya RM2.3 juta? Itupun anggaran paling murah. Sepokok dijangka boleh mencecah harga antara RM15 ribu.

Mengapa kita menanam gaharu? mungkin kerana imbuhannya? Itu tidak lari. Kerana apa pun yang kita lakukan harus memberikan kepuasan kepada diri kita sendiri. Saya minat dengan gaharu kerana ia amat menarik bagi diri saya sendiri. Saya obsess dengan pembuatan minyak wangi. Selama ini , jutaan mungkin billion telah dicuri di hutan kita semata-mata untuk memenuhi permintaan terhadap gaharu di seluruh dunia. Orang dari Thailand menceroboh masuk hutan kita kerana di tempat mereka sudah kekurangan sumber. Kita juga berada di landasan yang tepat untuk menanam pokok gaharu kerana hukuman berat menanti orang yang mencuri kayu gaharu di hutan.

Apakah masa depan gaharu? selagi ada manusia wujud di muka bumi. Selagi itulah kita menggunakan gaharu. Agama Kristian, Hindu, Buddha dan Islam juga menggunakan minyak gaharu dalam upacara keagamaan. Permintaan untuk kosmetik juga meningkat. Dan sudah tentu imbuhan bagi mereka yang sabar dan tabah sedia menanti…

Tidak hairan pada satu hari nanti maka timbullah produk tempatan berasaskan minyak gaharu yang mungkin dinamakan huminodun, sumandak, huguan siou, kinabalu dan sebagainya.

Kepada anda yang berminat untuk buat tempahan anda boleh call saya 016-8351291 atau email ke
wendyrozie@hotmail.com . Bibit berharga antara RM5 keatas mengikut umur bibit. Bagi jumlah yang banyak mungkin boleh dipertimbangkan untuk penghantaran.

Selamat menanam pokok gaharu

Wednesday, April 22, 2009

Teringat zaman kanak-kanak


Seingat saya la, pertama kali saya dibawa ke bendang ketika umur dalam lima atau enam tahun. zaman dulu di kampung saya, mana ada tadika. jadi biasanya kalau tidak kena bawa pigi sawah atau pigi kebun, saya main dengan kawan-kawan yang dekat-dekat rumah la. sambil naik itu pokok jarak, main baling2 buah dia atau main tiup2 getah dia keluar belon2...punya siok. tau-tau sekarang rupa-rupanya ada harga pula buah pokok jarak ini...RM800 satu tan geng. orang bilang, punya murah...tapi bagi saya , itu duit maaaa....kan...siapa mau bagi, kalau tidak kena usaha sendiri.

sya ingat waktu mula dulu sya pegi sawah. bapa sya lah yang mula-mula bawa. dia terpaksa bawa sya pg sawah kerana sya kan ' ekor' bapa sya dulu dulu...kalau dia jalan sja sya mesti mau ikut..mana saja dia pergi saya mahu ikut.

dipendekkan cerita, adalah satu hari bapa sya mau tingu dia punya padi yang menguning. nama kawasan padi kami itu ialah Donibung. sya suka nama itu klasik betul. so. mcm biasa la ' anak bapa' mahu ikut juga. kami jalan kaki masa itu belum ada paganuan beli kereta. seronok juga la jalan kaki ikut beliau. cantik pemandangan sekitar kawasan sawah padi yang mulai menguning. wangi tau kalau musim padi berbuah. kalau tak caya cuba try pigi sawah padi , lagi wangi kalau waktu pagi.

sampai sahaja di Donibung. terus saya panjat beliau sya. sya betul-betul terkejut nampak bentuk orang tapi muka dia rumput, ada sirung, lengkap pakaian segala. macam di gambar ini yang saya rakam di kampung Simbuan, Sook. Sya nampak sahaja ' tulun-ulun' ni sya teringat zaman dulu sya.. uiii bukan main sya teriak menangis ketakutan...apa lagi kalau tangan dia itu kena tiup angin, goyang2...ntah la...perasaan saya masa itu...itulah hantu...hahahaha...

sejak dari itu bapa sya guna si hantu ini sebagai lesen dia kalau dia mahu jalan...

kalau kebetulan ada lagi ramai2 di sulap lepas mengetam padi. sya la budak yang tidak pandai turun tanah kalau suda petang2. sya benci betul itu ' orang-orang'. kalau siang2 sya selalu humban pakai kayu atau batu bei...punya teruk tanggapan saya sama itu ' orang-orang'.

bila sya besar sikit, dan ada gambar dia di buku teks baru sya faham itu apa ...aiyaa..
dan sya pun pandai buat tulun - ulun di sawah kami ...cantik dan seksi lagi...dia punya pantang itu tidak boleh pakai baju merah, nanti jadi tarikan si burung pipit. nda tau la di tempat lain..

apa pun thanks to my dady and my mom...kalau bukan mereka, siapa la sya pada hari ini..dan sya tidak sama sekali lupa asal usul sya...

salam






Monday, April 6, 2009

Biadap Punya Orang

Apabila Perdana Menteri kita yang baru, Datuk Najib Tun Razak mengistiharkan pembebasan tahanan ISA sempena perlantikan beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Satu perkara yang penuh biadap berlaku di Pantai Timur. Mereka membakar bendera Sabah , lambang kewujudan sebuah negeri merdeka yang bernama Sabah.

Dalam kejadian itu seramai lelaki yang mengadakan perhimpunan secara haram dan bertindak membakar bendera Sabah di pekan Lahad Datu. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.40 pagi itu, sekumpulan lelaki yang turut membawa tiga bendera kuning bergambar singa merah.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek yang berumur antara 14 hingga 41 tahun itu ditahan di hadapan perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada pukul 9.35 pagi.

Dalam kejadian itu sebanyak enam bendera Sabah telah dibakar di dua tempat berasingan iaitu di hadapan Pasar Rakyat Lahad Datu dan di depan sebuah pasar raya Milimewa.

Mengikut susualan berita seterusnya, perhimpunan ini dicetuskan oleh seseorang yang mendakwa sebagai keturunan waris sultan Sulu. Apa yang dikesalkan ialah mereka yang terlibat ini adalah warganegara, yang diberi perlindungan oleh kerajaan.

Jika mereka tidak tahu bersyukur berada di negara ini, khususnya di negeri Sabah. Atau mungkin mereka mendapat kad pengenalan diri dengan cara yang salah. Adalah lebih baik hantar mereka pulang ke tempat asal mereka. Atau serahkan mereka kepada ISA.

Jika mereka orang tempatan, nampaknya orang-orang ini tidak mempunyai semangat patriotik.

Monday, March 30, 2009

Mutalib MD mahu berhenti jadi blogger tanam pokok jarak ?

Pengendali sabahkini.net mahu jadi tokey pokok jarak la pula...

Ketika sedang mengikuti perkembangan muktahir pemilihan kepimpinan UMNO yang baru lalu. Saya menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dari Presiden Persatuan Blogger Sabah (PBS) yang juga peneraju sabahkini.net. Saudara Mutalib MD memberitahu saya yang beliau akan ke Keningau pada keesokan harinya. Katanya hendak melawat projek jatropha di sekitar kawasan Bingkor.

Sekaligus saya mendapat ilham untuk menulis sesuatu mengenai pokok jarak yang boleh menghasilkan bio-diesel. Setahu saya , negara India dan Indonesia telah lama menanam pokok jarak ini. Malahan mereka memproses sendiri minyak dari buah pokok jarak dan minyak itu digunakan untuk kenderaan. Jimatkan...

Saya tidak dapat membayangkan pada satu ketika nanti , saya memproses minyak untuk kegunaan kenderaan sendiri. Ini kerana saya sendiri berminat dengan pokok jarak. Orang Dusun Kota Belud menamakannya belija. Dulu di kampung saya di Kampung Piasau, Kota Belud, pokok belija banyak tumbuh dimana-mana. Lebat-lebat lagi buahnya, batang-batang pun besar macam batang pokok betik.

Kalau di masa itu pokok jarak berharga seperti ini, sudah lama kita kaya.

Kami sering menggunakan buah belija yang jatuh dan dibakar. Ia mengeluarkan api kebiru-biruan ibarat api dari dapur gas jika kita meletakkan sesuatu di hujungnya. Getah dari daunnya pula boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan pada luka. Manakala pokoknya boleh dibuat pagar. Seingat saya pokok ini cepat tumbuh semula. Makin lagi lebat apabila dipotong kerana ia mengeluarkan tunas baru.

Dalam keadaan minyak semakin berkurangan di dunia ini, mendapatkan hasil minyak berasaskan tumbuhan , ada manfaatnya juga. Peperangan berlaku kerana berebutkan minyak. Sabah, pengeluar minyak terbesar di Malaysia pun tidak mendapat imbuhan setimpal dari hasil pengeluaran atau sumbangannya kepada ekonomi negara. Boleh dikatakan apa yang kita dapat ialah ‘ tempias tempias ‘ sahaja atau boleh dikatakan ‘ asal ada’.

Lawatan kami ke ladang pokok jarak di Mongitom dan tapak semaian pokok jarak Bionas di Kampung Bunga Raya telah memberi manfaat kepada diri saya sendiri. Saya mengetahui dengan jelas mengenai kelebihan pokok jarak. Penanamannya mudah dikendalikan dan boleh dibuat. Pada ketika ini saya dimaklumkan buah jarak dibeli dengan harga RM800 setan.

Dari kita duduk diam-diam di rumah, lebih baik kita cari peluang. Stigma “saya sekolah tinggi “ atau “saya tidak dilahirkan sebagai petani”, harus diketepikan. Tolak perasaan malu anda itu. Ada orang lulus dalam bidang undang-undang tetapi dianugerahkan sebagai Usahawan Tani atau Usahawan Ternak. Di Amerika, golongan jutawan adalah terdiri dari kalangan petani. Saya syorkan anda menanam pokok jarak. Kalau mahu cari bibit pergi sahaja ke Kg Bunga Raya. Bibit mereka datangnya dari India dan Thailand.

Berbalik kepada kisah Mutalib MD tadi, rupa-rupanya dia datang bersama dengan kawan-kawannya yang ingin tahu sangat dengan penananam pokok jarak. Habis kena inteviu orang-orang di ladang Bionas. Dan macam biasalah, Mutalib MD yang saya kenal sejak tahun 1998 itu , mencari scoop lagi eklusif untuk sabahkini.net. Kalau mahu tahu hasil lawatannya anda boleh melayari laman web beliau- ada kisah biawak di Kampung Bunga Raya, dan pembangunan yang dibuat oleh kedua wakil rakyat Adun Bingkor dan Ahli Parlimen Keningau di kawasan itu. Ada banyak kejutan dipaparkan di sabahkini.net.

Terima kasih kepada Pengerusi JKKK Kg Pegansangan, Juse Loibin yang mengiringi perjalanan kami.

salam

Sunday, March 22, 2009

Majikan tidak bayar levi pekerja Indon di Sabah








Keningau : Hanya 11 ribu pekerja warga Indonesia dibayar levi oleh majikan berbanding kehadiran mereka yang mencecah 216,367 orang di negeri Sabah. Kebanyakan mereka ini adalah pekerja di sector perladangan. Daripada jumlah itu sebanyak 5017 pasport telah dikeluarkan, selebihnya hanya levi yang dibayar.
Pemangku Konsol Jeneral Republik Indonesia di Negeri Sabah, Rudhito Widagdo berkata, jumlah itu sangat sedikit dan pemerintah Indonesia mahu majikan tampil ke hadapan untuk memastikan pekerja Indonesia di negeri ini mendapat perlindungan dan bekerja dengan tenang.
Beliau yang ditemui di Gerakan Pendaftaran Dokumen terhadap warga Indonesia di Dewan Tai Chi disini menegaskan , pekerja yang dibayar levi harus dibawa ke Pejabat Konsul agar kedudukan warga Indonsia diketahui.
Rudhito berkata pendaftaran selama dua hari bermula sejak hari sabtu dengan jumlah yang berjaya didaftakan seramai 600 orang. Gerakan itu adalah pertama kali dibuat dengan kerjasama antara Kerajaan Republik Indonesia dan kerajaan Negeri Sabah.
“ Kami punya komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dalam pelaksanaan pendaftarandan diberi kebebasan serta perlindungan untuk melayani rakyat Indonesia disini,” ujar Rudhito .Yang mana kata Rudhito mereka mahu semua rakyat Indonesia di negeri ini mendapat dokumen diri.
Sehubungan dengan itu kata Rudhito, Pemerintah Indonesia meminta agar majikan segera membayar levi pekerja mereka dan kemudian dibawa kepada Pejabat Konsul.
“ Jangan tunggu sehingga hujung bulan Mei untuk mendaftarkan mereka. Ini amat penting untuk kita semua,”. Dimana kata Rudhito, kerajaan Negeri Sabah telah memberi tempoh sehingga bulan Mei untuk para majikan berbuat demikian.
Menurut Rudhito , kehadiran pekerja Indonesia juga memberi kesan yang baik kepada ekonomi negeri ini.
Mengenai gerakan itu Rudhito berkata , program seumpama itu akan dibawa ke kawasan-kawasan lain di Sabah.
Beliau juga meminta para tekong yang sering menggunakan jalan-jalan tikus di Kalabakan agar menghentikan perbuatan mereka mengeksport tenaga manusia secara haram.
“ Perbuatan (mengeksport) ini menyulitkan kedua belah pihak dan menurunkan darjat dan hubungan luar negeri antara kerajaan Malaysia dan Indonesia,” kata Rudhito.
Dalam satu soalan yang lain , Rudhito berkata , pejabat Konsul tidak memberi pertimbangan kepada mana-mana warganya yang melakukan kesalahan, dan jika disabitkan kesalahan, mereka harus dihukum dengan setimpalnya.
Namun katanya, para majikan yang melakukan kesalahan juga harus dihukum agar menjadi pengajaran kepada yang lain.
Beliau berkata suasana di Sabah sangat baik, dan tidak terdapat kes-kes yang membabitkan kekerasan dan keganasan seperti mana yang dialami di tempat yang lain.

Friday, March 6, 2009

Perkataan " Allah" dibenar semula

06 Mac, 2009 17:48 PM
KDN Batalkan Warta 16 Feb Mengenai Perkataan 'Allah'

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan warta kerajaan berhubung Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 bagi membatalkan warta yang dikeluarkan pada 16 Feb lepas berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan bahan agama Kristian.Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, perintah berkenaan berkuatkuasa 2 Mac 2009.Dengan adanya perintah itu, maka Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 [P.U.(A)62/2009] yang disiarkan dalam Warta pada 16 Feb 2009 dibatalkan.Warta 16 Feb itu yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyebut bahawa penerbitan bahan agama Kristian dilarang menggunakan perkataan "Allah" melainkan jika di kulit muka depan penerbitan itu ditulis dengan terang perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".-- BERNAMA

- Kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana Dia tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Saya percaya jika kita tidak dibenarkan menggunakan perkataan Allah, maka umat Kristian di negara ini merasa tidak ada keadilan, sedang kita menggunakan bahasa yang sama.

Jika kita tidak dibenar guna perkataan dalam bahasa Malaysia merujuk kepada Tuhan yang kita sembah. Maka ada lebih baiknya kita guna bahasa English. Maksud saya, kita akan guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.

Semoga para pemimpin yang seagama dengan saya memperjuangkan nasib agamanya. kita bersyukur kerana dapat mengamalkan agama kita di negara ini.

Dalam Rukun Negara, "Kepercayaan kepada Tuhan" adalah merupakan baris pertama, dan bagi saya itu berkaitan dengan hak dan kebebasan untuk menjalankan kepercayaan masing-masing.

Seperti mana kita menghormati agama orang lain, begitu juga saya dan mungkin umat Kristian di negara ini mahu dihormati.

salam

Monday, February 23, 2009

Ini dia tukang tirik...Promote kawan dulu...





Keningau : Bermula dengan hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang. Tidak disangka hobi itu membuat beliau dikenali dan kerap dijemput untuk membuat pertunjukan serta persembahan hiburan di sekitar pedalaman.
Nama beliau tidak sebaris nama Peter Lee atau David Blake. Namun di pedalaman, pemuda berusia 29 tahun ini bukan sahaja dikejar untuk mendapatkan ‘ ilmu’ nya tetapi untuk melihat trick yang dibuatnya hingga buat orang tercengang dan meminta beliau mengulanginya semula.
Chivistoh Sittim (Viss) , yang berasal dari Kg Kambizaan, Papar berkata beliau mempelajari silap mata secara suka-suka ketika bekerja di Kuala Lumpur satu ketika dahulu. Menurutnya tempat beliau bekerja iaitu Wizard World Center di Sungai Wang sering menjadi tumpuan pakar silap mata dari seluruh dunia. Secara tidak langsung katanya beliau terdedah dengan permainan itu dan mempelajarinya hanya untuk sekadar hiburan.
Namun dengan perasaan rendah diri , hanya mahu dikenali sebagai Viss, dia memberitahu beliau boleh buat persembahan trick atau magic secara close up atau pentas.
Sebelum berhijrah ke Keningau, Viss mempunyai kumpulan bernama Ace Mage di Kundasang. Kumpulan itu disertai oleh seramai lapan orang ahli dengan kepakaran masing-masing.
“ Ace Mage sering dijemput untuk buat persembahan di sekitar daerah Ranau, sekolah-sekolah , majlis-majlis koperat, majlis biasa, harijadi dan kadang-kadang majlis sekolah,’ kata Viss yang turut mempelajari trick dari kawan-kawan dan seorang sahabat bernama Black ( Kuala Lumpur)
Namun kata Viss beliau terpaksa berpisah dengan kumpulan Ace Mage kerana pulang ke tempat keluarga abangnya di Keningau. Beliau yang membantu abangnya yang menjalankan perniagaan hiburan di Sunsuron AP kadangkala membuat persembahan di pusat hiburan itu untuk menghiburkan pengunjung.
“ Hubungan saya dengan Ace Mage adalah baik dan tidak ada sengketa. Kami saling berhubung tetapi apa boleh buat saya membantu abang saya di Keningau,” kata Viss.
Katanya di Keningau beliau membuat persembahan untuk kawan-kawan dan kadangkala diundang ke majlis harijadi atau pusat hiburan berhampiran. Untuk persembahan pentas yang memerlukan pembantu beliau dibantu oleh anak saudaranya, Allen. Baru-baru ini mereka membuat persembahan sempena sambutan tahun baru dan mendapat sorakan dari pengunjung Sunsuron AP.
Viss berkata beliau boleh membuat sehingga 200 helah menggunakan kad , syiling , kertas atau sebagainya.
Menurutnya tipu helah seumpama itu adalah satu hiburan yang menyeronokkan. Bagaimanapun dengan rendah hati, Viss berkata, beliau masih di peringkat belajar dan sentiasa memperbaiki kemahiran tipu helahnya.
“ Dulu saya melakukannya dengan cara suka-suka sekarang saya mahu serius kerana bidang ini sebenarnya boleh pergi jauh,’ kata Viss memberitahu perancangan masa depannya dalam bidang silap mata.
Katanya , di Sabah bidang tersebut tidak begitu menonjol dan hanya dimainkan oleh sebahagian orang secara serius.
“ Ramai yang tahu buat silap mata atau tipu helah tetapi mereka tidak buat secara serius. mungkin kurang rasa keyakinan terhadap bidang ini,” kata Viss.
Katanya tidak ada masalah baginya untuk membuat persembahan di sekitar pedalaman dan beliau bersedia.
“ Saya seronok melakukannya dan mahu orang terhibur serta melupakan tekanan yang dihadapi,’ kata Viss.
Kepada yang berminat untuk menempah atau mengundang Viss bolehlah menghubungi Alice ( 0138630098) , Rozie (016-8351291) atau datang ke Sunsuron AP.

Friday, February 6, 2009

Sejarah Tidak pernah lupakan kita...

Perak kini mengambil alih tumpuan rakyat Malaysia di hujung-hujung minggu ini.Dengan tidak disangka kerajaan Negeri Perak yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) tiba-tiba runtuh dan diganti dengan Barisan Nasional (BN). Nampaknya sejarah berulang lagi. Tapi kini bukan di Sabah, tetapi di semenanjung.

Saya masih ingat ketika kejatuhan kerajaan yang dibentuk oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Mac 1994. Ia disebabkan oleh perbuatan melompat dari tiga orang wakil rakyat PBS ke Barisan Nasional (BN). Tindakan itu telah menyebabkan kerajaan Sabah yang diperintah oleh PBS hanya mampu bertahan selama dua minggu. Era inilah kejatuhan orang Sabah, dan ianya amat menyakitkan hati.

Ayah saya seorang penyokong kuat PBS ( dari dulu dan sekarang). Calon PBS yang diundinya telah melompat masuk BN melalui Parti Demokratik Sabah (PDS) ( yang direbranding dengan nama Upko kini) ketika itu. Ayah saya sangat sedih, kecewa dan marah pun ada. Tetapi bila kita menoleh melihat betapa rendahnya hati seorang pemimpin bernama Datuk Pairin Kitingan, yang lebih mementingkan perpaduan dan keharmonian. Maka peralihan kuasa berjalan dengan baik.Kerajaan PBS jatuh ditangan BN.Para penyokong PBS tetap kekal setia dan terus tabah. Saya masih ingat bendera PBS di dinding rumah kami tidak pernah dibuka-buka oleh ayah saya. Meskipun wakil rakyat yang dipilihnya memujuk untuk masuk PDS, tetapi ayah saya tetap tidak berganjak dari pendiriannya.

Orang yang dilihat sebagai dalang utama yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PBS dengan cara tidak terhormat itu ialah Datuk Anwar Ibrahim. Kerana Anwar yang kini ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itulah maruah orang Sabah jatuh menyembah bumi. Kita kehilangan kuasa dalam masa yang lama, tetapi kita tetap bertahan.

Kini permainan itu kembali lagi. Sejarah hitam dalam politik Sabah kini berlaku di Perak. Sebelum ini PR berkata akan membentuk kerajaan, dengan jangkaan pada bulan September tahun lalu dan sehingga kini, nampaknya BN pula yang berjaya merampas sebuah kerajaan pembangkang bernama Perak. Kredibiliti Anwar dan Pakatan Rakyat, kini tidak sepakat dan jatuh.

Bagi saya secara peribadi, ini adalah balasan Tuhan terhadap orang yang menganiaya dan menjatuhkan kuasa dengan cara paling kotor. Sekarang baru kamu rasa apa yang pernah dirasa oleh rakyat Sabah 15 tahun yang lalu. Remaja pun tahu apa erti kesakitan melihat acara angkat sumpah yang disiarkan secara langsung di stesen tv.

Disebabkan tiga orang wakil rakyat yang membelakangkan mandat rakyat itu, sebuah kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi jatuh dan digulingkan. Ia adalah satu rampasan kuasa oleh para penjenayah politik yang kini diagung-agungkan oleh rakyat, tanpa menyedari bahawa kerana orang-orang inilah yang telah menghina proses demokrasi.

Sejarah lama berulang kembali. Satu undang-undang harus diperkenalkan untuk mengelakkan perbuatan mengingkari mandat rakyat ini dari terus berulang. Jika ini berterusan ( lompat melompat) saya percaya generasi muda seperti saya kehilangan kepercayaan terhadap hak untuk mengundi.

Ketika melihat berlakunya rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 1994, saya pernah berkata pada diri sendiri bahawa saya mungkin tidak akan mendaftar sebagai pengundi. Untuk apa kita mengundi jika calon yang kita pilih dan dijadikan wadah untuk mewakili rakyat akan mengkhianati kita kemudiannya? Kita diberitahu bahawa mengundi adalah hak rakyat Malaysia, dan setiap orang dewasa dan yang layak harus mengundi.

Namun apakah pula hak kita sebagai pengundi terhadap wakil rakyat yang berbuat curang? orang yang kita telah beri mandat. Bolehkah anda menerima pihak yang kalah akhirnya menjadi pemenang?

Orang-orang ini tidak tahu kesan dan akibat yang dihadapi oleh rakyat terutamanya penyokong mereka. Orang-orang ini pentingkan diri sendiri. Rakyat bukan keutamaan mereka. Saya masih ingat ketika itu , saya masih remaja, di peringkat kampung sahaja, biarpun wakil rakyat telah berpindah parti dengan cara melompat, para penyokong beliau ( yang tidak mengikut) dilayan seperti orang asing.

Apa-apa kemudahan untuk rakyat tidak boleh digunakan oleh pembangkang. Padahal tidak akan wujud pembangkang di pihak pemenang jika tidak ada perbuatan khianat. Saya masih ingat penyokong PDS tidak melayan orang-orang PBS, yang mana jika bukan kerana wakil rakyat itu melompat, mereka tidak akan mendapat kuasa dan penindasan pula berleluasa.

Lucu bukan.Orang yang menyokong anda sehingga menjadi wakil rakyat, dan setelah anda mendapat kedudukan yang baik dalam kerajaan ( dengan melompat), anda mengenepikan penyokong asal anda, dan yang pernah membenci dan tidak mengundi anda...itulah yang anda manja-manjakan.

Semoga Tuhan memberikan keinsafan.

salam

rozie jumat

Thursday, January 29, 2009

Bantuan banjir disegerakan untuk kebaikan rakyat






Nampaknya pembangkang tidak puas-puas mencari isu remeh temeh. Sengaja mempolitikkan bencana alam untuk kepentingan diri. Siapalah kita ini sebagai mahkluk Tuhan untuk menghalang kuasaNya. Bencana alam yang berlaku di Keningau baru-baru ini bukan kita mahu, jauh sekali untuk dipinta. Kalau boleh biarlah bencana seumpama ini berlaku ditempat yang tidak ada manusia tinggal. Tetapi siapalah kita ini…

Kampung Ansip, Pagalungan Ansip, Mempulut, Membulu, Kuala Punteh, Kuala Biah adalah kawasan yang telah dilanda banjir pada pagi sabtu lalu.Di Kuala Punteh sahaja tiga buah rumah dihanyutkan banjir, di Kuala Biah ada dua buah. Beberapa buah rumah yang berada di tebing sungai berhadapan dengan risiko dihanyutkan jika hujan masih berterusan. Syukur kepada Tuhan kerana hujan reda pada petang dan sehingga selasa ini.
Saya ada berada di lokasi seawal jam 8.00 pagi. Orang mulai berduyun-duyun menyelamatkan harta benda, memindahkan kanak-kanak dan warga emas. Jabatan Bomba dan Polis juga bertungkus lumus menyelamatkan orang ramai yang terperangkap dalam banjir di Kampung Ansip.
Pegawai Daerah, Amat Mohd Yusuf, OCPD Zahari Mohamad , Jabatan Kebajikan dilihat begitu bertungkus lumus membantu. RTM melalui Keningau FM juga tidak henti-henti mewar-warkan siaran lintas langsung dari lokasi.
Ramai penduduk mengambil keputusan untuk berpindah di kawasan penempatan iaitu di SK Pekan II , yang terletak di Jalan Ansip bersebelahan dengan sebuah sekolah cina. Pada kira-kira jam 5pm YB Tan Sri Joseph Kurup dan YB Datuk Ellron telah melawat kawasan banjir, seterusnya melawat ke SK Pekan II. Di penempatan itu wakil rakyat telah menemui rakyat dan memanggil pihak Jabatan Hospital untuk membuat pemeriksaan terhadap tahap kesihatan mangsa banjir terutamanya bayi dan warga emas.
Bukan itu sahaja mereka mahu kawalan keselamatan dan kebersihan mangsa terjaga dengan bekalan makanan dan minuman diberikan mengikut masa. Kurup juga mahu bekalan air untuk kegunaan mangsa dibekalkan dengan segera.
Pada ahad, bantuan-bantuan berupa bahan makanan telah mulai diagih-agihkan oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),pejabat UPKR dan Parlimen Pensiangan di kampong-kampung terlibat. Ianya berupa beras, mineral water, minyak , gula , roti. Beratus-ratus kilo beras telah dikumpulkan di SK Pekan II. Dan ia jauh melebihi jumlah mangsa.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Tan Sri Joseph Kurup berkata dua langkah dilaksanakan kerajaan untuk membantu mangsa banjir di daerah ini. Banjir yang berlaku sabtu lalu telah menyebabkan ramai penduduk kehilangan harta benda dan tanaman. Ini termasuklah beberapa buah rumah sama ada hanyut, roboh atau tumbang. Kesemua itu memerlukan perhatian segera dari kerajaan kata Kurup yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan.

Kata Kurup kejadian itu amat malang dan sudah tentunya memberi impak yang besar terhadap mangsa dalam jangka masa yang panjang. Banjir itu kata Kurup telah membawa kehilangan yang amat besar terhadap rakyat. Banyak harta benda dimusnahkan oleh air banjir sekaligus meletakkan mereka ( mangsa banjir) dalam keadaan serba salah dan tertekan.

Menurut Kurup untuk bantuan jangka masa pendek, pihak kerajaan memberi bantuan dari segi pemberian makanan, alat dapur , tilam dan sebagainya yang diperlukan serta pemulihan bekalan air.

Sementara langkah kerajaan untuk jangka masa yang panjang ialah menempatkan penduduk di kawasan yang selamat dengan memberi bekalan alat binaan. Kawasan baru itu juga akan disediakan dengan infrastuktur asas termasuklah lampu jalan.

Kakitangan dari Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) N.37 Sook dan Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan turut bertungkus lumus memberi bantuan semasa kejadian tersebut yang dilaporkan adalah yang terburuk selepas bencana ribut greg.

Kurup dan Adun Sook, Datuk Ellron Angin turut memantau keadaan mangsa banjir di penempatan SK Pekan II disini. Ketika di penempatan itu Kurup dan Ellron turut meminta agar kebajikan dan keselamatan penghuninya dijaga dengan baik. Keprihatinan kedua wakil rakyat itu juga terserlah dengan kedatangan Jabatan Kesihatan untuk memeriksa keadaan kesihatan kanak-kanak dan warga tua yang. Guru Besar SK Pekan II , Wahanin Ismail dan kakitangannya turut memberi kerjasama kepada pihak kerajaan semasa penempatan mangsa banjir di sekolah itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman juga telah membuat lawatan ke kampung yang terjejas di daerah ini , dengan diiringi oleh wakil rakyat Sook, Datuk Ellron Angin dan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup. Di hari yang sama, bantuan dari kerajaan dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah disalurkan untuk keperluan mangsa.

Dalam pada itu Kurup memberitahu, selepas kejadian ribut Greg pada tahun 1996, kerajaan negeri telah mengenalpasti sebuah kawasan yang lebih selamat. Beliau berkata kawasan itu masih tersedia dan hanya menunggu untuk mendapat pengistiharan sebagai kawasan penempatan baru. Oleh itu katanya beliau sendiri tidak mempunyai halangan untuk memindahkan rakyat terutamanya yang tinggal berhampiran atau berisiko banjir.

dengan segala usaha yang dibuat oleh kerajaan...apakah sumbangan pembangkang terhadap penyokongnya? apakah mereka mampu membina jambatan, rumah dan segala kerosakan yang dihadapi oleh rakyat? BN dituduh tidak memberi perhatian kepada rakyat , pembangkang hanya tahu bercakap dengan membutakan mata dan hati melihat apa yang dibuat oleh kerajaan. Dan memang amat mustahil BN memberi hanya sebungkus maggi kepada mangsa banjir seperti yang dikatakan di luar sana...kalau berani tunjukkan bukti, nama keluarga, nama kampung dan siapa yang menghantar maggi tersebut...

Wednesday, January 28, 2009

Keningau Banjir...





Selepas bencana ribut Greg pada tahun 1996, sekali lagi pedalaman berhadapan dengan ujian Tuhan. Hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi telah menyebabkan beberapa buah kampung terutamanya yang berhampiran dengan tebing sungai adalah yang paling terjejas.

Saya masih ingat pada Oktober lalu, Kg Kuala Puntih dan Kg Mempulut dalam daerah Keningau adalah yang paling teruk. Meskipun tidak ada kemalangan jiwa tetapi harta benda dan tumbuhan dirosakkan oleh banjir itu.

Namun pada 24hb Januari, sekali lagi hujan turun dengan begitu lebat sekali. Hujan itu menyebabkan sembilan buah kampung dilanda banjir. Di Kampung Kuala Puntih sahaja tiga buah rumah hanyut. Rakan saya, Mariam Sakai, pula kehilangan dapur kerana dihanyutkan banjir.

Begitu juga dengan Kampung Kuala Biah, dua buah rumah hanyut.

Dalam bencana itu Kampung Kuala Biah dan Kampung Ansip adalah yang paling terjejas. Kira-kira 400 orang mangsa telah ditempatkan di SK Pekan Dua.Begitu juga dengan di Kampung Kuala Biah, mereka ditempatkan di kilang berhampiran.

Saya sendiri ada bersama dengan Pegawai Daerah , Amat Mohd Yusof memantau keadaan banjir di Kampung Kauran, Kampung Ansip dan Kampung Kuala Biah. Kami tidak dapat pergi ke Kampung Mempulut, Membulu dan Kuala Puntih kerana jalan putus akibat tanah runtuh dan air besar.

Friday, January 2, 2009

Malaysia bans Malay-language edition of Catholic paper: editor

KUALA LUMPUR, Jan 1, 2009 (AFP) - A Catholic newspaper in Malaysia has been ordered by the government to cease its Malay language edition until courts resolve a ban on the paper's use of the word "Allah", its editor said Thursday.

Herald newspaper editor Father Lawrence Andrew said the move was part of a series of restrictions put in place by the conservative Muslim government when it renewed the paper's licence on Tuesday.

The Herald, circulated among the country's 850,000 Catholics, nearly lost its publishing licence last year for using the word "Allah" as a translation for "God," with authorities saying it should only be used by Muslims.

"The Constitution says Malay is the national language so why can't we use the national language in Malaysia?" he told AFP.

He called the ban "unacceptable" and said he intended to take action.

Andrew said the ban did not make any sense because a large proportion of Catholics in Malaysia are Bumiputera who mainly speak Malay.

The term "Bumiputera", or "Son of the soil", refers to ethnic Muslim Malays and the indigenous inhabitants in peninsular Malaysia and on Borneo island who are mostly Christian.

"More than 50 percent of our congregation are Bumiputera and two of our bishops are Bumiputera," he added.

The issue will be decided by the courts next month, while home ministry officials told the New Straits Times daily Thursday they will be monitoring the paper's actions closely.

Religion and language are sensitive issues in multiracial Malaysia, which experienced deadly race riots in 1969.

About 60 percent of the nation's 27 million people are ethnic Malay Muslims, who dominate the government. The rest of the population are mostly ethnic Chinese and Indians -- practising

Tuesday, December 23, 2008

Di Pagalungan baru-baru ini ...





Baru-baru ini saya ke Kg Silungai, Daerah Kecil Pagalungan. Untuk ke kampung ini kita akan menaiki bot setiba di Kg Salong. Hanya mengambil masa 30-40 minit untuk tiba ke kampung itu. Memang cantik-cantik pemandangan di sepanjang perjalanan menaiki bot. macam-macam kita boleh lihat.
pemandangan rumah-rumah panjang, kuburan yang unik dan cantik, anak-anak sedang memancing, mandi manda di gigi air, melihat bot-bot yang sibuk di Sungai Loggongon dan macam-macam.
sebenarnya saya mempunyai hubungan yang erat dengan penduduk di kampung Silungai. Saya merasa sendiri apabila ke kampung ini seolah-olah seperti pulang kampung. orang-orangnya dari kanak-kanak sehinggalah yang tua-tua begitu peramah, menghormati tetamu dan melayan kita dengan baik.
banyak kenangan yang baik-baik belaka di kampung ini. dalam diam-diam juga saya banyak memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada golongan wanita. saya nasihatkan mereka agar terus membuat kraftangan dan belajar sesuatu yang baru demi manfaat mereka sendiri. adakalanya saya bawa kain sarung untuk mereka. beri kepada mereka. mereka bukannya miskin tetapi peluang untuk ke bandar-bandar atau pekan hanyalah untuk sesuatu yang sangat mustahak.
dalam pada itu saya mendapat kejutan pula. rumah yang selalu saya tumpang tidur, yang saya buat seperti rumah sendiri :> saya jika menumpang rehat di rumah itu, sebuah rumah PPRT tetapi cantik buatannya. Saya disuruh buat seperti rumah sendiri. maka saya bebas memasak dan buat minuman sendiri. kadang-kadang saya subuk juga sama ada kawan saya ini ada buat jeruk (pekasam) ka tida di almari dapurnya.
kejutan yang saya maksudkan ialah , isteri kepada pemilik rumah ini iaitu Puan Neon Anduyau, yang juga kawan saya, anak-anak mereka juga rapat dengan saya...diberi nama timangan rozie...wahh...bukan alang2 lah ingatan yang mereka berikan ini kepada saya...saya rasa siok pula...dan bila saya pulang ke Keningau...saya diberikan jeruk ikan.
sememangnya dalam kesederhanaan saya ini,saya sering menyedarkan diri sendiri, bahawa tidak ada untungnya bersikap sombong. saya sudah biasa dengan masyarakat luar bandar dan memahami mereka. saya kadangkala merasa kesian dan simpati kepada anak-anak muda yang masuk ke kampung , kerana mahu menunjukkan mereka ini sebagai orang senang atau anak-anak di bandar, banyaklah pantang yang mereka yang membuat orang malas mahu layan.
jika kita tidak berminat tentang sesuatu apabila berada di kampung. misalnya makanan, kita boleh menolaknya dengan cara yang baik. jangan buat muka kerana masyarakat di luar bandar kebanyakan sensitif jiwanya. saya pernah dihidangkan dengan sup ular tetapi saya katakan yang keturunan kami tidak memakan binatang itu. saya berterus terang kepada mereka. begitu juga dengan hidangan kelawar saya katakan saya tidak biasa maka saya tidak makan.
ini adalah tip saya untuk kalian pada kali ini. Tapi kalau kamu berpeluang untuk ke Pagalungan atau Pensiangan, yang penting jaga kelakuan, jaga tutur kata kerana tidak semestinya mereka berada terpencil disini mereka tidak up to date.

Selamat Hari Natal dan Tahun Baru. Semoga sukses...

Monday, December 1, 2008

aduhai kerana kemiskinan...



rumah yang bakal digantikan dengan bantuan kerajaan melalui PPRT

Aduduh... kerana kemiskinan manusia sanggup buat apa sahaja biarpun terhadap indung sendiri. Saya merasa amat terkesan dengan satu berita di Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai seorang pekerja asing di Selatan China membuang mayat ibunya ke sungai. Wanita malang itu dikatakan sering sakit dan tinggal bersama anaknya. Kerana kemiskinan , anak lelakinya tidak mampu membuat upacara pengkebumian. Akibat terdesak beliau telah memuatkan mayat ibunya ke dalam karung dan diikat lalu dibuang ke sungai.

bagaimanapun perbuatan si anak itu dikesan oleh pihak polis.


Perbuatan ini sungguh tidak berperikemanusian. Tetapi saya percaya ini adalah desakan kehidupan dalam dunia yang semakin melebarkan jurang antara orang kaya dan miskin.

Tidak perlu pergi ke negara Barat , di negara kita sendiri ramai orang tinggal di bawah jambatan, atas bangunan , taman-taman, menjadi pengemis, bahkan mendiami rumah-rumah terbiar dan terbengkalai di sekitar perbandaran.

kita di Sabah sangat beruntung kerana kerajaan membantu dan memberi peluang kepada kita. Bahkan anak-anak yang kurang berkemampuan diberikan wang amanah oleh kerajaan, diberi pakaian seragam, dan segala macam bantuan diberikan terhadap adik-adik kita. Yang pastinya bantuan-bantuan ini diberikan agar generasi bijak pandai atau mahu melahirkan generasi yang berminda kelas pertama.

Pendidikan adalah kunci kepada pembasmian kemiskinan. Saya sangat percaya dan yakin inilah jawabannya. Keduanya ialah, orang-orang kampung misalnya harus mengubah pemikiran untuk mahu maju. Orang Dusun bilang, kalau iri om iri ingga nunu-nunu...( Kalau begini saja tidak akan ada apa-apa).

Kenapa ramai di kalangan bangsa kita masih miskin? Maksud disini miskin ialah kurang pendapatan. Cubalah kamu pergi Pensiangan, mereka kaya dengan sumber makanan, ikan-ikan yang besar-besar, binatang-binatang buruan, nasi-nasi dari padi bukit...tidakkah kita kenyang kena kasi makannnnnnnnn saja. Masa aramai ti pun banyakkkkkkkkk pusas dia...

Kita kurang pendapatan kerana kita tidak pernah mahu berubah. Tanah sahaja luas berekar-ekar tapi yang dimajukan hanya yang di siring-siring rumah. asal dapat makan. Kemiskinan akan dapat diatasi jika semua masyarakat berganding bahu. libatkan NGO juga agar mengertilah orang-orang kampung ini , kebanyakan mereka di Pensiangan adalah buta huruf dan ada yang tidak pandai berbahasa Malaysia...Pensiangan onsoi..

saya yakin kerajaan sekarang begitu serius membangunkan Sabah terutamanya di luar bandar. Seperti Pensiangan , nampak2nya sedang mendapat perhatian dan Menteri2 dari KL pun berdatangan mahu melihat sejauh mana kehebatan ' kemiskinan tegar' di Pensiangan.

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa berusaha membangun dan memajukan bangsa dan negeri kita Sabah.

salam hormat

Saturday, November 22, 2008

INGATAN KEKAL SELAMA-LAMA




Dia adalah seorang adik sepupu yang baik, bijak dan disayangi. Saya sangat bersimpati dengan cara kematian mu adik ku. Semoga insiden yang berlaku akan menjadi ingatan kepada orang lain untuk berhati-hati di jalan raya. semoga damai disana.
Tuhan sentiasa berserta mu...

II Petrus 3 : 10 - Tetapi hari Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada hari itu langit akan lenyap dengan gemuruh yang dahsyat dan unsur-unsur dunia akan hangus dalam nyala api, dan bumi dan segala yang ada di atasnya akan hilang lenyap
( moral dari injil : hidup kita penuh dengan kejutan dan tidak terjangka.)

Tuhan ampunilah segala dosa saudara ku, baik yang disedarinya mahupun yang tidak disedarinya....amin

Thursday, November 20, 2008

Perogol sadis dapat hukuman ' bonus' selepas merayu

Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 19 Nov. - Seorang peniaga nasi ayam yang merayu untuk mengurangkan hukuman merogol pembantu rumah warga Indonesia ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini, malah hukuman penjara dan sebatan ditambah kerana lelaki itu disifatkan oleh hakim sebagai perogol sadis.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Suriyadi Halim Omar memerintahkan supaya Seow Eng Aik, 40, menjalani hukuman penjara selama 32 tahun dan sebatan 18 kali atas sabitan tiga tuduhan merogol pembantu rumahnya itu, empat tahun lalu.

Hakim Suriyadi yang bersidang bersama Hakim Datuk Wan Adnan Muhammad dan Hakim Datuk Ahmad Maarop ketika meminda hukuman terhadap Eng Aik, menyifatkannya sebagai perogol sadis.

Beliau menyatakan demikian kerana perayu itu memuaskan nafsu dengan bantuan isterinya, Tan Seok Hoon, 40, yang menolong memegang tangan mangsa dan menyumbat kemaluan gadis itu dengan cili padi tumbuk dan lobak merah.

''Mangsa datang ke negara ini untuk menyara hidupnya tetapi terpaksa berdepan dengan kejadian menakutkan dan penderaan seksual.

''Hukuman yang diputuskan harus menjadi amaran kepada majikan lain yang cenderung melakukan perbuatan serupa bahawa mereka akan menerima nasib yang sama di mahkamah," ujarnya.

Eng Aik didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas tiga tuduhan merogol mangsa yang ketika itu berusia 19 tahun pada pukul 2 pagi Februari 2004, Julai 2004 (11 pagi) dan pukul 2 pagi Ogos 2004 di rumah mereka di Tingkat Paya Terubong 3, Air Itam.

Isterinya dihukum penjara enam tahun atas kesalahan bersubahat dengan perbuatan rogol yang dilakukan oleh suaminya kira-kira pukul 11 pagi, Julai 2004.

Eng Aik dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tiga kali bagi setiap tuduhan yang diperintah berjalan serentak manakala isterinya dipenjara enam tahun.

Bagaimanapun, rayuannya di Mahkamah Tinggi ditolak dan hukumannya ditambah kepada 16 tahun bagi setiap tuduhan dan berjalan serentak, hukuman sebatan berjumlah sembilan kali kekal. Hukuman isterinya turut dikekalkan.

Hari ini, Eng Aik menerima nasib lebih parah apabila rayuan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, V. Shoba yang tidak berpuashati terhadap hukuman penjara terhadap pasangan itu. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya dan menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun serta sebatan enam kali bagi setiap tuduhan.

Hukuman bagi kesalahan pertama dan kedua diperintah berjalan secara berasingan manakala kesalahan ketiga dikuatkuasakan serentak dengan kesalahan kedua.

Kedua-duanya diwakili oleh peguam R.S.N Rayer dan KH Chua.

Mangsa ketika memberi keterangan menyatakan, akibat tidak tertahan dengan seksaan tersebut, dia kemudian melarikan diri ketika menemani wanita tersebut dan dua anaknya ke gereja di Paya Terubong pada 29 Ogos 2004.

Dia kemudian diselamatkan oleh seorang katerer, Fatimah Syed Ibrahim ketika tiba di Wisma Yatim Lelaki, Air Itam, selepas berjalan kaki dari gereja itu dalam keadaan tidak berwang dan tanpa pasport.